Showing posts with label Catatan Perjalanan. Show all posts
Showing posts with label Catatan Perjalanan. Show all posts

Tuesday, October 15, 2019

JENGOK JEPUN 

PERJALANAN selama kira-kira 120 jam di negeri Matahari Terbit, Jepun pada 19 - 24hb September lalu memberi banyak pengalaman dan menyuntik banyak ilmu baru khasnya mengenai bangsa dan rakyat negara itu.

Biasalah apabila kita menapak ke sesuatu tempat atau wilayah baru akan menemukan kita dengan berbagai ragam, resam dan budaya kehidupan penghuninya yang asing bagi kita sebelum imi.

Tuesday, August 21, 2018

Membaca buku Endri persis membaca kisah sendiri


CATATAN PERJALANAN

SEPANJANG penerbangan dari Kuala Lumpur International Airport (KLIA), ke Kota Kinabalu, Sabah yang memakan masa dua jam setengah kelmarin, (18 Ogos), saya menghabis masa dengan membaca sebuah buku sungguh bermakna dan sangat "menyenjah" jiwa saya. Begitu juga saya rasakan kepada pembaca lain tatkala menatapnya kelak.

Endri Kurniawati, Foto FB.
Kulit depan buku
KKMPK terbitan ITBM.
Buku itu tentu istimewa jika tidak masakan saya boleh menghabiskan sekali memegangnya sahaja. Tebalnya boleh tahan juga, 320 muka surat. Selalunya kalau buku setebal itu saya akan mengambil masa dua atau tiga hari untuk mengkhataminya dengan menatapnya secara serius.

Buku yang dimaksud itu berjudul: "Kehiduapn Kedua - Memoir Penghidap Kanser" tulisan Endri Kurniawati seorang wartawan Tempo Indonesia yang kini sebagai ketua biro di Surabaya. Buku ini adalah kenangan mengerikan dihadapi Endri asal Madura, Surabaya itu yang menghidap kanser payu dara tahap II.

Saturday, October 22, 2016

Melihat Malaysia dari bumi negara lain

CATATAN DARI HANGZHUO

Berada di negara orang kemudian memaling ke negara sendiri melihat dari semua aspek baik dalam politik, ekonomi, agama, budaya dan kerencaman hidup masyarakat memberi bayak pengajaran dan cetusan ilham buat kita semua.

Bersama Ustaz Zul di sebuah restoran Arab.
Benar dan tepatlah maksud sebuah hadith yang menganjurkan supaya kita banyak berjalan, bermusafir sambil (melakukan hirjah) kerana dengannya dapat kita mengenali erti hidup dan kehidupan lebih luas lagi.

Dengan menuruti sunnah itu juga kita dapat membuat perbandingan atau mahasabah diri bagi membina hidup dan kehidupan sejati menurut fitrah kita dizahirkan.

Saturday, March 12, 2016

Sebak di Genting terharu di Banda Dalam Jalan Gombak

CAJALAN 

Setelah lama tidak menghadiri apa-apa upacara kesenian dan sastera, malam tadi saya terheret ke Madrasah Seni di Kampung Banda Dalam, Jalan Gombak oleh seorang kawan, ke majlis baca sajak. Kawan itu entah tiba-tiba teringatkan saya, mengajak untuk ke upacara itu. Majlis baca sajak itu anjuran Paksi sebuah kumpulan penyair pemberontak yang gigih?

Salah satu kawasan pembinaan di Genting.
Sebenarnya kawan itu mahu saya tunjukkan jalan ke tempat upacara itu. Tetapi dijadikan alasan untuk bertanya khabar tentang saya, itu hanya basa basi dan alasan saja.

Walaupun keletihan, kerana dari pagi seusai Subuh sudah turun dari rumah ke HUKM, meneruskan rutin hidup terkini, dan telah melakukan "macam-amcam" diheret kawan, saya layan juga kawan ini. Lagi pun agak lama kami tidak berjumpa. Sejak mendapat projek kurniaan Zahid Hamidi, beliau agak sibuk sikit, dan banyak berada di tapak projek dari di rumahnya di Damansara.

