Wednesday, February 17, 2010

Yang Terdengar

Ceramah Mohd Amar Disiar Di Radio
Apa Sudah Jadi Dengan RTM?

UNTUK menghalau rasa bosan dan panas hati kerana keadaan jalan raya jam teruk saya menekan punat stesen (turning) radio di kereta. Carian automatik itu berjalan sendiri. Tiba-tiba terkeluar dari corong radio itu ceramah politik. Sekali dengar suaranya yang terik dan nyaring saya sudah cam, penceramah itu ialah Mohd Amar Nik Abdullah, Exco Kelantan.

Harain saya. Berkali-kali saya bertanyakan isteri yang berada di sebelah apakah suara itu dari radio atau CD ceramah. "Apa awak masukkan CD cermaah ke," tanya saya. Kata isteri saya suara itu dari radio, mana ada CD ceramah atas kereta. Memang pun saya tidak pernah memiliki atau menyimpan mana-mana CD ceramah politik, apa lagi pasang atas kereta seperti kebanyakan penjual pasar malam atau penyokong parti politik.

Menyampah saya mendengar ceramah politik! Asyik caci maki orang saja tak ada kerja lain. Bercakap penuh khayal dan tidak berpijak di bumi nyata. Kadang-kadang ada penceramah yang baca ayat-ayat Quran dan Hadith memberi nasihat agar rakyat perkuatkan iman dan perjuangan tetapi diri sendiri bercepuah dengan noda dan dosa.

Sesekali saya silau ke skin stesen radio melihat frekuansinya. Stesen itu menunjukan frekuansi FM 87.7. Sahih ia bukan dari CD tetapi dari corong radio itu. Frekuansi itu diperolehi ketika berada di atas bukit untuk turun ke bandar Bentong. Jam waktu itu sekitar pukul 5:15 hingga 6:35 minit petang.

Panjang ceramahnya kira-kira 25 minit. Saya dengar sampai habis untuk mengetahui apakah rancangan yang menyiarkan ceramah berkenaan. Mulanya saya ingat ia disengajakan untuk menempelak atau memburukkan pembangkang khasnya Pas kerana dalam ceramah itu ada perkataan atau ayat-ayat yang kurang sedap didengar diucapkan oleh Mohd Amar.

Menerut penjelasan Mohd Amar ceramah itu diadakan di Bachok. Antara isi kandungan ialah mengenai pendirian kerajaan Kelantan yang tidak mahu buat pembangunan tergesa-gesa kerana takut rakyat Kelantan hilang tempat tinggal. Katanya itulah makanya Kelantan agak slow dari segi pembangunan kerana kerajaan lebih memikirkan tempat kediaman rakyat.

Mohd Amar juga memberi tahu ada syarikat antarabangsa hendak buat pelabuhan di Pengkalan Datu berhampiran rumahnya di Panchor hingga ke Semerak, Pasir Puteh. Kalau jadi projek itu akan sama hebat dengan pelabuhan di Sydeny, Australia. Bagaimana pun katanya atas nasihat dan peringatan projek itu dibatalkan oleh Tok Guru Nik Aziz kerana ia boleh menyebabkan penduduk di situ akan menghadapi masalah tempat tinggal. Kampung-kampung terlibat juga akan lenyap.

Isi lain ceramah itu ialah mengenai perangai atau sifat orang Umno macam kerbau yang digesek rebak di telinga. "Kalau kita gesek rebak di telinga kerbau, ia itu tidak tahu apa benda kecuali mengibas telinganya saja. Begitulah orang Umno kita kata apa pun dia tak tahu. Baca ayat Quran tetapi tidak faham apa benda. Jadi orang Umno ni lebih kurang kerbau saja," begitulah antara lain kata Mohd Amar. Tambah beliau lagi ada orang Umno di kampung sejak sebelum merdeka sampai kini sokong Umno tetapi dia dok heret beruk saja (pelihara beruk untuk panjat kelapa).

Sikir dan pedih teliga saya mendengarnya. Tidak pantas bahasa demikian lahir dari seorang profesional dan cendekiawan seperti beliau yang pula tu disebut-sebut bakal menjadi M Kelantan. Ceramah yang berunsur humour itu benar-benar menyenakkan telinga orang Umno mendengarnya. Saya tidak pelik dengan ceramah Mohd Amar atau mana-mana penceramah Pas itu, tetapi yang bingungnya kenapa ceramah itu disiarkan atau boleh didengar menerusi corong radio?

Apa juga yang sempat didengar Mohd Amar juga meramalkan Najib Razak adalah perdana menteri terakhir. Katanya jika berpandukan teori Rahman, N adalah Najib dan selepas ini tidak ada huruf lagi. Kalau pun ada huruf katanya ialah I yang dimaksudkan kepada inalilahiwainailahirajieum.

Saya tidak fikir RTM sengaja menyiarkan kerana isinya boleh menjejaskan parti berkenaan. Apakah ada program khas yang disediakan oleh pihak tertentu untuk sebotaj rancangan radio kerajaan?

