Tuesday, February 16, 2010

Buka Panggung

Zulkefli Nordin Tak Usah Cakap Banyak, Keluarlah Cepat...

ZULKEFLI Nordin kata ada usaha di kalangan jawatankuasa disiplin PKR hendak buang beliau dari parti berkenaan. "Ada usaha firaun kecil nak buang saya," katanya. Dia mempertikaikan mesyuarat lembaga disiplin parti itu esok dibuat semasa beliau berada di Korea menghadiri persidangan bersama rakan pembangkang lain.

Aduh Saleha, sedap sungguh bunyi kata-kata Zulkefli. Hanya mereka yang pekak dan buta akal saja akan terpengaruh dengan kata-kata manis si Zulkefli ini. Lama sebelum ini saya sudah menulis ke mana hujung jatuh politik Zulkefli Nordin. Saya sudah meramal mengenai pengakhiran perahu kecil politiknya. Dia sedang berkluk klik dan mencari jalan berliku untuk keluar parti bagi mengekalkan kedudukan kerusi Parlimen Kulim - Bandar Baru. Dia akan melakukan apa saja untuk itu. Penarikan balik petisyen pilihan raya parlimen Kulim - Bandar Baru adalah dirancang dan strategi itu bijak baginya kerana menguntungkan peribadinya.

Bila saya menulis menceritakan mengenai munafiknya ahli parlimen bertubuh kecil ini para penyokong otak kemetotnya marahkan saya. Ada yang mengatakan saya membuat fitnah. Mereka ini adalah orang-orang Pas dan PKR sendiri. Tetapi hari ini semakin hari semakin 'terbahar' dan terdedah apa yang berlaku sebenarnya. Anwar Ibrahim sendiri juga sudah mula merasa jengkil dan muak dengan politik hama Zulkefli Nordin ini. Apa yang dianggap fitnah perlahan-lahan bertukar menjadi kebenaran.

Saya tidak berhajat menulis apa yang saya tahu mengenai dirinya dan juga agenda yang disusunya selama ini dalam usaha mengekalkan statusnya sebagai ahli Parlimen. Sila buka dan rujuk kepada tulisan saya yang lepas dalam blog ini. Atau kalau sudi hubungi sdr Md Radzi Mustapa, peguam yang menguruskan soal petisyen ke atas kerusinya. Tanya Radzi apa yang berlaku sebenarnya dan bagaimana pendirian, sikap, perangai dan temberang Zulkefli Nordin ini. Ataupun tanya peguam Pakwan Cheek Marican atau Kamar Aniah Kamaruzaman. Kedua mereka ini tahu dari Z sampai I dan dari N sampai N tentang diri zulkefli.

Cuma apa yang saya nak sebut di sini, Zulkefli tidak payah main wayang banyak sangat nanti orang jeluak. Kalau nak tinggal PKR dan nak bersama Umno silakan. Rasanya tidak ada siapa nak marah pun. Dan mereka yang selama ini menjadi penyokong beliau termasuk yang menjadi penampal postal di Kulim - Bandar Baru pun tidak akan marah. Malahan saya rasa sangat bersetuju dengan kerana sudah mual temberang beliau itu. Sementara orang Umno yang terdiri rakan-rakan lamanya di Bukit Bintang akan mengalu-alukan langkah itu. Kepulangan Zulkefli ke Umno bagaikan sireh pulang ke ganggang.

Dan sekiranya Zulkefli menyertai Umno mungkin apa yang diharap dan katanya ditawarkan kepadanya sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri bagi menjaga hal ehwal agama akan terpenuhi. Mana tahu? Cuma sayang menteri berkenaan kini sudah bertukar porfolio tidak mungkin apakah yang diimpikan itu menjadi kenyataan.

Usahlah buat macam-macam rekaan itu dan ini. Rasanya PKR tidak akan menangis kalau beliau keluar parti hatta menyertai Umno. Anwar, Wan Azizah, Syed Husin Ali dan sesiapa saja dalam PKR rasanya bahagia dengan tindakan itu nanti kecuali mereka yang sejenis dan sepecies dengan beliau saja. Zulkefli boleh bergabung dengan bekas-bekas PKR, seperti Ezam Mohd Noor dan gengnya untuk menentang dan memburukkan Anwar sehabisnya.

