Friday, February 12, 2010

Aduhai Negaraku

Kapal Selam KD Tunku Abdul Rahman, Belum Guna Sudah Rosak!

[kemaskini] Menteri Pertahanan Malaysia, Ahmad Zahid Hamidi sudah pun mengulas berhubungan kerosakan teknikal ke atas kapal selam KD Tunku Abdul Rahman. Kata Zahid kerosakan itu boleh diperbaiki oleh pengeluar. Kapal selam itu juga katanya dalam tempoh jaminan. Kerajaan tidak perlu membuang duit lagi untuk memperbaikinya?

Zahid menjelaskan demikian di Melaka.

Tidak perlu diulas panjang jawaban dan ulasan Zahid itu fikirlah sendiri. Zahid langsung tidak mempertikaikan aspek lain berhubung kerosakan itu. Baginya tidak ada apa-apa kemungkinan lain yang menyebabkan hingga berlaku kerosakan itu. Kerugian masa kerana terpaksa mengusukan pembaiki juga tidak disentuh.

Cara Zahid menjawa itu mudah dan ringkas sahaja. Kerosakan itu tidak sedikitpun menjadi masalah kerana ia boleh diperbaiki. Zahid tidak tahu barang kali dengan kerosakan itu menyebabkan ia menganggu operasi kapal berkenaan. Apakah gangguan iu bukan satu kerugian kepada negara?

Kalau begiulah cara berfikir menteri pertahanan, sesiapa pun boleh jadi menteri. Rosak baiki, punah beli lain, hilang istyharkan dicuri. Untuk tidak rakyat marah sebut nilainya tidak sampai sejuta. Untuk sedapkan lagi tangkap sesiapa dan hadapkan ke mahkamah untuk menunjukkan kepada rakyat pencuri telah diangkap. Selesai.

BELUM pun sempat beroperasi kapal selam KD Tunku Abdul Rahman sudah rosak dan tersadai. Walaupun rosaknya kecil saja kata Panglima Tentera Laut, Abdul Aziz Jaafar tetapi ia dipanggil rosak juga. Tentulah kerosokan kecil itu menyebabkan kapal itu tidak sempurna dan tidak boleh dipakai.

Apa lagi peralatan perang cukup sesnsitif dan perlu dalam keadaan sempurna dari semua segi. Bayangkan bagaimana kalau tiba-tiba negara kita diserang, ibarat kata tinggal tersadai di pengkalan sajalah kapal itu. RM 1 billion hangus begitu saja tidak boleh dijadikan perisai menyelamat dan mempertahankan negara. Jawabnya terpaksalah guna meriam buluh dan perahu saja untuk menghadapi musuh.

Kapal itu baru saja dibeli dan tiba di negara ini September tahun lepas. Bukan main lagi ianya ditepong tawar pada hari ketibaannya. Kalau tak silap dibuat telecast ketibaannya. Seluruh rakyat Malaysia dari segenap corok melihat acara berkenaan. Tujuannya supaya rasa merasa agah dan bangga negaranya sudah ada kapal selam canggih.

Menurut Abdul Aziz, sebelum ini kapal itu juga sudah dikenal pasti mengalami keroskakan. Kerosakan kecil juga. Tetapi sudah pun diperbaiki. Erti dan maknanya sudah dua kali kapal itu rosak.

Saya rasa bukan saja saya, orang lain juga hairan dan tertanya-tenya kenapa kapal selam jenis Scorpene buatan Perancis dengan kerjasama Sepanyol itu boleh rosak atau telah rosak. Walhal kapal itu dikatakan tercanggih didunia pada masa ini dan terbaru. Entah-entah bukan baru kok, takut yang scond hand.

Kementerian Pertahanan manalah tahu baru atau scond hand, mereka hanya tahu terima saja. Manakala syarikat yang menjadi consultant pula tidak peduli ia sempurna atau tidak, yang penting komisyen saja. Tengoklah apa jadi dengan dua enjin F5E sampai dicuri pun tidak disedari. Dah, menteri pertahan pula terkial-kial nak buat penjelasan sampai terpaksa Peguam Negara membantu untuk meredakan keadaan.

Apakah isu komisyen pembelian kapal selam membabitkan lebih RM800 juta dulu ada kena mengena dengan kapal selam yang rosak itu? Barang kali mungkin.

