Showing posts with label Kerajaan Kelantan. Show all posts
Showing posts with label Kerajaan Kelantan. Show all posts

Monday, September 7, 2015

Kerajaan Kelantan berhabis duit kerana bayar saman

MEMERHATI

Sejak Tokguru Nik Abdul Aziz Nik Mat tiada berbagai masalah atau perkara berlaku di Kelantan. Ia menimpa bukan pihak-pihak tertentu sahaja di negeri itu tetapi melibatkanh seluruh rakyat. Parti itu dan kerajaan Kelantan yang dipimpinnya selama 25 tahun juga berhadapan dengan berbagai masalah dan kerenah.

Apakah ia satu kebetulan, selepas ketiadaan Nik Aziz?  Kalau kebetulan, kenapa?


Sunday, January 26, 2014

Kerajaan Kelantan disaman RM230 juta?

SUSUPAN PETANG                                                                               

Kerajaan Kelantan pimpinan Ahmad Yaakub menghadapi satu lagi masalah apabila hari ini kontrektor dari Korea, Dae Hanguru Infra dikatakan mengemukakan saman sebanyak RM230 juta terhadap Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) dan Baldah Toyyibah syarikat yang mengendali urusan pembinaan Lebuh Raya Rakyat (Lerek) apabila kontreknya untuk membina lebuh raya itu dibatalkan.

Kontrektor Korea itu dikatakan telah mengeluarkan peruntukan sebanyak RM5.448 juta untuk perbelanjaan awal urusan pembinaan lebuh raya berkenaan. Bagaimana pun kontrek pembinaan itu dibatalkan apabila kerajaan Kelantan berubah pimpinan dari Nik Abdul Aziz Nik Mat kepada Ahmad Yaakub dan pengendalinya syarikat Baldah Toyyiban berpindah tangan daripada Husam Musa kepada orang lain.