Eloklah kalau Zulkefli nak sertai Umno waktu ini. Isu pun banyak yang relevan dengan beliau. Masalah Islam boleh diperjuangkan dalam Umno. Isu kalimah Allah dan terbaru pembatalan perarakan maulid Rasul. Isu ini sesuai sangat digunakan oleh beliau. Perjuangkanlah kedua isu berkenaan. Pas dan PKR apa lagi DAP tidak bileh diharap lagi. Inysa-Allah Islam akan menjadi kuat dibawah Umno dengan hadirnya seorang Al Ustaz bernama Zulkefli Nordin. Dan kalau masuk awal-awal dapat pula buat jasa Insya-Allah Umno akan calon dalam pilihan raya kelak.

Kepada PKR tidak payah bincang banyak-banyak soal Zulkefli kerana ia membuang masa saja. Ikut sahaja apa yang Zaid Ibrahim suruhkan itu, pecat. Buat apa tunjuk profrsional, adil dan toleran kepada orang yang sudah membenci kita. Kadang-kadang dalam PKR hari ini ada yang tidak faham orang membencinya tetapi masih diusap dan disusukan macam anak kambing kena hujan. [*** 6:00 pm 16/02/10]

12 comments:

Anonymous said...

FIRAUN KECIL??? cammana nak salahkan firaun...die sndiri yang start tak bepasal..

KASIHCIKGU said...

Setuju dengan MSO. Ni MP tempat aku, mula-mula jadi MP aku respek dia, cerita dlm parlimen selalu dia update dlm blog dia. Pi parlimen naik motor saja, dan biasa kayuh basikal ke parlimen. Kalau nak pecat dia aku cadang kepilkan bersama borang UMNO. habis cerita tutup "bok".

firdaus said...

benar kata tuan, buat apa nak berlaku adil seadil-adilnya pada orang yang sudah membenci kita kerana sudah niatnya begitu, ia bukanlah boleh diumpamakan benci tanpa niat, memang dia dah cukup benci maka bencilah dia, tak perlulah lagi nak tunjuk baik sangat, adil sangat...

masalah PR terutamanya PKR malah PAS sendiri terlalu takut hilang penyokong, malah menerima tanpa soal ahli-ahli bekas parti membuta tuli yang kadang-kadang bukan sebab setuju dengan ideologi perjuangan, tetapi semata-mata kerana political interest, malah menyokong kerana mahu turut sama ikut menyokong, bukan kerana dia menyokong ikut pendirian dia sendiri..

kadang-kadang kita berjuang tak perlulah membuktikan kesetian kepada sesiapa pun bukan pada bendera dan juga bukan kepada idealogi semata-mata.. its just fickle and can change through time.. apa yang perlu dilakukan hanyalah membuktikan kepada diri sendiri dan atas nama ALLAH Yang Maha Agung....

Unknown said...

Salam tuan MSO,

Saya setuju dengan pendapat tuan, MP macam ini tak perlu ada dalam PR, seumpama memikul 'biawak hidup' yang akan mencakar belakang selagi tidak dilepaskan pergi. PKR mesti lepaskan MP ini pergi memburu cita2nya yang dirasakan sudah tidak lagi sesuai untuknya berjuang dalam PR. Anggaplah MP yang macamni ibarat ‘melukut di tepi gantang’, demi kepentingan jangka panjang perjuangan PR.
Saya rasakan, YB ni seolah-olah sedang ‘menyediakan payung sebelum hujan’ namun tidak kena cara dan provokasinya. Kalau nak keluar, tak payah nak burukkan PKR, beliau kena ingat, kalau bukan atas tiket PKR, belum tentu beliau boleh menang dalam PRU dulu. Tak perlu merendahkan kredibiliti dan maruah diri sendiri, keluarlah PKR dengan cara terhormat, kalau beliau ingin terus berada dalam arena politik Negara.

NH Shah Alam said...

Orang Politik semuanya tak boleh diharap untuk menjaga agama. Semuanya kaki temberang. Hidup macam sesumpah selalu bertukar warna....

WAN MARZUKI said...

