Iklan Isu Royalti Minyak Buang Duit
ESOK Umno akan menyiarkan iklan mengenai royalti minyak di akhbar-akhbar arus perdana. Menurut Tok Empat Umno Kelantan, Mustapa Mohamed iklan itu akan menjelaskan mengenai kedudukan royalti minyak yang dituntut oleh kerajaan Pas Kelantan hari ini. Katanya selepas atau dengan tersiarnya iklan berkenaan rakyat Kelantan akan dapat mengetahui mengenai kedudukan dan status royalti minyak berkenaan.
Tujuan iklan itu disiarkan untuk memberi kefahaman mengenai wang royalti itu yang kini menurut fahaman Mustapa ianya sengaja dikelirukan oleh Pas.
Walaupun iklan itu akan disiarkan esok atau sudah pun dicetak pada masa ini tetapi saya sudah dapat mengagakkan apa yang akan diceritakan dalam iklan berkenaan. Ia tentu sekali mengenai fakta-fakta yang menunjukkan Kelantan tidak berhak menerima royali minyak berkenaan.
Sudah tentu iklan itu akan menjelaskan mengenai kedudukan telaga minyak di perairan Kelantan yang tidak berada dalam zon membolehkan ianya diberikan kepada Kelantan. Tentu juga gambar telaga minyak dan peta menunjukkan jaraknya dari zon Kelantan disertakan.
Selain itu tentu berbagai fakta dan sejarah lagi. Iklan berkenaan adalah untuk mempertahankan tindakan kerajaan Umno untuk tidak memberi duit royalti itu kepada Kelantan. Mungkin juga Umno mengambil pendekatan itu kerana pendedahan dan penjelasan yang dibuat oleh Tengku Razaleigh Hamzah pada 28 Januari lalu benar-benar meletakkan Umno dalam keadaan susah.
Tidak dapat disangkal tindakan Tengku Razaleigh duduk atas pentas bersama pemimpin Pas menjelaskan isu berkenaan telah menyebabkan Umno panas punggung kerana Tengku Razaleigh adalah orang paling beroutoriti untuk memperkatakan isu berkenaan.
Saya tidak mahu tahu apakah fakta dan butiran iklan itu benar atau sebaliknya. Tetapi saya yakin iklan itu tidak akan merubah kepercayaan dan pegangan rakyat Kelantan hari ini yang merasakan mereka berhak menerima royalti berkenaan. Ada beberapa sebab kenapa saya mengatakan demikian.
1. Orang atau rakyat Kelantan lebih mempercayai apa yang dijelaskan oleh Tengku Razaleigh Hamzah daripada apa yang diceritakan oleh Umno dan kerajaan Persekutuan.
2. Orang Kelantan lebih simpati kepada Nik Aziz dalam hal ini berbanding dengan Mustapa Mohamed.
3. Keyakinan orang Kelantan bertambah-tambah lagi apabila mereka 'kapuh' gabungkan kata-kata Nik Aziz dengan kata-kata Tengku Razaleigh Hamzah.
4. Orang Kelantan lebih percaya wang itu akan sampai kepada rakyat sekiranya ia diuruskan oleh kerajaan Kelantan berbanding dengan Umno dan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP).
5. Orang Kelantan tidak mempercayai dan membenci Umno dalam hal royalti minyak apabila isu itu turut sama dicampur tangan oleh Ibrahim Ali. Kehadiran Ibrahim Ali dalam majlis dan pentas Umno mempertahkan isu royalti minyak menjadikan liabiliti kepada Umno.
Berdasarkan sebab dan faktor-faktor berkenaan usaha Umno menyiarkan iklan berkenaan tidak akan memberi banyak hasil dan manfaat kepada parti berkenaan. Iklan itu tidak lebih daripada cara Umno Kelantan untuk membantu kewangan akhbar-akhbar arus perdanan yang menghadapi suasana ketenatan mengenai kewangan saja.
Saya masih yakin dan percayai isu royalti minyak tidak akan memberi kelabaan banyak kepada mana-mana parti. Jalan paling baik ialah kedua pihak duduk semeja dan berunding. Bahagilah wang royalti itu sama banyak dan masing-masing uruslah duit dan biarlah rakyat jadi pengadilnya siapa yang lebih efektif nanti dalam membantu mereka.
Sudah pasti selepas iklan Umno itu keluar akan dibalas pula oleh iklan oleh kerajaan negeri dan Pas. Al hasilnya kerana kedua pihak keras pedal tak fasal-fasal akhbar yang akan mendapat untung kerana mendapat wang iklan secara kering. [wm.kl. 11:00 pm 20/02/10]
3 comments:
Tuan MSO,
Ambo satu pendapat dengan tuan. Bila la UMNO nak faham bahawa duit royalti itu bukan hak PAS atau UMNO tetapi hak rakyat kelantan. Tak kira samada rakyat kelantan itu orang PAS, atau orang UMNO atau orang atas pagar.
Bilalah puak-puak UMNO Kelantan nak cerdik. Dia orang akan bertanding untuk dapat undi rakyat kelantan dalam PRU13 nanti, tetapi hari ni cuba bersungguh-sungguh menafikan hak rakyat kelantan.
Orang lain, walaupun sudah jelas tiada hak, akan berhempas pulas berjuang untuk mendapatkan jugak.
Puak-puak ni lupa satu fenomena dalam pru12 yang lalu apabila khairy jamaludin melancarkan serangan untuk menawan kelantan. Masa tu anak-anak muda diperantauan balik beramai-ramai untuk mempertahankan negeri kerana mereka merasakan ada orang luar nak ambil kelantan.
Tak mustahil fenomena itu akan terjadi lagi dan parlimen jeli mungkin tidak selamat lagi bagi tokpa.
akhirkata, tindakan tokpa dan UMNO Kelantan sekarang ini adalah tindakan membunuh diri. UMNO Kelantan awal-awal lagi sudah kalah walaupun pru13 lambat lagi.
bat8
kehadiran yang menyokong projek wang ehsan sangat membransangkan...pelik bin ajaib kerana pentas politik diaorang kini tidak bersatu membawa royalti ke kelantan biar pun wang itu bakal di nikmati anak cucu mereke jua...inilah rakyat kelantan yang tak makan budu.stopa mamat,awang adek,brahim ali.
Assalamu alaikum tuan. Bak kata Zaid Dbrahim, "Kalau tak ada hak royalti kenapa bagi wang ehsan, Bagalah sama kat Johor, Selangor dan lain-lain negeri". Semua negeri di Malaysia ada pantai dan laut dan setiapnya punya sempadan pantai dan latunya sendiri. Cadangan saya pada menteri-menteri besar semua negeri pandai-pandai cari sempadan yang kononnya ada minyak, lepas tu buat bising, maka dapatlah negeri-negeri tu wang ehsan. Rasanya kerajaan Kelantan tak payahlah balas balik apa yang diiklankan hari ni sebab rassanya umum dah boleh menerima penjelasan Kuli.
Post a Comment