Sama-samalah kita dengar apa ulasan dan penjelasan lanjut menteri pertahanan mengenai hal ini. Apakah kerosakan itu serius dan apakah puncanya. Atau apakah akan ada kerosakan lain pula ditemui selepas ini. Dan kalau boleh Zahid Hamidi jelaskan juga berhubung dengan komisyennya seperti mana digembar gemburkan dulu benar atau tidak angka itu dan siapa yang menerimanya. Sebagai menteri pertahanan kita percaya Zaid tentu ada maklumat terperinchi mengenainya.

Kesediaan Zahid mendedahkan butiran itu menunjukkan wibawa Zahid sebagai seorang menteri yang dikira mempunyai intergriti lebih sedikit berbanding dengan sesetengah menteri lain. [wm.kl.10:55 am 12/02/10]

13 comments:

Anonymous said...

kapal selam yang dibeli mungkin daripada pasaran gelap dkt Uruguay.
Jadi bahan lawak, kapal selam yg tak boleh menyelam... Mungkin juga kapal selam ni berhantu kot..

ANAFAKIR said...

Sudah jenuh saya mendengar dan mengikut sikap kerajaan kita yang memang bacul dalam soal keselamatan.Di lapangan terbang pun pelbagai cemuhan dibuat dek kerana mudahnya penyeludupan masuk perkara/bahan/peralatan yg menyalahi undang-undang negara melepasi tapisan dan pemeriksaan.Entah apa lagi yg bersarang dalam negara kita ini yang mungkin menunggu masa untuk meletup.Kapal yang begitu mahal, nilainya hampir sama kot untuk membeli sebuah pulau peranginan tetiba boleh rosak sedangkan usiaya masih belum pun cukup setahun.Lepas ini akan keluar komen pihak berkenaan memberi helah bela diri.Pi mai pi mai, yang bilis juga terpaksa dihukum, para jerung durjana pasti terlepas bebas.Langsung tidak ada rasa tanggungjawab betapa tamak dan gilanya kepada pangkat dan kedudukan maka apa sahaja kesalahan yang wujud tiada seorang menteri pun sanggup mengaku bertangungjawab..semuanya bacul.Alih-alih, mereka yang teraniaya pastilah pangkat-pangkat bawahan..seribu persoalan timbul kerana benda berjuta nilainya takkan mereka yang tidak punya sebarang 'autority' tetiba dihukum?mana pergi mereka yang membuat keputusan, mereka yang menjadi orang tengah, komisen beratus juta terlepas begitu sahaja...Malaysia kini mungkin sudah dipenuhi oleh gangster dan penjenayah antarabangsa.Kalau tidak mana mungkin PASTI kecil-kecilan pun begitu sesak di Malaysia sekarang...Pasti mereka yang memliki rangkaian kewangan, kenalan, dan kuasa begitu mudah untuk meloloskan diri ke negara kita..

Asyik berebut kuasa dan ingin mengekalkan kuasa akhirnya negara hampir terjual dan tergadai secara percuma.Para pemimpin menelan tanpa mengunyah..haloba dengan nikmat dunia.

Unknown said...

Salam tuan MSO,

sejak daripada baca berita ni dalam paper pg td, smpai skrg saya masih senyum, inilah yang dikatakan lawak yang tak kering gusi, dan 'the best joke's of the years'.
tahniah lah kepada pihak yang berkaitan dengan pembelian kapal selam ni, telah menghidangkan kepada saya lawak awal tahun...
tuan, saya tak nak komen panjang2, semua orang ada pandangan masing2 dalam hal ni..
namun begitu, saya tidak dapat sembunyikan perasaan gelihati dengan apa yang terjadi.
kalau kapal selam ni harganya Rm 10 ringgit, saya tak nak kesah dan tak anggap lawak sangat.
apa yang saya mampu buat hanyalah senyum sambil geleng kepala.
tak terucap dengan kata2.

tapi kadang2 terasa kejengkelan jugak laa dalm hati ni dengan peristiwa macam ni. bukan nak menafikan hakikat bahawa ciptaan manusia penuh dengan kelemahan, hanya ciptaan Allah sahaja yang maha sempurna, tetapi setiap peralatan yang dicipta selalunya diuji sepenuhnya sebelum dijual dan diserahkan kepada pembeli...
alahai, tak sampai 6 bulan dibawa balik dah kantoi....
mungkin juga air laut kita terlebih masin daripada air laut kat perancis, sebab tu kapal selam kita tak tahan lama....

