Tahniah Kepada Mahathir Kerana Anaknya Kayawan
Dr MAHATHIR Mohamad tentu tidak berpuas hati membaca laporan dan kajian dibuat Malaysian Business mengenai kedudukan orang-orang terkaya di negara ini. Kenapa tidak, selama 22 tahun jadi PM beliau gagal menambahkan bilangan orang Melayu yang kaya raya.
Kaum Cina yang dianggap kaum pendatang dan dikatakan terus ditindas oleh Dasar Ekonomi Baru (DEB) masih mengungguli kekayaan di negara ini.
Bagaimana pun bekas PM itu tentu tersenyum dan merasa puas kerana anak lelakinya, Mokhzani telah disenarai sebagai orang terkaya ke 20 di negara ini. Penyenaraian nama Mokhzani itu menjadikan tiga nama orang Melayu terkaya dalam kelompok 20 orang yang terkaya di negara ini. Dua nama lagi ialah Syed Mokhtar Al Bukhary dan Azman Hashim.
Kita orang Melayu juga tumpang gembira dengan kekayaan ketiga-tiga orang Melayu itu. Setidak-tidaknya bila orang bercakap soal kekayaan kita boleh menyebut nama mereka bertiga itu, bahawa orang Melayu juga kaya. Syed Mokhtar Al Bukhary dikatakan mempunyai aset RM6.0 billion, Azam Hashim pula memilik kekayaan sebanyak RM2.86 billion. Manakala Mokhzani pula memilik kekayaan sebanyak RM1.75.
Selain dari tiga nama itu nama Nazir Razak, iaini adik kepada Najib Razak juga dikelompokkan dalam 40 orang terkaya di negara ini.
Kekayaan Robert Kuak Hock Nien dengan nilai kekayaan RM42.7 billion itu dan beratus taukeh Cina lain tidak memelikkan. Memang dalam dunia perdagangan kaum Cina memonopoli dan mempunyai kepakaran mengenainya. Mereka juga kaum yang sudah lama bertamadun. Jadi kalau mereka mengungguli kekayaan di negara ini tidak menghiarankan.
Apabila kita menyemak senarai mereka yang kaya itu, hampir 80 peratus adalah kaum Cina menyebabkan kita tersedar daripada tuntutan politik kaum berkenaan. Selama ini kita sering mendengar kaum itu menuntut itu dan ini dan mendakwa mereka didiskriminasi oleh bumiputera di negara ini. Tetapi dengan tersenarainya barisan para kayawan kaum itu menjelaskan bahawa dakwaan itu tidak benar sama sekali.
Anihnya pula para pemilik kuasa politik yang terdiri daripada orang Melayu begitu peka dengan tuntutan dakwaan itu. Maka itu dari masa ke semasa pemegang kuasa politik memberi kelonggoran dan memenuhi apa saja yang diminta oleh kaum berkenaan. Mitrokasi dilakukan dalam apa juga aspek. Misalnya perkara paling jelas dan sering kali diadu dombakan mengenai DEB. Kononnya DEB telah menyebabkan kekayaan negara ini tidak dibahagikan sama rata. Kaum Cina dan India dianak tirikan. Lantas itu mereka menuntut agar dasar itu dirombak. Tuntutan itu berterusan sehinggakan meminggitkan telinga penguasa politik negara ini.
Kerana mempercayai provokasi itu maka pemegang kuasa yang terdiri dari orang Melayu dengan senang melulus atau merombak apa saja dasar dan polisi yang dipersetujui sebelum ini. Kalau dengan dasar dan polisi yang dikatakan berat sebelah tetapi hakikatnya memberi kelebihan dari segi ekonomi kepada kaum Cina dan India, apalah pula kalau dasar dan polisi itu dihapuskan!
Apakah kita cukup hanya setakat menyebut beberapa nama (orang Melayu) saja yang berada dalam senarai keyawan itu? Itupun kita tidak boleh berbangga kerana mereka yang kaya itu kebetulan anak bekas perdana menteri dan adik kepada perdana menteri. Apakah kalau Mokhzani bukan anak Mahathir beliau mampu menduduki dalam senerai berkenaan? Apakah kekayaan itu bukan kepandaiannya mengeksploitasikan kedudukan ayahnya sebagai orang nombor satu negara.
Dari sudut lain dengan hakikat itu kita berharap tidak ada lagi mana-mana pihak yang cuba mendakwa bahawa kerajaan hari ini berlaku tidak adil kepada kaum lain dalam mencari kekayaan. Dan kerajaan atau pemegang kuasa politik Melayu pula hendaknya jangan mudah merombak polisi dan dasar yang bersifat membantu Melayu sebagai kaum yang baru merangkak dalam perniagaan dan ketata negaraan. Jangan muda terpedaya dengan tuntutan dan ugutan pihak berkenaan.
