Saturday, November 28, 2015

Saya sudah keluar dari hospital, Alhamdulilah

LUAHAN RASA

Prof Madya Razif dan Prof Marina
dan Dr Atikah.
Kerinduan untuk berblog tidak pernah berhujung. Intraksi menerusi medium ini semacam satu kegilaan. Sehari tidak menyapa penjengok rasa bersalah dan dunia menjadi sepi dan pegap.

Di atas katil dalam ward hatta tatkala ditolak masuk ke dewan bedah, (OT) blog tetap bersimpul di kepala.

Ketika masih sedar sudah berjanji akan berblog dan sebaik mata terbuka dan ingatan pulih, penjengok bloglah yang diharap menjadi penawar tambahan menyegarkan semula jiwa dan sisa hidup saya.

Alhamdulilah selepas lima hari tersendung dalam ward, penuh gobar dan resah, lewat petang tadi saya dibenarkan keluar. Alhamdulilah pembedahan berjalan lancar dan tidak ada apa-apa implikasi. Harapnya sampai ke hujung.

Sebelum keluar ward tadi Prof Madya Razif yang mengetahui team pembedahan dana mengawasi saya datang bergambar kenangan dengan saya dan memberi kata semangat dan nasihat penjagaan kesihatan. Ikut sama ialah Prof Marina Mat Baki dan Dr Atikah Zakaria, Doktor yang mula-mula mengambil history saya. Terima kasih saya kalung kepada mereka atas kepedulian dan rawatan (pembedahan) yang dilakukan ke atas saya.

Tidak ketinggalan juga kepada semua Jururawat dan petugas di ward surgery 5H, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM), Cheras Kuala Lumpur.

Dan terima kasih tidak terhingga juga kepada rakan-rakan yang menziarahi dan mendoakan kepada saya. Saya tidak dsapat sebut satu persatu di sini, kerana terlalu ramai jika hendak dikirakan siapalah saya yang sebatang kara di dunia ini, tetapi diberi sokongan sebegitu. Baru hari ini saya tahu dalam orang yang mencemuh kita tetapi masih ada sebilangan yang menyanyi.

Nasaruddin dan Roslan turut mampir.  
Dan yang tidak dapat saya lupakan ialah kunjungan ahli Parlimen Temerloh, Nasaaruddin Hassan Tantwi bersama sahabat dunia maya saya, Roslan SMS dan bersama dua kawan. Kehadiran mereka khasnya Roslan seakan persahabatan yang terputus kerana berlaku persimpangan dijalan juang seakan bersambung kembali.

Tunggulah dalam catatan khas saya, pengalaman melalui satu pembedahan pertama kali dalam sejarah hidup yang akan dicatat khas dalam blog ini apabila saya memperoleh kekuatan dan semangat seperti mula. Terima  kasih juga kepada isteri dan anak-anak serta menantu dan cucu saya Imamku Khalif Ummar yang turut melawat dan berdoa. Saya tahu apa dia doa anda kalian.

Kepada semua yang mendoakan saya, memberi semangat, menerusi SMS, WhatsAap, PM, datang rumah dan sebagainya terima kasih banyak. Seperti saya katakan saya hidup ini kerana Allah dan semangat saya sebagai pencatat zaman (penulis kerdil) kerana anda sekalian jua. Selamat malam. [wm.kl.12:56 28/11/15]
Post a Comment