TENGAH hari semalam sewaktu makan tengah hari di gerai masakan Kelantan di Seri Gombak, Selangor saya terserempak dengan Ustaz Ismail Nuh, bekas ahli Parlimen Pasir Mas. Beliau bersama dua orang lain yang juga berhajat untuk makan di situ. Saya terlihat beliau setelah selesai makan.
Lama tak jumpa dengan Ustaz Ismail. Paling akhir rasanya sewaktu bertungkus lumus untuk memenangkan Ibrahim Ali di kerusi Parlimen Pasir Mas dalam pilihan raya umum lalu. Betapa ketika itu Ustaz Ismail telah ke hulur ke hilir tidak tidur malam berkempen untuk menjamin kemenangan besar Ibrahim. Ustaz Ismail berperanan untuk memberi penjelasan kepada ahli peringkat bawahan kenapa Ibrahim bertanding atas lambang bulan.
Walaupun tidak sepatutnya beliau komited dalam memenangkan Ibrahim memandangkan Ibrahim pernah melawannya, malahan merendah-rendahkan wibawanya, namun Ustaz Ismail tidak pernah merasakan itu. Kerana kehendak parti Ismail sedia melupakannya. Musuh jahat pun boleh diterima sebagai sahabat yang baik. Atas sikap dan tanggungjawab ini saya melihat Ustaz Ismail Nuh seorang yang ikhlas dan akur kepada keputusan parti. Beliau sedikit pun tidak menunjukkan sikap protes terhadap keputusan Pas memberi laluan kepada Ibrahim. Tidak tahu kata eh... melainkan samitna watana saja.
Ustaz Ismail adalah tiga daripada ustaz atau pun tokoh agamawan di Kelantan yang saya hormati kerana budi pekerti dan ilmunya. Dua lagi selain Tok Guru Nik Abdul Aziz ialah bekas Exco Pas dan tokoh dakwah bertaraf internasional. Beliau ini saya hormati dan menganggap tahap 'kemursyidulannya' dan hemahnya sama dengan Nik Aziz atau Ustaz Ismail. Tetapi penghormatan kepada ustaz ini hilang bila mana beliau sedia diperkudakan oleh seorang Exco Kelantan kemudian menjelerkan lidahnya turut melakukan fitnah besar ke atas saya.
InsyaAllah saya berhajat akan melunasi hutang fitnah ini bila terserempak dan berjumpa dengannya di mana-mana kelak. Saya berdoakan agar beliau tidak meninggal dunia dulu. Apa yang diucapkan oleh tokoh ini sesuatu yang sungguh menjijikkan dan tidak sepadan dengan taraf dan title yang diberikan kepadanya dan diagungkan oleh saya sejak berpuluh tahun lalu.
Jadi selepas Nik Aziz, Ismail Nuh sajalah ustaz dan tokoh agawaman yang saya hormati di dalam Pas di Kelantan. Adapun Ustaz Mustafa Mohamad dan Mohamad Daud Iraqi saya tidak mengenalinya dari dekat serta tidak pernah bertanyakan hal ilmu. Jadi kedua mereka ini tidak termasuk dalam tokoh agamawan yang menjadi perhitungan saya.
Berbalik kepada kisah Ismail Nuh tadi, walaupun beliau mungkin mulanya agak berat untuk menyokong Ibrahim kerana takut bersubahat dengan kejahatan Ibrahim, tetapi kerana kehendak parti beliau akur juga. Ismail merasa begitu mungkin kerana dapat membaca ke mana pengakhiran politik Ibrahim selepas menang kelak. Ismail pasti dapat merasai perangai 'anjing' yang ada kepada Ibrahim di mana anjing kalau sudah biasa makan tahi kalau tak makan pun dia akan menghidu juga.
"Ambo (saya) tidak ada apa-apa abang Ti, kalau parti suruh.. ambo hanya ikut saja, lagi pun ambo dah lama dalam parti," begitulah kata Ustaz Ismail Nuh kepada saya. Ketika itu kami sama-sama menginap di satu hotel di Makkah dalam rangka mengerjakan haji tahun 2007. Ustaz Ismail suka memanggil saya abang Ti walaupun dari segi usia dia lebih tua dari saya.
"InsyaAllah kalau kerajaan Pas dapat mengekalkan kerajaan Kelantan, ustaz akan diberikan apa-apa jawatan sesuai kebolehan dan profesyen ustaz oleh Tok Guru (Nik Aziz). Kita berilah laluan kepada Ibrahim, kita tengok sejauh mana keikhlasannya nanti untuk bersama Pas," kata saya memberi harapan kepada Ustaz Ismail Nuh sambil membujuknya.