Tuesday, November 10, 2015

Mencari Adam di Seri Lanka?

PERHATIAN

Tunggu catatan permusafiran saya ke Seri Lanka, tujuan saya ialah Puncak Adam yang terletak di banjaran gunung dibahagian tengah di daerah Ratnapuri dalam negeri Sabaragamuwa kira-kira 240 km dari bandaraya Colombo.

Empat hari tiga malam saya berada di sana, sambil menghindarkan diri dari hiru pikuk politik, mengembara mencari ketenangan dan menjawab persoalan-persoalan yang senantiasa "membelengas" di dalam kepala.

Mungkin setengah daripada kita sudah terjawab, apakah kesan tapak kaki besar yang tersimpan dan dijaga rapi di atas puncak setinggi 2,243 meter atau 7,359 kaki dari paras laut itu, yang didakwa milik bapa manusia, Adam, ataupun ia hanya satu mitos dan perkhabaran tahayul?

Sunday, January 26, 2014

Saigon bandar motosikal

MENJENGUK VIETNAM                                                                  
(Siri Kedua)

Perkara pertama yang kita dapat rasai sebaik menjejak kaki ke negara delta, Vietnam dan memasuki ke bandaraya Ho Chih Minh (Saigon) akan teruja dengan jutaan motosikal yang memenuhi segenap jalan di bandaraya berkenaan.

Pemandangan sebegini dapat dilihat disemua jalan di Saigon.
Tidak ada sebatang jalan yang tidak dipenuhi dengan motosikal. Semuanya 'pepak' dengan bunyi motosikal. Setiap kali berhenti di lampu isyarat kita akan menyaksikan deratan panjang motosikal bagaikan satu perarakan besar yang tidak ada perberhentian.

Pemandangan sebegitu dapat dilihat di negara kita hanya apabila ada pesta atau pun majlis-majlis di pekan dan pinggir bandar yang dihadiri ahli politik untuk berkempen semasa pilihan raya. Selalunya para 'berjouis' akan disambut dengan perarakan motosikal oleh 'mat-mat rempit' yang dupah seringgit dua atau dikontra dengan sehelai t-shirt dan sebiji topi. Itu pun dalam jumlahnya hanya puluhan dan kalau banyak pun jumlahnya ratusan saja. Jumlah motosikal di bandaraya Kuala Lumpur pun rasanya tidak sampai 5% apa yang ada di Ho Chin Minh.


Thursday, January 23, 2014

Menjenguk orang "Memberi Sinar" di Vietnam

CATATAN PERJALANAN                                                                    

Saya berteduh di sebatang pokok berlatar belakangkan sungai Mekong, ibu segala sungai
Empat hari saya tidak berblog kerana menyambung siri pengembaraan dan perantauan dalam menambahkan pengetahuan hidup. Kali ini negara yang menjadi destinasi saya ialah Indo-China, ke Vietnam. Indo-China merupakan rantau yang agak lewat saya kunjungi khasnya di Vietnam.

Insya-Allah akan saya bercerita mengenai negara berfahaman komunis yang berpendudukan seramai lebih 90 juta nyawa itu di blog ini, baik mengenai sosio politiknya, kehebatan dan kelebihan yang dimiliki negara itu, dan juga kehandalan bangsa itu dalam menentang penjajah untuk mendaulatkan negara mereka.

Kejayaan besar dan tidak terlupa oleh dunia ialah apabila bangsa itu berjaya mengalahkan kuasa besar dunia Amerika Syarikat dalam perang berlarutan hampir sedekat. Wassalam. [wm.kl.12:54 t/hari 23/01/14]

Saturday, December 14, 2013

Temboro kampung yang perlu dimalui (Bhg 2)

CATATAN MUSAFIR                                                                        

Bersama Drs Zainuddin di puncak dalam perjalanan.
Harapan untuk makan di puncak pergunungan tidak menjadi kenyataan. Ianya indah khabar dari rupa sahaja. Rumah makan seperti di lereng gunung dalam perjalanan dari Bogor - Bandung tidak kedapatan dalam perjalanan dari Solo - Temboro. Yang ada hanya bangsal-bangsal atau kedai biasa saja yang menjual makanan rici seperti jagung bakar atau pun gorengan seperti ubi, sukon, pisang dan sebagainya.

