DI ANTARA banyak bidang seni ataupun ketrampilan yang saya tidak miliki dan sangat mengkaguminya ialah lukisan dan muzik. Saya sangat meminat kedua cabang seni ini tetapi tidak pernah pula mencuba untuk menguasainya.
Bagi saya muzik dan lukisan boleh menenangkan fikiran. Alunan muzik dan keindahan atau mesej yang disampaikan menerusi lukisan tidak sekalut dan semunafik dunia politik.
Malang saya tidak tahu menghasilkan sebarang lukisan. Semasa di sekolah dulu saya tidak cemerlang dalam bidang ini. Paling-paling memperolehi markah di bawah C. Kalau pun saya mampu melukis setakat lukisan orang lidi sedang memanjat pokok kelapa saja.
Sementara muzik pula di sekolah kampung manalah ada pembelajaran muzik selain daripada rebana, gong ataupun keretuk. Inilah nasib dan juga surat takdir lahir dalam keluarga tidak berada di lokasi jauh di kampung.
Atas kesedaran itu saya membawa 'rumah tangga' saya untuk berkelana dan berjuang di ibu kota Kuala Lumpur. Semuanya untuk memperolehi dan memberi peluang kepada diri dan anak-anak menikmati apa yang tersedia di Kuala Lumpur. Saya mahu mereka membesar dan mengenali hidup dalam dunia berbeza dengan saya.
Semasa di Jakarta beberapa hari lalu saya berpeluang menikmati beberapa buah lukisan karya M Iwan Suhaya (foto) seorang pelukis muda berasal Bandung. Lukisan itu dipamerkan di geleri (lobby) hotel Sultan, Jakarta. Iwan mengadakan pameran solo di situ bermula 28 Januari hingga 4 Februari. Pelukis ini khabarnya pernah ke Malaysia dan mengadakan pameran solo di sini.
Saya begitu teruja melihat akspresi Iwan menerusi beberapa lukisan yang berlatarkan haiwan dan dunia. Haiwan menjadi sumber ilham kepada Iwan untuk melempiaskan perasaan dan ideanya. Haiwan menjadi pilihan, ikan kloi, burung, ayam, harimau dan gajah.
Seimbalas lalu menyelami perasaan pelukis muda ini ia mencintai alam dan makhluknya. Dia mahu menjadikan haiwan sebagai penata kepada kehidupan. Dunia haiwan misalnya ganas dan tidak bertamdun tetapi ada kalanya ia lebih ikhlas dan jujur dari manusia, khasnya manusia politik. Iwan mahukan manusia mempelajari kehidupan haiwan dan melihat kecantikannya di sebalik pensyariatannya oleh Allah. (Allah Islam).
Malangnya pada hari itu Iwan tiada di gelari berkenaan tidak dapat saya melongkari perasaan ataupun apakah jihadnya menerusi lukisan. Saya sempat mengambil beberapa lukisan yang dipamerkan untuk dihiasi dalam blog ini. Nikmatilah! [wm.kl. 10:15 am 05/02/10]

2 comments:
Saya juga suka kehidupan dibandar khususnya diKL kerana banyak ruang,tempat dan juga peluang untuk mencari rezeki tetapi saya benci pada kesesakkan dan "sosiallife" nya.
Kerana tidak mahu zuriat atau anak anak saya terus membesar dalam suasana bebas tanpa batasan itu saya telah mengambil keputusan untuk kembali hidup dikampung, kepulangan saya disambut dengan kain rentang "selamat pulang perantau".
Tetapi hidup dikampung rupa rupanya penuh dengan perbezaan, pertama jika masyarakat dibandar lebih suka buat hal masing masing sehinggkan jiran tetangga pun tidak mengenali antara satu sama lain tetapi tidak dikampung dimana jika dikampung setiap gerakgeri kita diambil peduli olih jiran jiran malah hatta kepada kecenderungan politik yang disokong pun menjadi buah mulut dan ada pula yang jadi kaki repot sebagai mata telingga bagi pehak politik lawan.
Ada yang mengasingkan diri tidak mahu rapat atau berkawan dengan orang yang mempunyai kefahaman politik yang berbeza kerana bimbang akan di"BlackList"kan dari senarai penerima sebarang bantuan ehsan,itulah kehebatan ugutan dan gertakan politik hidup dikampung....sedih !
Masa di sekolah saya juga minat bidang lukisan dan punyai bakat dalam bidang tersebut di samping nyanyian tapi tidak berkebolehan bermain muzik. Kalau setakat satu dua lagu 1960-an tu bolehlah saya sampaikan. Sewaktu masih bersekolah sekitar penghujung tahun 1960-an dulu ikut terlibat menyiapkan lukisan mural (lukisan dinding bangunan) di Pejabat UMNO Baling. Selepas meninggalkan alam persekolahan, bakat seni lukis terus hilang. Bagaimanapun saya meminati bidang persuratan pula sehingga kini. Mujurlah bidang itu dapat diteruskan setelah saya mengidap strok (angin ahmar) mulai 17.9.1999. Jika tidak tentulah amat membosankan bagi saya untuk meneruskan hidup ini. Memang betul pendapat seorang sahabat yang pernah kata MENULIS TAK BOLEH KAYA, di segi material saya akui. Tapi sebenarnya bidang berkenaan memperkayakan kita dengan perkara-perkara lain seperti pergaulan dan pengetahuan umpamanya. Bagi seorang yang berminat dengan bidang persuratan dia juga memiliki naluri ingin tahu. Untuk merealisasikannya dia perlu membaca dan banyak bertanya.
Post a Comment