KEBETULAN sudah sampai ke Rong Chenak, To Uban, Pasir Mas walaupun berat hati dan perasaan untuk menjenguk ladang ternakan kambing jampari, Jihad Ternak yang diusahakan Akademi Pembangunan Keluarga Bahagia Berhad (APKBb) bersama Mohd Amin Pipet dan Mohamad Fauzi Daud, tetapi saya memaksakan juga hati minta adik ipar yang memandu kereta untuk melalui kawasan ladang ternak tersebut. Kalau tak singgah pun, silau sudah cukup.
Ladang seluas 200 ekar itu meninggalkan kenangan tersendiri buat saya. Dan ladang inilah juga yang menyebabkan saya mufarakah dari seorang Exco Kelantan yang mulanya saya hormati dan kagumi. Saya tidak mudah menukar prinsip dan terjebak dengan bueh-bueh politik yang keluar dari mulut yang berbaur khamar!
Lagi pun sebelum ini saya sudah diberitahu bahawa ladang itu kini sudah jadi padang jarak padang terkukur. Sudah tidak ada seekor kambing pun lagi. Semasa kali terakhir saya menjenguk ladang berkenaan, jumlah kambing kira-kira 2,700 ekor. Setengah ibu kambing sudah pun mula melahirkan anak ketika itu.
Selepas APKBB mendapat injuksi balas dari Mohd Amein pada 23 Ogos 2007 ladang kambing itu dibawah bidang kuasa APKBB. Mohd Amin dan Mohamad Fauzi tidak lagi bertanggungjawab dan berkuasa ke atas ladang berkenaan. Segala urusan kambing dan penjagaan aset ladang itu dibawa seliaan dan kawalan APKBB sepenuhnya.
Pengerusi APKBB yang juga Adun, Mengkebang, Abdul latiff Abdul Rahman yang mengikrarkan injuksi berkenaan. Apa yang boleh difahamkan dalam ikrar itu selagi mahkamah tidak memutuskan kambing itu dan asetnya kepunyaan sesiapa, maka sesiapa pun baik APKBB dan pihak Mohd Amin tidak boleh menyentuhnya. Manakala Abdul Latiff mengikrarkan segala kerugian dan risiko yang berlaku semasa tempoh itu adalah di bawah tanggungjawabnya.
Biarlah urusan dan penyesaian ke atas ladang itu diputuskan oleh mahkamah atau pihak kerajaan Kelantan! Tetapi apa yang diketahui keputusan mahkmah berhubung status ladang berkenaan masih belum selesai. Mohd Amin dan Mohamad Fauzi tidak pun pernah memfailkan perbicaraan. Jadi adalah anih kalau ada sumber mengatakan kes ladang kambing itu sudah pun beres dan tidak berbangkit lagi.
Khabarnya Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat sudah pun memanggil Mohd Amin Pipet untuk mendapat maklumat lanjut dua minggu lepas. Dan Tok Guru berjanji akan menyelesaikan kes tuntutan Mohd Amin itu dengan terlebih dahulu memanggil pihak-pihak berkenaan. Jelas apabila Nik Aziz sedia memanggil Mohd Amin ini bermakna kes itu belum selesai seperti mana diuar-uarkan.
Berbalik kepada keadaan ladang itu sekarang ini, ternyata ia benar seperti mana yang dimaklumkan kepada saya. Bukan sahaja kambing tidak ada, tahi kambing pun sudah kering dan menjadi debu. Kehijauan ladang berkenaan tiga tahun lepas sudah bertukar menjadi kering kontang dan penuh dengan debu-debut. Kebetulan musim ini kemarau pula jadi tambah berdebulah kawasan itu. Tanah dan rumput yang landai dan rata dulu kini sudah menjadi gerutuk kerana tanah itu sedang ditenggalakan untuk projek penanam sayur.
Rumput napiar yang ditanam sudah hancur dibaham tenggala. Yang tinggal tercegak ialah kandang kambing berharga lebih l RM100,000. Tidak dapat dipastikan apakah kayu yang diambil dari Komplkes Perkayuan Kelantan (KPK) – sebuah anak syarikat PKINK bernilai RM109,295.46 sudah dibawa kesemuanya ataupun tidak. Pihak ladang berkenaan harus membayar harga kayu itu kerana syarikat itu milik kerajaan Kelantan dan wangnya adalah hak rakyat Kelantan.
Sesiapa yang rajin boleh chek dengan KPK apakah hutang itu dilangsai atau tidak. Dan jika tidak dilunasi pihak pengurusan KPK boleh menuntutnya kepada APKB. Sekiranya pihak tertentu mengatakan ada penyelewengan dalam kerajaan negeri Kelantan janganlah melenting. Hutang tetap kena bayar walaupun setengah dinar.
Seperti mana yang saya bayangkan sebelum ini, kalau tidak diuruskan dengan baik projek ladang kambing bernilai RM5 juta itu akan hancur begitu saja. Yang tinggal nanti ialah tangki air bernilai RM32,000 sebagai ikon kemusnah sebuah projek ternakan kambing di Kelantan.
Ternyata apa yang saya bayang dan bimbangkan itu menjadi kenyataan. Hari ini tangki air yang penuh kontroversi kerana harganya itu masih tegak berdiri di tengah ladang berkenaan.
Buat masa ini dua bangunan kadang kambing masih lagi berdiri. Begitu juga dengan pondok pengawal dan pejabat yang dibuat dari kontena. Sedikit masa nanti kadang itu akan reput, pejabat itu akan hancur dan pondok pengawal itu akan runtuh dimakan anai-anai. Yang tinggal dan akan jadi sejarah misteri ialah tangki air itu saja.
Tanah ladang seluas 200 ekar itu sudah bertukar menjadi ladang sayur. Seorang pekerja ladang yang kebetulan terserempak menjelaskan kawasan itu kini sedang diusahakan dengan penanam sayur dan jagung. Benarlah apa yang diberitahu kepada saya sebulan kepas, bahawa kambing jamnpari telah bertukar menjadi jagung. Anih!
Biarlah kambing jampnapari sudah habis. Nasib, kambing yang dibawa dari Yoyjakarta itu tidak mahu membiak di tanah wali negeri Kelantan. Yang sesuai mungkin penamaan sayur-sayuran. Tetapi apa yang boleh dipersoalkan di sini, siapakah yang memberi kelulusan kepada taukeh yang menjalankan usaha penanaman sayur itu?
Bukankah penggunaan tanah itu untuk penanam sayur bertantangan dengan syarat guna pakai tanah rizab ternakan yang dikeluarkan Jabatan Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan.
Menurut peraturan No 5; Kelulusan kawasan itu hanya untuk diguna bagi projek ternakan saja. Bukan ini melanggar syarat. Dan pihak yang boleh mengusahakan ialah syarikat yang dibenarkan saja iaitu APKB. Perkara ini jelas disebut dalam syarat No 2: Kebenaran ini hanyalah diberikan atas nama Akademik Pembangunan Keluarga Berhada (APKBB) yang beralamat di PT 221 Jalan Dusun Muda, Seksyen 26, 15300 Kota Bharu Kelantan, dan diusahakan oleh penama yang tersebut di atas sahaja.
Menurut khabarnya pihak APKBB telah ‘menjual’ tanah itu kepada syarikat kepunyaan Cina untuk diusahakan penaman sayur. Saya yakin tanah itu tidak boleh dijual kerana ia menyalahgunakan syarat penggunan tanah rizeb padang ragut. Apa yang mungkin berlaku ialah mungkin penjualan prasarana yang ada di ladang itu, termasuk kandang kambing, tangki air, pagar kawat duri dan sebagainya.
Apapun pihak pejabat Perkhidmatan Haiwan Negeri Kelantan harus mengetahui pertukaran status dan projek ini. Kita tidak mahu tanah kerajaan digunakan sewenang-wenangnya ataupun diuruskan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk kepentingan mereka.
Dan sekiranya perlu, mungkin laporan kepada SPRM berhubung peralihan projek di atas tanah berkenaan perlu dilakukan untuk menjelaskan keadaan sebenar. Yang penting salam soal ini semoga hak rakyat dan harta kerajaan tidak disalah gunakan. Kalau rakyat marhaen yang terambil tanah kerajaan sekaki dua boleh didakwa dan ditarik balik bagaimana pula dengan pengambalian atau penggunaan tanah kerajaan beratus ekar yang tidak dilakukan mengikut prosedur! [d'kota kl 12:00 t/hari 20/02/10]
No comments:
Post a Comment