Thursday, November 19, 2015

Menjejak tapak Adam di Seri Lanka

PERJALANAN (SRI LANKA 2).

Nun di belakang Puncak Adam.
Seperti mana dikisahkan dalam catatan terdahulu, saya tidak sampai ke puncak Adam, ataupun dikenali dengan Gunung Adam atawa pun Sri Pada itu. Sebabnya mudah, kerana saya tidak bersedia untuk memanjat puncak setinggi 7,359 kaki dari paras laut itu. Saya tidak membuat persiapan menyediakan peralatan mendaki yang rengkas.

Sesetengah alat yang saya bawa, termasuk bot, trekking pole dan jaket semasa ke Everst dahulu, saya tidak bawa, kerana tidak mengira untuk ke puncak harus mendaki secara serius. Walhal peralatan-peralatan seperti itu sangat elok kalau dibawa, dan kini terbiar lapok saja di rumah.

Bukan bererti saya takut apabila berada di atas sana, dimana ia diwapi dengan upacara ritual agama Buddha dan Hindu. Saya pasti bagi orang Islam yang sampai ke sana akan berdoa dan bermunajak. Dimana sahaja kita berada kalau kita tahu serta mengenali diri kita, kita memahami hakikat iman dan ketuhanan, tauhid dan keyakinan kita tidak mudah tergelecah.

Kita memasuki tempat-tempat bersejarah dan spiritual begitu sebagai mengunjungi lokasi yang menjadi pengagungan manusia sahaja maksud disebalik itu bagi menyaksikan kebesaran Allah seru sekelian alam. Tidak lebih dari itu.

Saya namakan bukit ini, bukit Lima Beradik.
Semasa saya ke Juruselem (Baitmaqdis), saya sempat memasuki ke Gereja Suci yang diyakini sebagai tempat makam Nabi Isa a.s. Gereja itu menjadi seakan Kaabah oleh golongan Ortodoks Kristian.

Tidak puas merakam ragam bukit ini.
Di dalam Gereja itulah dipercayai berlaku peristiwa tragis bagi penganut Kristian Ortodoks bila mana Isa a.s. disalib kemudian dimakam selama tiga hari sebelum Isa hidup kembali. Penganut Kristian Ortodoks menyakini gereja itu tempat suci dan salah satu lokasi penebusan dosa dan penyucian diri.

Ribuan penganutnya terutama dari Eropah datang untuk ziarah dan melakukan upacara penebusan dosa dan pembersihan diri laksana orang Islam ke Makkah mengerjakan Haji dan Umrah, untuk membersihkan dosa dan mengharapkan pahala.

Barang kali bukit ini ada misteri tersendiri?
Setengah orang cegah dan membimbangi kita memasuki Gereja berkenaan kerana bimbang takut terpengaruh ikut sama memuliakan gereja berkenaan dan mempunyai tanggapan (aqidah) seperti penganut Kristian itu. Sebenarnya tidak perlu dibimbangi apa-apa. Seperti saya kata tadi kalau kita sedar dan mengerti hakikat iman dan agama, ia tidak memberi apa-apa kesan kejiwaan pun kepada kita.

Memang dalam gereja itu ada tempat-tempat yang boleh menggugahkan perasaan dan meremangkan bulu roma jika melihatnya. Misalnya tempat Isa dikatakan dimandikan untuk dikafankan. Tempat itu sebuah pelantar batu yang dihias indah di mana disangkut bekas yang menurunkan tujuh jenis air untuk dimandikan jenayah Isa.

Tempat ini dianggap suci dan berkat oleh penganut Kristian Ortodoks. Mereka yang fantik akan merebahkan badan di pelantar batu hampar ini atau berdoa meminta sesuatu. Ada yang menangis dan menjerit histeria apabila berada di sini. Pelantar ini berdekatan dengan ruang kubur Isa yang dijaga dan dikawal 24 jam. Hiasan dalaman dalam gereja itu sungguh menakjubkan dengan wap dupa dan setanggi mewangikan keadaan.

Malahan seawal lagi, sebelum melangkah kaki ke gereja itu kita dapat bersaksi sejauh mana kebenaran disebalik dakwaan golongan Krisitan itu mengenai kubur Nabi Isa, kerana dari kepercayaan agama Islam bahawa Isa tidak mati disalib. Yang disalib adalah orang lain yang digantikan Allah untuk menyelamatkan Anak Meriam itu.

Jadi memasuki ke gereja Suci atau Cherch of the Holy Sepulcher itu hanya sebagai kunjungan melihat artifak sejarah penting yang diyakini oleh satu golongan agama yang mempercayai akan peristiwa yang wujud di situ sahaja.

Inilah satu-satu laluan yang lapang.
Sewaktu saya hendak melangkah masuk ke dalam Gereja itu, saya berpegang kepada sunnah Omar Khattab yang pernah memasuki ke dalam gereja berkenaan, sebagai menghormati jemputan pembesar Kristian ketika itu. Untuk menjaga akidah dan tidak mengelirukan umat Islam kemudian umat tidak solat dalam gereja berkenaan, Umar Khattab mendirikan solat berhampiran dengan pintu masuknya.