Selamat jalan Zulkefli Nordin. PKR perlukan pemimpin yang benar-benar dapat menghayati prinsip parti dan istiqamah dalam perjuangan. Selamat masuk AmnoBN dan jadi Menteri!!!

ramly said...

malunya....tergedik2.... tak boleh terima komen dari ahli,
semua ada kepentingan peribadi.. mso pun sama....ahli pas betul blako ...orang lain dok keno belako...

ANAFAKIR said...

setuju dengan sdr Firdaus..atas nama Allah Yang Maha Agung..usah salahkan sesiapa.Org benci kita kerna kita, org sayang kita juga kerana kita..itu pesanan arwah ayah hamba masa hamba kecil-kecil dahulu.Kena guna 'ilmu taksir' katanya...seronok berguru dengan orang tua-tua.

Nor Azman bin Sukerman said...

Assalamu alaikum tuan. Rasanyalah, kalau kita nak tengok YB Zul ni keluar PKR mungkin hajat kita tak kesampaian. Rasanya memang dia tak kan keluar PKR kerana dia dah berhajat nak bertanding jawatan naib presiden. Berdasarkan hasrat tersebut beliau ni mungkin ada agenda penting yang perlu beliau langsaikan dalam PKR dan Pakatan Rakyat. Apakah tidak mustahil yang YB ini adalah duri yang dihantar untuk merosakkan daging, gunting yang sengaja disimpan di dalam lipatan dan api yang dinyalakan di dalam sekam yang akhirnya hanya akan menanahkan daging, mengoyakkan kain dalam lipatan dan membakar sekam hingga hangus tak berupa lagi. Ya, barangkali penarikan petision pilihan oleh Abdul Aziz menghendaki YB ini berperanan sedemikian untuk survival U-BN. Sebab itu kita dapati tindak-tanduknya begitu sekali terrancang dan tersusun dari isu Majlis Guaman hinggalah ke isu sekarang ini. Jadi, usah diharap dia pergi tapi kalau nak dia pergi juga usirlah dia.

sribuat said...

sokong.... riding mp patut keluar.... tapi aku rasa dia mmg tunggu utk dipecat supaya org tambah simpati pada dia.... tak apa.. pecat ajelah... tak pa BN dapat 2/3 kt parlimen tu... asal PKR aman... pecat ajer yang buat onar tu.

mohd sayuti omar said...

Sdr Ramly adalah contoh penjenguk blog saya yang tidak banyak membaca ataupun mengenali saya menerusi blog. Penjenguk lain boleh menilai di mana tidak kenanya dengan Ramly ini. Wassalam.

Unknown said...

Salam sejahtera
Saya bersetuju kata dan analisa saudara MSO terhadap manusia bergelar ZULKEFLI Nordin. Kata bebudak sekarang bulat LORAT tak tentu pasal.Nak jadi jaguh hingusan ala budak UMNO.

Pakatan Rakyat masih baru perlu teguran .nasihat secara hikmah dan berhemah. Bukan menjerit tanpa hala tuju yang betul. Konon katanya dia selalu rujuk ulamak. Siapa dia ??? yang nak protes ayahanda TGNA...maaf cakap...kentut dia pun belum tentu sopan berbanding TGNA.

Saudara Zul..seorang peguam...gerak tari mu layak di dalam kamar mahkamah..namun di dalam sana pun ada tata susila tika berpencak silat...apakah diluar mahkamah saudara Zul nak menyalak pada kesatuan yang baru dibina..sedangkan diseberang sana benteng musoh bertambah rapuh..

Apakah saudara nak dikenang sebagai jaguh peranap Pakatan Rakyat..ingat saudara...tubuh mu kecil...ilmu pun pun ciput...jangan mudah perasan dengan pangkat YB yang baru setahun jagung tu.

Apakah saudara nak dikenali pejuang Melayu kononya..tapi kesopanan dan kesabaran saudara cuba menjahanamkan kesatuan yang baru saudara ikrar untuk taat setia.

Sedarilah saudara Zul...Pakatan Rakyat bukan didokong kuat oleh YB seperti kamu tetapi rakyat yang sedar mereka yang dah lama hidup tertipu bagai bangkai busuk tak ada harga diri...

Pemergian mu ke sarang BN tidak sikit pun merugikan PR...now sejarah akan kenang siapa pejuang PR sebenar dan siapa firaun atau munafik yang sebenar.