Zambry Kekal MB Perak
MAHKAMAH Persekutuan seperti mana yang dibayangkan sebelum ini telah memutuskan Zambry Abdul Kadir sebagai Menteri Besar Perak yang sah. Apakah dengan keputusan itu ia akan mengakhiri penantian dan perjuangan Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat di Perak? Saya rasa ia tidak semudah itu untuk Nizar dan kumpulan menerima keputusan itu. Selepas ini akan adalah berbagai ulasan mempertikaikan keputusan mahkamah berkenaan. Seperkara diingatkan segala ulasan dan kecaman itu jangan sampai melanggari mahkamah nanti jadi kes lain pulak. Mentimun harus sedar bila-bila dan dalam keadaan apapun dia kena mengaku kalah dengan durian (tempoyak).
Kepada Zambry diucapkan tahniah! [wm.kl.11:20 am 09/02/10]
No comments:
Post a Comment