Siri Pertama.
Saigon dan Hanoi bagaikan kembar Siam nama itu didengari hampir setiap hari sekitar akhir tahun 50-an membawa ke tahun 70-an bila mana ia sering disebut di dalam radio. Biasanya nama Saigon, Hanoi dan Vietnam tidak akan terlepas dari ke udara dalam berita tengah hari di radio, saban hari. Sinonim dengan nama Saigon waktu itu ialah Sebron, di Palestin atau Israel. Ketika itu saya dalam usia awal belasan tahun tidak tahu di mana Saigon dan di mana Sebron.
| Sebatang sungai yang membelah Saigon. |
Kedua-dua nama itu ke udara kerana membawa berita perang yang meletus di kedua buah tempat itu. Allahyarham ayah tidak pernah mis mendengar wartawa berita di radio tentunya mengenai perang di negara dan tempat-tempat itu.
Saigon adalah ibu negara Vitenam Selatan menjadi pusat pentadbiran dan pengkalan tentera Amerika Syarikat yang menguasai Vietnam Selatan. Manakala Hanoi menjadi pengkalan tentera Pembebasan Rakyat Vietnam, Vietcong yang disokong Soviet Union dan sekutunya yang mendokong Vietnam Utara.