REAKSI PAGI
Apabila membaca kenyataan dan penjelasan Menteri Besar Selangor, Abdul Khalid Ibrahim mengenai isu 'pemecatan' ahli Parlimen Gombak dan juga Adun Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali sebagai ahli lembaga pengarah PKNS sudah timbul konfius besar di dalam benak banyak orang apabila Khalid menyatakan keputusan memecat Azmin itu dibuat oleh pengurus besar PKNS, Othman Omar, bukan olehnya. Penjelasan itu membingungkan orang yang waras dan mereka yang tahu mengenai bidang kuasa dan prosedur dalam sesebuah jabatan atau kerajaan.
Dalam menjelaskan perkara itu, Khalid seolah-olah ingin menyatakan dia tidak bersalah dan tidak bertanggungjawab dengan apa yang berlaku. Apa yang hendak diceritakan dia dimaklumkan perkara itu bersama-sama dengan Exco lain dan Azmin menerimanya. Khalid seolah-olah ingin menyatakan pemecatan oleh Othman Omar itu diredai oleh Azmin, habis cerita. Manakala dalam penjelasan lain Khalid cuba memberi gambaran pemecatan itu bukan dibuat oleh sepihak tetapi secara berkumpulan (Exco).
Sesiapa pun tidak akan percaya begitu sahaja terhadap kata-kata MB itu, dan setelah orang berfikir orang akan buang begitu sahaja penjelasan yang sangat dangkal oleh seorang menteri besar. Sekiranya benar seperti jelas Khalid itu, perngurus besar PKNS yang memecat Azmin, nampak sangatlah lurus bendulnya menteri besar ini dimana kuasanya sebagai eksekutif dapat dirogol oleh anak buahnya untuk memalukan pimpinan partinya sendiri. Senaif itukah Khalid? Untuk rekod kalau Khalid lupa, Azmin adalah Timbalan Presiden PKR di mana statusnya sama dengan kedudukan Muhyiddin Mohd Yassin dalam Umno atau Mohamad Sabu dalam Pas yang bukan boleh dilakukan macam keling mabuk todi.
Orang akan persoal dan bertanya siapa paling berkuasa di negeri Selangor selepas Sultan? Jawabnya tentulah Menteri Besar, Abdul Khalid bin Ibrahim. Sekiranya pemecatan Azmin itu bukan atas arahan sultan, (dan sultan tidak pun campur tangan dan tidak pun berhak) maka Khalidlah kena bertanggungjawab. Othman Omar tidak boleh pandai-pandai berbuat sendiri tanpa ada arahan dari beliau kandati dia adalah pengurus besar. Kalau Othman berbuat juga maka tindakan Othman itu boleh dianggap sebagai membelakang bos, MB. Apakah Othman menjadi seberani itu?
Ternyata apa yang konfius didalam kepala banyak orang itu terjawab apabila membaca berita mengenai penafian oleh PKNS yang dibuat oleh Setiausaha Kerjanya Norita Mohd Sidek dalam kenyataan dua perenggan yang menjelaskan surat 'pemecatan' Azmin dihantar oleh pihak PKNS bertarikh 8 Januari 1014 adalah selaras dengan keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Negeri (MMKN) Selangor bertarikh 13 November 2013 yang kemudian disahkan oleh MMKN pada 4 Disember. Apakah maknanya itu?
Ertinya pihak PKNS menghantar surat pemecatan Azmin itu setelah ia dibuat oleh mesyuarat Exco Selangor yang dipengerusikan oleh Abdul Khalid Ibrahim. Memanglah secara teknikalnya surat pemecatan Azmin itu dibuat oleh PKNS, bukan oleh pejabat MB atau Setiausaha Kerajaan Negeri, tetapi siapakah yang memberi lampu hijau dan membuat keputusan? Keputusannya dibuat oleh Exco dimana pengerusi tentulah Khalid. Khalid berhajat untuk mendedahkan minit mesyuarat berhubung perkara ini, ia sangat dialu-alukan apakah yang dicatat dalam minit berkenaan. Silakan dan jangan berdolak dalih apakah ia tertakluk dengan Akta Rahsia Rasmi atau tidak.Pengecualian dan keizinan untuk mendedahkan boleh dibuat.