NASSURY IBRAHIM said...

Tentera makan besi, tak lama lagi naik gaji

AlHadi Tok Ayah Su (atas) said...

Salam hormat!

Peralatan perang yang ada dalam atm sekadar untuk memenuhi keperluan lojistik bagi pertahanan domestik sahaja kerana senjata yang ada belum lagi mencapai tahap secanggih negara luar,jika berlaku apa apa seperti ala perang dunia ke2 misalnya sudah pasti pergantungan kita hanya kepada pertolongan ehsan dari negara negara dibawah payung bangsa bangsa bersatu.

Kelengkapan senjata yang sedia ada kini hanyalah sebagai eset untuk ditalakan bagi kegunaan musuh dalam selimut semata disamping sekadar untuk memenuhi keperluan urusan jual beli yang berkomisen bagi membolihkan poket pehak pehak tertentu sentiasa penuh.

Itulah persepsi umum terhadap alat kelengkapan pertahanan dalam negara kita, memburuk burukkan segelintir kepimpinan tentera sebagai pengkhianat dan sebagainya adalah satu helah untuk menutup kelemahan para menteri sebagai pembuat dasar sedangkan anggota/kepimpinan tentera hanyalah berfungsi sebagai pelaksana dasar yang telah digariskan olih kuasa exsgetive tadi...jadi siapa tuding jari pada siapa? fikir fikirkan !

firdaus said...

apa kata perajurit-perajurit sekalian

andalah barisan hadapan untuk menghadapi sebarang kemungkinan

zahid jangan ingat sebab tentera tak de kerja lain kemudian senang-senang lepas tangan

benarkah dakwaan ANAFAKIR bahawa negara ni dah jadi lubuk mafia ?

mungkin baik salah satu daripada kapal selam tu dinamakan sebagai KD TUYA, perlukah begitu ???

bukan nak hina tapi soal pertahanan negara ni ditadbir orang yang suka main-main sahaja, akhirnya siapa yang jadi mangsa, sudah tentulah duhai perajurit-perajurit

ANAFAKIR said...

MINTA MAAF,PEMBETULAN:sedikit kesilapan ejaan berlaku dlm posting saya di atas tu..PASTI tu sebenarnya PATI [ pendatang tanpa izin ].minta maaf atas kekeliruan yg mungkin timbul..

KASIHCIKGU said...

inikah satndard pertahanan negara kita? dulu kem tentera diceroboh dan senjata habis dibawa lari oleh geng maunah, kemudian enjin jet dicuri, sekarang kapal selam tak reti menyelam. pak pandiag sungguh.

paksujb said...

hahahaha... adoiiii...
ini malaysia ku. dia org ingat seringgit-dua ke ape??

selagi mana menteri2 kita tak berubah, kita akan terus jumpa benda2 ni

mosabit said...

askar sekarang rilek...kominis dah takda.....

Unknown said...

saya dengar bukan tak boleh nyelam tapi depa takut nanti pi nyelam rosak tak leh timbul sapa yang nak gi rescue meke tu..... sebab rescue plannya tak de beb.maaf cakap le aku ni bukan pandai sangat tapi kalau nak buat satu bende tu mesti ade rancangan kontegensinya.

Unknown said...

Salam tuan,

saya ingin lontarkan sedikit pandangan,

kapal selam tu rosak tak boleh nak menyelam, cuma sedikit masalah teknikal, dan boleh dibaiki kerana masih dalam 'waranty' kata pak menteri.cukup senang je jawab pak menteri.

nasib baik laaa kapal tu tak rosak semasa sedang menyelam dan tak boleh nak timbul, apa akan jadi...?
apa pak menteri kita nak jawab pulak?

Ab Razak Hj Ahmad said...

Takkan takde FAT (Factory Acceptance Test) masa nak deliver kapal selam tu....

Memang ada FAT tapi officer yang pi kilang tu cuma pi makan angin, shopping etc....

Minor defect katanya.... New product supposed to be no defect ma.... Kapal selam tak boleh menyelam, mcm kapal terbang tak boleh terbang, basikal tak boleh kayuh and kereta tak boleh bergerak kira major defect lol....