Kecewa! Perut pula sudah memulas. Mulut pula sudah kering dan lidah mengelat bagaikan menyepah pinang. Saya mengambil sikap tawakus daripada terus merepek kepada apa yang berlaku. Dalam perjalanan seperti itu kesilapan dan kecacatan kecil adalah ujian kesabaran dan keimanan. Ulah-ulah kecil kalau tidak dilayani dengan baik ia boleh mencemarkan keharmonian permusafiran.

Monday, May 30, 2011

Catatan Senja

Sebuah Perjalanan Dan Satu Persinggahan

Huhh.. penatnya! Masih di pejabat untuk menyiapkan Siasah. Tumpuan agak lebih sikit kerana hendak fokus atau beri liputan menyeluruh dan berkesan keluaran sempena muktamar Pas Jumaat depan. Kebetulan pulak semalam balik Kelantan, bukan apa menghadiri kenduri anak buah. Penting juga hadir kenduri kerana waktu inilah untuk berjumpa dengan sanak saudara dari jauh. Memang berbalio ramai kenalan dan anak buah yang lama tak jumpa, dapat bersua muka semalam.

Ingat nak buat sikit catatan sebaik sampai rumah semalam tetapi badan letih sangat. Paspon hingga ke Subuh tak juga menjadi sebab duk edit dua tiga tulisan anak buah. Banyak pula fakta dan maksud yang dikehendaki tak sampai meleret-leret macam kain buruk kena air. Masa terbuang dengan kerja rutin memabukkan itu.

Sesudah agak rileks siki
t, dua call masuk dari rakan wartawan kanan sebuah akhbar arus
perdana berbahasa Inggeris, bertanyakan mengenai muktamar Pas. Minta takrufkan dia mengenai suasana muktamar, tanya peluang sapa akan menang dan kalah. Saya belum buat penilaian terakhir hanya pakai ramal mengikut rasa hati saja. Mungkin esok lus akan saya postingkan ramalan saya mengenai pemilihan dalam Pas.

Nak tahu bacalah akhbar dia esok dia akan keluarkan tulisan itu yang serba sedikit bersumbarkan saya. Selepas itu satu lagi call masuk dari rakan wartawan juga berbahasa Inggeris. Dia kata nak minta ulasan bagi dimasukkan dalam portal berita dikendali kawannya. Katanya saya relevan untuk beri ulasan, alasan saya orang lama. Saya dah tahu kata-kata itu bodekan supaya saya memberi ulasan.

Saya berilah ulasan. Antara yang ditanya mengenai sikap dan perangai Pas Terengganu dan Pas Kelantan. Apa yang dikehendaki ialah agar saya memberi pandangan tentang Hadi Awang dan Nik Aziz. Itu saja. Dia mahu saya katakan mereka ini bertelagah dan berbalah, dia akan tulis dan highlight kan itu.

Saya hanya kata mereka tidak bertelagah cuma berbeza dalam pendekatan. Mungkin kerana pengaruh psykologis di mana orang Kelantan dan Terengganu selalu bergaduh. Kalau dalam tahun 70-an bila pasukan bola Kelantan lawan Terengganu pasti akan bergaduh. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin itu persepsi saja, walhal kedua orang Kelantan dan Terengganu lebih kurang saja, kalau bijak pun begitu kalau tidak bijak pun begitu. Saya tidak bersikpa pesmis dalam hal ini sebab bakal menantu saya orang Terengganu.

Jadi kerana dua panggilan rakan wartawan senior dan kanan itu menyebabkan masa saya untuk mencatat cerita dalam perjalanan semalam terhalang hinggalah kini ada ruang sedikit ini, sementara rihat...dan sambung lagi tugas hingga sampai kedengaran lagu.. "Bila lartu malam..".