Saya tunggu hinggalah ceramah itu selesai. Mohd Amar mengakhiri ceramahnya dengan apolegetik dengan berkata kalau ada terkasar bahasa dan salah silap dia pohon maaf. Habis sahaja beliau memohon ampun itu, siaran itu putus terdengarlah sebuah lagu Melayu. Lagu itu bukan tiba-tiba saja muncul, tetapi ia muncul sebaik ceramah itu habis.

Selepas lagu itu habis juruhebah memberi tahu radio itu ialah Klasik FM. Rancangan yang keudara waktu itu ialah "Aku dan Lagu", yang merupakan rancangan pilihan pendengar lagu-lagu yang ada kenangan. Saya tidak fikir ceramah yang keudara tadi disiarkan oleh penerbitan Radio Klasik FM tetapi apa yang saya fikir mungkin ada stesen atau pemancar haram yang telah menerobos siaran radio kerajaan.

Saya pecaya dalam ratusan pengguna jalan raya yang terperangkap hampir satu jam setengah itu ada yang turut mendengarnya. Mungkin mereka juga rasa pelik kenapa ceramah politik Pas boleh masuk radio kerajaan. Ia bukan petikan dengan tujuan hendak menjatuhkan imej Pas tetapi di siar sepenuhnya dan cara penyiarannya boleh mempengaruhi pendengar agar membenci Umno.

Mungkin RTM boleh siasat perkara ini. Dan jika ia adalah pemancar haram yang dibangunkan oleh mana-mana pihak, baik statik terletak atas bukit atau atas kereta bergerak ia boleh dipuji kerana berjaya menganggu radio Malaysia yang selama ini menjadi alat propaganda kepada kerajaan Umno-Barisan Nasional. Manakala apa yang saya dengar itu benar-benar mencabar menterinya Rais Yatim yang asyik berpantun di radio menjual kehebatan bahasanya siang malam. Syabas kepada mereka yang membangunkan pemancar haram atau berjaya memintas siaran radio kerajaan! [wm.kl.22:45 pm 07/02/10]

13 comments:

author faethal said...

Pelik!?
Tapi tidak mustahil PAS juga ada golongan pakar frekuensi Radio ini..

Unknown said...

salam tuan,

Mengikut firasat saya, sebetulnya ceramah itu telah dipasang melalui USB Pen Drive dalam format Mp3. Ia boleh jadi telah disambung melalui sebuah alat yakni FM Modulator pada Cigarette Plug pada dashboard kereta individu yang berdekatan dengan tuan. Justeru melalui FM Modulator itu, akan mengeluarkan siaran MP3 tadi terpancar kedalam Frekuensi FM dan dikenalpasti oleh radio kereta tuan. Lalu ia akan didendangkan melalui speaker tuan yang berpunca dari siaran 87.7 yang telah diset oleh pemilik kenderaan itu yang pada dasarnya untuk tatapan beliau sahaja.

ada beberapa cara untuk mengenalpasti. Antaranya apakah tuan berada atau mengikut barisan sebuah kereta yang sama secara berdekatan sepanjang ceramah itu berlansung. Frekuensi dari modulator yang di set pada 87.7 td akan memancarkan gelombang yang lebih kuat berbanding stesen radio dan menenggelamkan bunyi dari stesen radio.

alat ini berharga sekitar rm20-rm60 ringgit dan boleh didapati di kedai komputer atau Low Yatt plaza.

saya tidak fikir RTM begitu mudah mendendangkan isi ceramah pembangkang khasnya kecuali berniat untuk manipulasi semata-mata.

wallahua'lam; mungkin benar mungkin tidak..

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Saya pasti itu adalah siaran haram kerana ketika itu saya ada mendengar siaran tersebut pada gelombang yang sama di pejabat dan tak terganggu langsung siaran aku, dia dan lagu ketika itu.

Mindaku said...

MSo,itu bukan datangnya daripada radio.itu daripada fm receiver.ada kereta lain yang pasang fm receiver dengan frekuensi 87.7 dan dia guna usb untuk dengar ceramah tu.sebab tu apabila saudara searching dia stop kat frekuansi tu.radio kereta saudara detect frekuansi tu..yg ni tiada kena mnegena dengan RTM ker,Era ker atau Sinar ker..hiihihihihi

SK SARIKEI said...

kawe suka baca nukilan demo, sebabnyo ado dua kara......se kerana gaya bahasa demo yang comel...kdua karena kebodohan demo .. demo rasa diri demo penulis politik dan memahami politik sengoti...he he he

Unknown said...

rasanyanya siaran tu dari DVD player kereta bersebelahan kereta saudara. DVD player buatan china jenis "sunvisor" mempunyai FM transmitter kecil yang biasanya boleh pancarkan atau transmit frekuensi sebegini pada jarak kira2 50 meter atau 150 kaki. Frekuensi FM87.7 atau 87.3 dan lain2 boleh diubah pada alat DVD player tu. Kemungkinan juga frekeunsi tu dari FM transmitter kecil pada MP3 player kereta bersebelahan saudara.

bila pengguna kereta berdekatan kereta saudara matikan DVD player tu, maka biasanya frekeunsi paling hampir dengan frekeunsi 87.7FM akan kedengaran melalui corong radio kereta saudara mungin kerana "filter" radio kereta suadara tak berapa elok atau kita panggil gangguan atau "noise" dalam proses broadcasting.

harap saudara faham dan ini fenomena biasa saja dan tiada kaitan dengan strategi ceroboh siaran radio RTM.