Memang saya berharap begitu sekiranya Ibrahim menang, hendaknya Ibrahim akan membantu Ustaz Ismail Nuh dalam hal-hal yang berpatutan selaku ahli Parlimen sebagai membalas budi atas kesediaan Ustaz Ismail Nuh menyerahkan kerusinya itu dan menyokong penuh untuk kemenangan Ibrahim. Pengorbanan Ismail untuk kemenangan Ibrahim dan mengembalikannya ke parlimen cukup besar.
Di Makkah lagi saya sudah tahu yang Ustaz Ismail sedia beri laluan dan ikhlas untuk menyokong Ibrahim. Sebab itu bila malam penamaan calon Ustaz Ismail Nuh hadir seperti biasa untuk menzahirkan sokongannya. Dan paling menggembirakan lagi di hari perarakan calon, Ustaz Ismail Nuh berada di barisan depan, berganding tangan dengan Ibrahim menuju ke Pusat penamaan calon di Pejabat Jajahan Pasir Mas.
Manakala di sebelah malam selepas selesai penamaan calon, Ustaz Ismail Nuh terus turun ke gelanggang, menaiki pentas berceramah untuk Ibrahim Ali. Sedikit pun tidak ada perasaan cemburu ataupun terkedu hati Ustaz Ismail Nuh walaupun beliau digugurkan, dan lebih merujakan kerusi itu adalah kerusinya. Melihat keikhlasan dan kesediaan Ismail membantu Ibrahim ini benar-benar mengharukan jiwa saya.
Walhal Ismail boleh berkeras untuk tidak memberikan kerusi itu kepada Ibrahim kalau dia mahu. Beliau adalah Yang Dipertua Pas Kawasan Pas Pasir Mas. Pas Pasir Mas juga tidak berapa berkenan kepada Ibrahim kerana semua ahli Pas sudah mengetahui kelicitan dan kemunafikan politik Ibrahim Ali. Apa kata kalau ketika itu Pas memboikat Ibrahim. Mungkin Ibrahim tidak merasai untuk kembali semula ke parlimen.
Tetapi apabila Ustaz Ismail Nuh menyatakan sokongan apalah yang dapat ahli lakukan melainkan turut sama memberi sokongan padu kepada Ibrahim. Aura dan pengaruhnya sebagai ustaz dan tok guru di Pasir Mas cukup meluas.
Pada malam ceramah pertama itu saya jadi lebih terharu bila mana Ustaz Ismail Nuh merayu ahli dan penyokong Pas agar menyokong Ibrahim Ali. "Datuk Him adalah calon kita, kita semua jangan 'teweng' (silap) daripada menyokongnya. Kita mahu Datuk Him menang dengan majoriti besar," begitulah kata Ustaz Ismail Nuh. Malam itu juga sdr Kamal Amir Kamal Hijar bekas Exco Pemuda Umno Malaysia turun sama berkempen untuk menjamin kemenangan Ibrahim Ali.
Dan semalam bila berjumpa dengan Ustaz Ismail Nuh perasaan terharu itu menjelama lagi dalam diri saya. Terharu kali ini bukan kerana dia saggup berkorban memberi laluan kepada Ibrahim Ali, tetapi terharu bercampur kesal atas apa yang berlaku kini. Orang yang sama-sama disokong dan didokong untuk menang akhirnya mengkhianti beliau dan Pas. Orang yang diberikan amanah untuk agama Allah kemudian mengkhianti amanah itu.
"Macam mana dengan Datuk Him?" tanya Ustaz Ismail Nuh menyebabkan hati saya terusik. Saya faham dengan pertanyaan beliau itu. "Kita kena buat semula, Ustaz, lupakan dia?' jelas saya pendek, dan dia juga faham dan tersenyum.
Dua orang pengiringnya mungkin faham dan mungkin tidak apa yang saya maksudkan. "Apa jadi dengan Perkasa, sejauh mana Perkasa ni boleh pergi, abang Ti," aju Ustaz Ismail lagi sambil menjamah makanan.
"Tak kira Perkasa ke apa, kali ini kita kena balas dendam Ustaz. Ustaz kena bertanding semula. Kalau dulu Ustaz berganding bahu menyokongnya, kali ini Ustaz kena berarak ke pusat penamaan calon untuk menentangnya semula. Kita kena balas besan kali ini, Ustaz. Hutang kita dengan Ibrahim belum langsai," ujar saya memberi semangat. Ismail hanya tersenyum saja dan memerhati tepat ke wajah saya.