Dalam perjalanan pulang ke KL semalam saya singgah di Kuala Krai, Ustaz Yusri mengajak makan roti tempayan di situ katanya sedap. Yusri ini pandai dia kata taukeh kedia itu peminat blog saya dan juga pembaca Siasah tegar. Jadi kerana ajakan itu saya pergi. Yusri ini pada saya seorang yang serba boleh dan kata orang Kelantan jenis 'pah laku'. Dia boleh masuk dalam apa-apa juga majlis. Sikap terbuka dan tidak berfikir jumud inilah pataut menjadi amalan dan tiruan.

Memang benar kata Yusri, roti tempayan sdr Razali (tuan kedai) memang sedap. Bukan saja lembut tetapi kari kambingnya juga juga mengancam. Mulanya takut untuk saya makan, tetapi atas jaminan kata tak mengapa, dua mangkuk sempat disapu. Alhamdulilah... tidak ada apa-apa side impac sampai kini.

Di kedai itu ada beberapa ahli politik lainnya ini menjadikan tambah ralik menyebabkan lewat untuk bertolak ke KL. Ada sama ialah Ketua Cabang PKR Kuala Krai cikgu Lan dialah yang membayar roti semalam dekat dengan seratus ringgit juga. Memang saya kenalnya dan dia juga seorang pejuangan Keadilan yang boleh tahan juga.

Ikut sama sdr Nawi adik kepada bekas ahli Parlimen Kuala Krai, Nasir. Nasir siap dengan latop melayar internet. Kata Yusri kedai Pak Li itu menjadi pengkalan orang politik Kuala Krai berhimpun terutamanya orang Pas. "Kalau abe Ti nak tahu perkembangan politik Kuala Krai singgaahlah sini," kata Yusri.

Memang benar. Dalam kesempatan itu macam-macam persoalan diajukan kepada saya, terutamanya isu yang ditulis dalam blog. Pak Li juga merupakan seorang penjenguk blog Merah Tinta yang aktif sampai semua yang saya tulis boleh diingat dan disebut satu persatu. Bahaya!

Rupanya hajat saya nak singgah di kedai roti tempayan itu kata Yusri sudah diberitahu oleh Pak Li kepada beberapa rakannya. Semacam nak track saya saja untuk menjelaskan beberapa isu yang tergantung dalam blog. Mereka hendak ambil kesempatan bertanya saya secara langsung.

Adalah beberapa isu yang saya sebut secara khas untuk mereka yang berhimpun di kedai Pak Li petang semalam. Saya harap mereka berpuas hati dengan apa yang saya jelaskan. Yang penting mereka mengenali akal budi saya dan prinsip hidup dan politik saya.

Sebaik meninggalkan kedai Pak Li, serang kawan lama semasa sama-sama merempak di Indonesia 80-an dulu pula telefon mengajak singgah dirumahnya. Tetapi kerana hari petang dan memandangkan perjalanan masih jauh saya terpaksa menolak dan kami berjumpa di pinggir jalan saja. Kawan lama saya itu ialah sdr Yunus.

Sebenarnya lama tidak berjumpa Yunus, kerana masing-masing sibuk tidak dapat berhubung di antara satu sama lain. Dan perjumpaan yang singkat menjelang Maghrib semalam sungguh menyeronokkan. Apa tidak berjumpa dengan Yunus teringatlah di zaman muda dulu sama-sama berdagang dan bergeladangan di rantau orang.

Yunus sama seperti saya tidak sempat membawa balik cewek Indon untuk dijadikan isteri, he he.

Tidak sangka hari ini Yunus sudah jadi orang besar dalam dunia pendidikan dan punya anak ramai, membiak. Dalam perjalanan saya menceritakan kepada isteri serba sedikit mengenai keistimewaan kawan ini dan bagaimana kegigihannya dalam menuntut ilmu sehinggakan sanggup naik kapal menunju ke Bandung. Di Bandunglah Yunus menggalas ijazah kalau tidak silap dalam pendidikan matemetik. [ttdi.kl.7:57 pm 30/05/11]