Yang pastinya kalau ada cadangan agar Azmin digugurkan ia bukan datang dari Othman Omar kerana Pengurus PKNS tidak menjadi ahli MMKN dan berada dalam mesyuarat MMKN, kecuali dipanggil. Dalam hal ini rasanya tidak sampai ke tahap itu.
Jadi penafian Khalid bahawa beliau bukan pecat Azmin, sebaliknya PKNS adalah sihir mudah sahaja. Ia seperti sihir atau silap mata menggupal kertas menjadi burung seperti sering dimainkan oleh tukang-tukang sihir untuk memperdaya dan mempesona budak-budak penonton bagi meraih sesen dua bagi bekalan anak isteri. Khalid kena ingat setiap apa yang berlaku di sekitar dirinya bukan dalam sebuah dewan pertunjukkan silap mata, tetapi dialam kenyataan yang sedia berdepan dengan banyak persoalan dan realiti.
Rasa mengenai prosedur dibuat PKNS itu budak-budak pun tahu dan memahaminya. Pejabat MB tidak ada hak untuk memecat mana-mana ahli lembaga pengarah mana-mana anak syarikat kerajaan kecuali pihak pengurusan syarikat berkenaan. Janganlah Khalid ingin perbodoh dan mengelirukan orang ramai dalam kasus ini. Penafian dibuat oleh Khalid itu kononnya bukan dia memecat Azmin, kemudian ditolak oleh PKNS dengan kenyataan oleh Norita Mohd Sidek itu sesuatu yang sungguh memalukannya. Ia menjatuhkan martabat Khalid sebagai MB yang kononnya dianggap berjiwa rakyat. Secara tidak langsung juga menjatuhkan martabat kerajaan Pakatan Rakyat Selangor.
Malanglah bagi Khalid kalau perkara-perkara bejat begitu berlaku dengan mudah. Apakah beliau tidak membuat semakan terhadap apa yang diucap dan diputuskan. Ataupun mungkin kerana terlalu sibuk dengan urusan dan tanggungjawab, kerap berjumpa rakyat maka beliau serahkan sahaja tindakan politiknya kepada para pegawainya. Kalau berlaku demikian Khalid telah melakukan kesilapan besar. Mungkin kerana terlalu jujur dan lurus bendul dia tidak tahu kalau-kalau ada orang yang ingin mengambil kesempatan ke atas dirinya bagi mengatur masa depan yang jauh dan berpentingan peribadi.
Apakah di pejabat Khalid ada Imelda tanpa Marcos? Kalau di pejabat Khalid ada Emelda tanpa Marcos maka Khalid akan menjadi Marcos yang akan terus ditungang dan ditunggang sehingga jatuh. Berdasar keperibadian Khalid orang tidak percaya beliau marah dan berdendam dengan Azmin sehingga sanggup memecat Azmin.
Tetapi mungkin ada orang lain yang diam-diam sambil mengulik dan mendodoi Khalid menggunakan Khalid menempiaskan nafsu marahnya kepada Azmin. Kalau ini wujud Khalid kena bersihkan apa lagi kalau ianya seorang Emelda tanpa Marcos sebab kehadirannya sangat membahayakan. [wm.kl.9:18 am 16/01/14]
1 comment:
Salam Tuan Haji.
Baru hanya dua penggal dapat kuasa dah bermula nak ikut perangai menteri menteri umno dalam hal mencari alasan.Rakyat dah cerdik dan matang berpolitik serta ada
ke beranian (segelintir sahaja).Jadi TS Khalid perlu berfikir dan membuat kajian sebelum menjawab serta mengeluarkan jawapan serta alasan.Nanti dikangkungkan rakyat dan diperbangang sera diperbongokkan rakyat.MB dan wakil rakyat wakil rakyat Pakatan perlu lebih berwibawa dan berkarismatik dari menteri mnteri dan wakil rakyat wakil rakyat BN.Baru boleh dapat meneraju negara.
Post a Comment