Sebuah tasik dijadikan Taman Rekreasi di Colombo.
Tempat Umar Khattab solat itu masih kekal sampai kini apabila dibina masjid yang dinamakan masjid Umar Khattab berhampiran gereja berkenaan yang jaraknya tidak sampai 100 meter. Semasa kunjungan saya itu masjid itu masih utuh, tetapi tidak dibuka untuk melakukan solat.

Makanya kalau saya sampai ke Puncak Adam, samalah keadaanya seperti saya memasuki ke gereja suci di Juruselam itu. Bagaimana pun satu kerugian juga bagi saya kerana tidak sempat ke atas untuk melihat sendiri kesan telapak kaki gergasi berukur 1.8 meter itu. Namun saya tegaskan di sini bahawa saya meragui bahawa kesan telapak kaki itu adalah milik Adam a.s. seperti mana dipercayai dan dikatakan sesetengah orang.

Seorang penjengok blog saya menghantarkan satu maklumat mengenai puncak Adam berkenaan. Menurut penjengok itu katanya, mengikut Buya Hamka dalam kitab Tafsirnya, Al Azhar, Hamka ada menyebutkan mengenai sejarah Adam diturunkan ke atas dunia ini. Beliau menyebut tempat itu sebagai (rasanya Serendik) yang ditafsirkan sejarahwan ianya adalah Cyelon. Hamka sendiri tidak dapat membuat ijtihad secara berani bahawa puncak Adam itu adalah tempat Adam mendarat di atas muka bumi ini.

Walaupun begitu pemusafiran saya ke Seri Lanka, kandati pun tidak sampai ke puncak Adam, tetapi ia memberi beberapa pegalaman perjalanan yang sangat baik. Memang pemusafiran tidak pernah mengecewakan kita kerana banyak penemuan dan pemandangan baru yang kita perolehi. Setidak-tidaknya saya mengenali bumi berpulau sebesar dua kali ganda Semenanjung itu. Alam semulajadi negeri itu masih kekal dan kepada pencipta alamiah Seri Lanka adalah destinasi yang  pelancongan mempesonakan.

Paling meruja bagi saya ialah pemandangan dari atas ketinggian lebih 5,000 kaki di bahagian tengah Sri Lanka menghidangkan kita sebuah pemandangan menakjubkan. Banjaran gunung ganang yang masih kekal menyerukupi alam penuh kehijauan. Banjaran puncak yang tidak sekata itu mengingatkan saya kepada keadaan di banjaran Himalaya di Nepal. Cuma bezanya banjaran di Sri Lanka diseliputi hutan hijau tebal, berbeza di banjaran Himalaya puncaknya diselaputi salji putih.

Di tasik ini air dari gunung ganang turun dan berhimpun.
Sepanjang kira-kira 230 km dari pinggir bandar raya Colombo ke Hatton - Nallathaniya pekan bagi memulakan pendakian ke Puncak Adam kita harus melalui jalan berliku, terdapat ratusan gununhg dan bukit bukau tinggi rendah. Selain terpegun dengan puncak bukit, aliran ratusan air terjun dari celah puncak juga menambahkan lagi kekagumaman. Deruan air terjun yang tidak pernah terhenti menjadi satu muzik indah mengasyikan perjalanan jauh kita.

Dapat saya simpulkan perjalanan dari bandaraya Colombo menuju ke Hatton persis melalui sebuah taman besar pada sebuah daerah asing. Ladang teh dengan keluasan ribuan hektar memagari kiri kanan perjalanan turut membantu memendekkan perjalanan berbahaya dan panjang itu. Terdapat 16 estet teh milik pedagang asing di sepanjang jalan menuju ke Puncak Adam. Sri Lanka adalah dikenali dengan negara pengeluar teh terbesar dunia.

Sepanjang perjalanan turun dari banjatan itu, biarpun rasa puas dan seronok (berbaloi) tetapi jauh di lubuk hati terbetik rasa sayu bila mengenangkan rakyat Sri Lanka, apabila melihat kepada corak kehidupan mereka. Rumah kediaman dan suasana kehidupan mereka masih lagi ketinggal jauh berbanding dengan kediaman rakyat Malaysia, yang agak mewah dan sempurna.

Mereka masih kekal hidup berstradisi. Kebanyakan mereka yang menghuni di banjaran itu bekerja sebagai boroh di ladang teh sejak berdekad lalu. Status mereka sebagai boroh kebun teh seakan seakan menjadi simbol kehidupan sebenar mereka sejak berdekad lampau.

Rumah mereka di bina dicelah-celah bukit, dan kalau yang memiliki kenderaan seperti kereta dan motor terpaksa ditinggal di jalanan. Prasarana seperti jalan raya khasnya masih belum sempurna. Rata-rata jalan yang digunakan untuk keluar masuk jalan ladang teh yang luasnya kira-kira 10 kaki. Saya percaya jalan-jalan itu adalah jalan asal dibina untuk membina estet teh kemudian dijadikan perhubung untuk membawa keluar hasil teh.

Sesuatu kemalangan dijalan itu pasti membawa maut kerana jurangnya sangat dalam. Iya cukup sekadar ini sahaja catatan perjalanan saya dalam menjejaki tapak kaki Adam. [wm.kl.4:52 pm 19/11/15]

No comments: