SUSUPAN SENJA
Khabarnya bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Abdul Halim Abdul Rahman (foto) masih dirawat di hospital. Sebelum ini beliau dimasukkan ke wad CCU Hospital Sais Kubang Kerian (HUSM) kerana masalah jantung dan kencing manis. Menurut khabar terbaru, beliau kini dimasukkan ke Hospital Sultanah Zainab II Kota Bharu kerana mengadapi masalah sakit tulang belakang.
Dua minggu lepas saya sempat menziarahi beliau di HUSM. Keadaan Abdul Halim ketika itu sihat dan mampu berbual-bual panjang dengan saya dan kelihatan ceria. Hampir 45 minit kami berbual berbagai topik termasuk mengenai pentadbiran kerajaan Pas yang baru. Ada sama semasa itu ialah bekas Adun Bukit Panau, Hanafi Daud.
Sebelum saya meninggalkan beliau pada kunjungan itu, Abdul Halim meminta saya menyampaikan sesuatu kepada Menteri Besar, Ahmad Yaakub. Sebaik dia menyedari saya pohon untuk berundur, beliau memegang tangan saya sambil berkata; ada sesuatu yang ana nak suruh enta sebutkan kepada Ustaz Ahmad Yaakub," katanya mensuspenkan saya sedikit.
Saya agak terkejut apakah yang dimaksudkan olehnya itu. Kenapa tidak diajukan kepada Hanafi sahaja. Mungkin dia tidak tergamak dan pantas disebut oleh saya saja. Ustaz Halim mahukan saya memberi tahu Ahmad Yaakub agar mengistyharkan pengecualian bayaran rawatan oleh hospital Pakar Perdana kepada bekas-bekas wakil rakyat di Kelantan. "Enta bagitahulah kepada dia biar dia istyharkan, perkara ini dah lama dah dibincangkan", katanya bersungguh.
Saya tidak tahu, kalau sebelum ini kerajaan Kelantan tidak memberi apa-apa perioriti rawatan di hospital pakar berkenaan. "Tak ada ke ustaz?" tanya saya. "Tak ada..," jawabnya sambil menggeleng-geleng kepala. Wajahnya agak sugul saat menyebut soal ini.
Katanya baru-baru ini bekas Exco, Mohamad Daud Iraq dimasukkan ke hospital berkenaan, semua kos rawatan (sebanyak lebih RM5,000) dibayar penuh, tanpa ada potongan. Saya lantas bertanya kepada bekas Bendahari Pas Pusat itu, apakah perlu untuk hospital pakar membuat potongan? Jawabnya, kenapa tidak sebab kerajaan negeri ada saham dalam hospital tersebut, masakan tidak boleh untuk membantu bekas-bekas wakil rakyat, tidak sepenuh pun separuh?
Katanya macam HUSM beliau mendapat potongan dengan menggunakan kad sebagai bekas ahli parlimen. Tidak tahu apakah Adun layak mendapat keistimewaan. Sepatutnya hospital yang mana kerajaan negeri ada saham lebih wajar memberi sedikit pengecualian.
Sambil memegang lengannya, saya berjanji akan menyampaikan pesanan itu kepada Menteri Besar Kelantan. Saya berpendapat tidak salah kalau bekas-bekas wakil rakyat yang mendapat rawatan di hospital berkenaan diberi potongan istimewa kerana kalau untuk perkara lain kerajaan sanggup menghabiskan wang kenapa tidak untuk bekas wakil rakyat yang berjasa.
Contohnya kerajaan boleh memberi wang hadiah kepada pemain bola sepak Kelantan apabila mendapat piala, jumlahnya bukan sedikit ratusan ribu, tidak cukup wang diberi tanah, masakan untuk membantu bekas wakil rakyat tidak boleh. Sekiranya hospital berkenaan tidak ada peruntukan, kerajaan boleh mencari jalan lain bagaimana untuk membantu bekas wakil rakyat.
"Enta sampaikan kepada Ustaz Mat perkara ini," katanya penuh mengharap.
Saya tidak berjumpa dengan Menteri Besar untuk menyampaikan perkara itu. Tetapi semasa setiausaha politiknya, Wan Nik Wan Yusuf datang berjumpa saya dua minggu lepas, saya ada menyebutkan perkara ini kepada beliau agar disampaikan kepada MB.
"Ana minta enta tolong sampaikan apa yang Ustaz Halim minta ana sampaikan kepada Ustaz Mat (MB), iaitu agar MB mengistyharkan ada sedikit pengecualian bayaran untuk mana-mana bekas wakil rakyat mendapat rawatan di hospital Pakar Perdana, Kota Bharu. Ustaz Halim pesan perkara ini kepada ana," begitulah kata saya kepada Wan Nik.
Apakah Wan Nik sudah menyanmpaikan perkara ini kepada Ahmad Yaakub walahu'alam. Kalau Wan Nik tidak menyampaikannya maka Wan Nik seorang tidak boleh diharap. Tetapi dengan catatan ini saya menganggap pesanan bekas TMB Kelantan itu sudah tertunai oleh saya. Atau pun mungkin semasa kunjungan MB ke atas Abdul Halim di hospital Sultanah Zainabl itu, bekas TMB itu telah menyebutnya sendiri? Penulis hanya menyuara apa yang tidak terluah oleh orang lain. [wm.kl.7:21 pm 16/01/14]
4 comments:
Assalam...ana sedih bila membaca berita ini...tak sangka perkara begini pun masih tidak mendapat perhatian kerajaan negeri selepas lebih 23 tahun memerintah.
Memang tak sepatutnya jadi begini..tapi masa beliau jadi TMB kenapa tak diuruskan? Atau Perdana MC masih belum ada masa tu?
Salam Tuan MSO..kalu lagu tu ambo nk mitok kerajaan negeri mitok Hospital Perdana kurangkan caj kpd pesakit ore klate lah..buke org politik jah nk kurang bayar..rakyat marhaen un nok jugok...kami pun ado sumbangan ko krajaan negeri..ko xdok? Kalu kerajaan klate ado saham, tu hok kerajaan..buke ore besar jah patut meraso..rakyat biaso pun nk jugok..
Syabas MSO ! Enta dah buktikan kerja sebagai penulis, memang terus menulis
apa yang diketahui.
Post a Comment