"Saya mahu lihat Ibrahim akan kalah di Pasir Mas biar dia tahu bahawa kemenangannya selama ini kerana sokongan Pas. Kita sama-sama tengok apakah bila dia bertanding atas tikit BN atau bebas dia boleh menang seperti tahun lalu. Jadi ustaz kena siap sedia, tak lama dah, setahun setengah lagi.," kata saya lagi menghunjang semangat kepada Ustaz Ismail Nuh.
"Saya mahu lihat Ibrahim akan kalah di Pasir Mas biar dia tahu bahawa kemenangannya selama ini kerana sokongan Pas. Kita sama-sama tengok apakah bila dia bertanding atas tikit BN atau bebas dia boleh menang seperti tahun lalu. Jadi ustaz kena siap sedia, tak lama dah, setahun setengah lagi.," kata saya lagi menghunjang semangat kepada Ustaz Ismail Nuh.
Saya tidak pasti apakah beliau 'berjelira' dengan kata-kata saya itu. Tetapi saya yakin kalau Pas meletaknya bertanding semula Ustaz Ismail Nuh tidak akan tolak. Apa lagi untuk menghapuskan si munafik politik seperti Ibrahim, sepuluh kali bertanding lagi pun dia mahu. Hatta bersinsing lengan baju pun rasanya Ismail mahu.
Dan orang seperti Ustaz Ismail Nuh tidak pernah melihat apakah poket peribadinya penuh tetapi yang sering diperhatikan apakah karung perjuangan senantiasa diisi demi mencapai kemenangan Pas dan Islam. [wm.kl. 8:00 am 21/02/10]
2 comments:
Salam MSO,
Saya barangkali setiap hari tidak ketinggalan membaca posting MSO dan apabila tidak ada perkara baru yang dipaparkan, saya akan sedikit kecewa. Bukan kerana saya taksub dengan MSO, bahkan saya mungkin tidak setuju dengan kebanyakan pendapat dan tulisan MSO yang menghentam pimpinan PAS.
Saya berpendapat tulisan kali ini begitu menyentuh hati dan perasaan saya sebagai penyokong akar umbi PAS, dan hati saya terus berkata "ITULAH TAHAP KEIKHLASAN PEMIMPIN PAS" Itulah tahap THIQAH dan WALA' yang diamalkan di dalam PAS oleh golongan yang ikhlas dalam perjuangan ini. Thiqah dan wala' inilah yang dicanangkan oleh sesetengah penulis atau blogger yang tidak diketahui pegangan mereka, sebagai candu masyarakat.Untuk pengetahuan MSO dan sidang pembaca sekelian, selama mana pemimpin kami tidak menyeleweng dari ISLAM, kami akan terus memberikan Thiqah dan Wala' kami kepada para pemimpin kami dengan tidak berbelah bagi, biar apa pun tohmahan yang dilemparkan kepada kami.
Kami diajar supaya meyakini bahawa kemenangan di dunia hanyalah alat, bukan matlamat.Matlamat kami adalah kemenangan di AKHIRAT, dan kerana itulah kami tidak peduli siapa yang mengkhianati kami, bukan bermaksud kami akan membiarkan kami dikhianati, tetapi kami YAKIN dan PERCAYA akan pembalasan ALLAH SWT di AKHIRAT. Kami diajar dan dididik dengan falsafah walau seribu kali dikhianati, kami tetap tidak akan mengkhianati - ISLAM MENGAJAR KAMI SEDEMIKIAN.SALAM.
Buat manbesut; Pegangan yang bagus.Dunia akan aman dengan Islam dan umatnya yang berpendirian sebegitu.Cuma saya sedih dan kesal..masih ramai pemimpin negara kita ini, mengaku Islam, mengaku ingin menegakkan Islam, mengaku dilahirkan dalam keluarga Islam,setengah tu pula ada keturunan alim ulamak tetapi masih berselingkuh dengan nafsu dan kehinaan.Sanggup bersekongkol dengan kemungkaran yang jelas lagi nyata.Walau apa pun, saya amat menyakini ISLAM akan menerajui semula dunia akhir zaman ini..tunggulah kebangkitannya.Tunggulah AL-MAHDI tiba.Itulah saat dan ketikanya.
Post a Comment