McBudu said...

Masa kini banyak terdapat alat pemain musik kereta menggunakan frekuensi FM. Boleh dibeli dengan harga kurang RM100 diguna dgn memasukkan ke plug lighter rokok kereta dan menggunakan Pendrive yg mengandungi MP3. Frekuensinya boleh dilaras. Kebetulan hari itu sebuah kereta berhampiran tuan menggunakan alat berkenaan, kerana ianya berhampiran, frekuensinya (dilaras sama dgn klasik FM) mengatasi klasik FM. Selepas ceramah habis, pemandu tersebut menutup alat berkenaan, jadi klasik Fm terdengar kembali. Alat ini hanya boleh mengatasi frekuensi radio jika kita berada pada jarak dekat. Kesannya sama dgn mikrofon wireless FM yg boleh laras.

zasyah said...

Hahahaha.. apa sudah jadi dgn Radio 1? Mohon izin untuk ambil kesempatan meluah rasa sikit, Pak MSO. kerana Pak MSO sudah bawa topik radio RTM hari ni.

Saya peminat Radio 1(SATU) RTM tahun 90an. Ada banyak rancangan yg menarik.Saya ikut drama hari Ahad/minggu, drama pendek tengahari. Siaran awal pagi jam 4 hinga 7 pagis pt bacaan Al-Quran, Mutiara Hati, sejarah Nabi menjadi peneman setia saya ketika mengulang kaji ketika di UM. Dan rancangan2 lain juga bagus2 dan padat bermaklumat. penyampaian sederhana, tidak meleret2. Alhamdulillah saya dapat merakam siaran pagi 1 hari dan itu lah yang menjadi peneman saya setiap pagi semasa saya lanjutkan pelajaran di di luar negara dulu. Tapi kaset itu saya telah tinggalkan kepada adik2 yg tinggal..

Kemudian Radio 1 bertukar menjadi FM Nasional. Saya sudah jarang dengar kerana baru mula bekerja. kemudian berubah lagi menjadi Klasik Nasional.. Saya lihat byk perbezaan nya.. Banyak lagu/hiburan.. mungkin kerana nak menambah atau mengubah konsep memperjuang/pertahan lagu klasik..? (yg asalnya dari RIMA FM)boleh.. tapi jgn lah korbankan yg lama.. teruskan rancangan2 yg lama. konsep yg dapat membentuk masyarakat malaysia yg harmoni. Dan siaran awal pagi adalah Forum Perdana 1 jam..?? kalau dulu. rancangan2 nya dalam masa 10min, mungkin 30 min.. pendek dan santai yg boleh didgr sambil kita bersiap2..
Saya mohon RTM kembalikan rancangan awal pagi kerna amat membantu menyediakan input yg baik di awal pagi. Biarlah pagi hari dimulakan dgn perkara2 yg diberkati seperti waktu dulu.. bukan dgn lagu2 dan hiburan2 yg mengkhayalkan.

Hero said...

"kawe suka baca nukilan demo, sebabnyo ado dua kara......se kerana gaya bahasa demo yang comel...kdua karena kebodohan demo .. demo rasa diri demo penulis politik dan memahami politik sengoti...he he he"

wahwah.. kasarnya bahasa ustaz.. dahlah keluar topik..

Anonymous said...

tuan mso .. itu dari FM receiver.... jangan terpengaruh laa pasai siaran haram ke apa ke..... boleh dibeli dengan harga RM20 ke Rm 50 ... kat imbi leh dapat RM15 je. jangan kata kereta... skuter minah rempit pun leh pasang. Harap Maklum

macam-macam ada said...

Ye tuan.. saya pun ader FM modulator ini.. frekuensi FM nya mungkin boleh mencapai jarak hingga 50-80 meter..

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Saya amat tertarik dengan penjelasan saudar firdaus itu dan ada kebenarannya. FM lodulator ini pernah saya dan rakan-rakan gunakan di asrama ddulu untuk membuat siaran radio di hari ahad dan setiap lagu yang diminta untuk disiarkan oleh pelajar di asrama akan dicaj 50 sen. Income tu. Alat tersebut kami kongsi beli di Singapura dengan harga 200 ringgit dan agak luas juga kawasan liputannya.

Kalau alat seperti ini adal dalam pasaran maka amat baiklah kalau ia diexploytasikan untuk dakwah cuma pandai-pandailah bawa diri ketika menggunakannya jangan sampai menyalahi akta komunikasi. Marah Rais nanti, tambah kerja dia, berbelit pula nak cari bahasa berbunga untuk permasalahan ini.

siti mahani said...

tuan mso

la ni ore tak pakai dah benda tu.
hak canggih lagi org pakai talipan tangan. ambo sendiri guna talipon tangan set nombor stesen dengar kat speaker kereta. kereta lain pun buleh pakai kalu set no stesen sama