Tuesday, November 10, 2015

Mencari Adam di Seri Lanka?

PERHATIAN

Tunggu catatan permusafiran saya ke Seri Lanka, tujuan saya ialah Puncak Adam yang terletak di banjaran gunung dibahagian tengah di daerah Ratnapuri dalam negeri Sabaragamuwa kira-kira 240 km dari bandaraya Colombo.

Empat hari tiga malam saya berada di sana, sambil menghindarkan diri dari hiru pikuk politik, mengembara mencari ketenangan dan menjawab persoalan-persoalan yang senantiasa "membelengas" di dalam kepala.

Mungkin setengah daripada kita sudah terjawab, apakah kesan tapak kaki besar yang tersimpan dan dijaga rapi di atas puncak setinggi 2,243 meter atau 7,359 kaki dari paras laut itu, yang didakwa milik bapa manusia, Adam, ataupun ia hanya satu mitos dan perkhabaran tahayul?

Ataupun ia benar kepunyaan orang lain seperti Gautma Budha atau pun Dewa Shiva seperti mana dituntut oleh penganut fanatik Hindu dan Buddha?

Saya akan memberi definasi dari penghayatan saya sendiri mengenai hal ini. Berikan masa saya rehat dan menyiapkan catatan perjalanan saya ke Puncak Adam itu. InsyaAllah akan diposkan esok atau lusa. Wassalam. [wm.kl.3:04 pm 10/11/15] *Foto: Puncak Adam dari jarak 5km capaian android saya. 
Post a Comment