Polisi dan dasar yang boleh melindungi Melayu hendak dikekalkan. Hatta ianya dinamakan sebagai subsidi, pemberian, ehsan dan sebagainya perlu dikekalkan. Orang Melayu jika diibaratkan kepada lembu ternakan adalah lembu baru yang perlu berada di blok ladangnya sendiri. Ladangnya perlu dipagar agar tidak dapat dimasuki oleh lembu-lembu lain. Kalau lembu baru bernama Melayu ini terus di lepas di ladang terbuka, apa lagi yang tidak mengenal halal dan haram maka nasib lembu Melayu ini akan buruk padahnya. selamanya ia akan ketinggalan di belakang dan hanya dapat meragut keringan lebihan lembu-lembu jagoh sahaja.
Mudah-mudahan saja menjelang tibanya 2020 akan ada sekurang-kurang 10 orang kayawan Melayu yang akan tersenarai dalam lis mereka yang kaya raya. Saya tetap yakin angka itu dapat dicapai asalkan saja Melayu kurang atau hentingkan politiking dan perang untuk memenangkan kiblah dan puak masing-masing. [wm.kl. 2:15 pm 18/02/10]
5 comments:
3 ATAU 4 ORANG MELAYU YANG TERKAYA TU PUN, BELUM TENTU BERJAYA DENGAN USAHA TITIK PELUH SENDIRI. KEBANYAKANNYA MELALUI SALURAN POLITIK
Satu yang perlu kita teliti, Tan Sri Ananda Krishnan tu...dia berada dalam senarai 2 teratas.Wakil kaum India ini telah menyerlahkan betapa 'bumi' Malaysia ni sebenarnya siapa yang tahu menguruskannya.Kita adalah pemilik asal Malaysia tetapi dari segi kekayaan bangsa kita menjadi penumpang khazanah negara.Itulah akibat terlalu berpolitik daripada mengurus politik untuk kemajuan bangsa.Kita tidak mampu membezakan antara TUAH dengan KEMAHIRAN.Kita bangsa bertuah kerana Malaysia adalah negara kita, tetapi kita tidak punya kemahiran untuk menguruskanya..akhirnya kita mati kehausan di air, kita mati kelaparan di kepuk padi...selamat berpolitik kepada pemimpin politik negara.
Istilah orang melayu kaya hanya diberikan mengikut bancian olih kerajaan terhadap masyarakat kampung melalui graf pendapatan bulanan melebihi rm 720.00,jika seseorang sudah berada pada taraf pendapatan melebihi jumlah tersebut ianya sudah diketegorikan telah berada diatas paras kemiskinan iaitu sudah dikatakan kaya dan tidak layak lagi untuk mendapat sebarang bantuan atau subsisidi,itulah dakyah sempit untuk melunakkan kata kata sebagai satu helah untuk tidak lagi mahu menyalurkan untuk bumiputra/melayu tetapi sebaliknya saya juga difahamkan mesin cetak yang ada disekolah ditempat saya tinggal bukanlah milik kerajaan @ kementerian pendidikan tetapi ianya disewa pakai olih pehak sekolah dari sebuah syarikat swasta kepunyaan kroni.
Persoalannya kenapakah selama ini pehak kementerian pendidikan (Trg)tidak bolih mengadakan sendiri alatan yang sepenting ini untuk kegunaan mana mana sekolah kerajaan? Apakah kerana hendak menjaga dan menghidupkan syarikat syarikat kroni jadi mesin cetak ini dibiarkan ianya disewa untuk selama lamanya? Kemanakah perginya peruntukan bajet kerajaan kepada kementerian pendidikan dibelanja kan kalau setakat mesin cetak pun tidak mampu diadakan? fikirkan siapa mahu kayakan siapa ?
Melayu boleh mencapai sasaran tuan jikalau:
i) Kurang berpolitik
ii) Kurang berdengki
iii) Lebih berkerjasama
iv) Lebih muhasabah diri
Berbeza dgn melayu, bangsa cina tidak akan mempolitikkan usul2 yg di bawa utk kebaikan bangsa mereka. Tidak kiralah usul itu dibawa oleh orng MCA, Gerakan atau DAP.
Bangsa melayu pulak agak bodoh dlm bab ini. Selalu sangat nak berpolitik. Kalau kampung mana2 dpt bantuan dikata itu usahah untuk memenangi hati pengundi. Sepatutnya persetankan saja. Yang penting melayu untung.
Satu lagi nak tambah di luar topik. Dalam bab merotan pesalah syariah wanita, kita semua perlu tunjukkn sokongan tanpa mengira parti. Yang penting syrait Islam didekati.
Salam mso, kalau dicampur semua harta orang melayu(campur harta pusaka) mungkin orang melayu lebih kaya kot. ha ha ha.
Post a Comment