Showing posts with label Abdul Halim Abdul Rahman. Show all posts
Showing posts with label Abdul Halim Abdul Rahman. Show all posts

Thursday, January 16, 2014

Permintaan bekas TMB kepada Ahmad Yaakub

SUSUPAN SENJA                                                                                   

Khabarnya bekas Timbalan Menteri Besar Kelantan, Abdul Halim Abdul Rahman (foto)  masih dirawat di hospital. Sebelum ini beliau dimasukkan ke wad CCU Hospital Sais Kubang Kerian (HUSM) kerana masalah jantung dan kencing manis. Menurut khabar terbaru, beliau kini dimasukkan ke Hospital Sultanah Zainab II Kota Bharu kerana mengadapi masalah sakit tulang belakang.

Dua minggu lepas saya sempat menziarahi beliau di HUSM. Keadaan Abdul Halim ketika itu sihat dan mampu berbual-bual panjang dengan saya dan kelihatan ceria. Hampir 45 minit kami berbual berbagai topik termasuk mengenai pentadbiran kerajaan Pas yang baru. Ada sama semasa itu ialah bekas Adun Bukit Panau, Hanafi Daud.

Sebelum saya meninggalkan beliau pada kunjungan itu, Abdul Halim meminta saya menyampaikan sesuatu kepada Menteri Besar, Ahmad Yaakub. Sebaik dia menyedari saya pohon untuk berundur, beliau memegang tangan saya sambil berkata; ada sesuatu yang ana nak suruh enta sebutkan kepada Ustaz Ahmad Yaakub," katanya mensuspenkan saya sedikit.