Friday, November 22, 2013

Muktamar PAS ke-59 sejahtra dirasmikan

TERKINI                                                                                             

Perasmian muktamar Pas ke-59 yang sedang berlangsung di stadium Melawati Shah Alam kini hingga 24 November telah selamat disempurnakan oleh Presiden Pas Abdul Hadi Awang baru sekejap tadi. Perasmian itu disaksikan sama oleh wail-wakil parti serakan Pas dalam Pakatan Rakyat, para tetamu jemputan dan pemerhatian. Muktamar itu juga dipancar langsung menerusi internet.

Abdul Hadi menyampaikan ucapan perasmian muktamar ke-59.
Seperti biasa Abdul Hadi mengiringi pembukaan rasmi muktamar itu dengan membentangkan ucapan dasar. Ucapan dasar ini sering dinanti-nantikan kerana merupakan landasan disediakan oleh presiden untuk dibahaskan apa-apa isu dalam muktamar nanti. Ucapan dasar itu juga merupakan hala tuju dan fokus parti.

Secara umumnya tidak ada apa-apa yang baru dan mengejutkan dalam ucapan dasar itu, tidak ada apa-apa pembaharuan atau fokus mendalam yang diutarakan. Jika dibandingkan dengan ucapan dasar tahun lepas, ucapan dasar kali ini bolehlah diberi taraf bintang 2 bintang berbanding dengan tahun lepas mencecah 4 bintang.

Beberapa isu disentuh kebanyakan isu biasa dan tidak ada apa-apa pembaharuan. Tidak ada juga penghuraian merupakan semakan mengenai pencapaian Pas sepanjang setahun lalu. Kalau pun boleh dipuji ialah pendirian presiden itu berhubung dengan kerjasama Pas dengan Keadilan dan DAP, di mana beliau menunjukkan sikap terbuka dan menerima keperluan sesama mengenai hal ini. Dalam pada itu beliau menegaskan bahawa Pas bukan penumpang dalam pakatan berkenaan.

Prsiden masih lagi bersikap insaf politik.

Walaupun ada usul mengenai kerjasama ini, (tahaluf syiasi) yang dibawa oleh dewan ulama dan pemuda tetapi beliau tidak memberi respon sebagai masej kepada perwakilan agar menumpukan kepada usul kontroversi itu. Sudah tentu usul berkenaan tidak akan menjadi hal penting dan keutamaan. Apabila presiden tidak menyebut didalam ucapannya ia seolah-olah ada bendungan darinya agar usul berkenaan tidak diberi tumpuan.

Ucapan dasar yang hambar dan tidak ada banyak idea dan wawasan baru itu mungkin juga bagi mengelakkan ia dieksploitasikan untuk perebutan jawatan timbalan presiden, naib presiden dan ahli jawatankuasa. Oleh itu beliau berhati-hati dan bercakap benar-benar sebagai seorang presiden yang tidak cenderong kepada mana-mana individu atau pihak. Dalam hal ini ia menyerlahkan kebijaksanaan dan keadilan Abdul Hadi sebagai ketua.

Semua subjek disentuh tetapi sambil lewat sahaja dan tidak adapenekanan yang khusus. Isu ekonomi, pendidikan, politik luar negara dan juga keburukan musuh semuanya disinggung. Isu ekonomi mengenai perjanjian TPPA, cukai GST. Isu pendidikan pula menekan agar pendidikan Islam diberikan penekanan dari peringkata pra-sekolah hingga ke pengajian tinggi.

Subjek luar luar negara yang menjadi tarikannya ialah mengenai pergolakan di Syaria, Palestin dan juga di Mymar dan lain-lain. Beliau menumpahkan rasa kesal dan sedih atas apa yang berlaku di Syaria dan Palestin. Abdul Hadi menyarankan isu pembebasan masjid al Aqsa di Baitulmaqdis sebagai agenda bersama.

Hendaknya saranan ini akan diberi perhatian oleh perwakilan secara serius dan lebih efektif daripada hanya sekadar berdoa atau memunggut derama untuk membantu rakyat Palestin. Jika boleh Pas perlu mewujudkan NGOnya sendiri untuk menangani masalah ini.

Ada hal besar yang ditinggal oleh Abdul Hadi dimana ia dirasakan tidak patut berlaku. Apa dimaksudkan ialah mengenai Negara Berkebajikan yang menjadi slogan dan tajuk manifesto Pas dalam pilihan raya lalu. Kali ini di sepanjang ucapan yang memakan masa lebih satu jam itu tidak sepatah pun kedengaran perkataan Negara Berkebajikan disebut? Kenapa?

Kealpaan ini menyebabkan Pas akan diejek sebagai tidak komited dengan slogan berkenaan selain daripada untuk menukar slogan Negara Islam kepada Negara Berkebajikan bagi mengurangkan rasa takut kepada bukan Islam demi mengelak mereka tidak undi Pas. Ertinya slogan berkenaan bersifat politik dan hipokrit.

Walaupun Pas gagal memerintah Malaysia seharus agenda Negara Berkebajikan diteruskan. Ini kerana untuk melakukan kebajikan kepada rakyat bukan sahaj menerusi kuasa atau dengan material semata-mata. Pas perlu lebih bijak dan berpandangan jauh mencari idea untuk melaksanakan aspirasi negara berkebajikan ini.

Demikian juga tidak ada sentuhan atau arahan langsung Abdul Hadi kepada Pas negeri-negeri seperti Kedah, Terengganu, Perak atau Kelantan. Beliau sepatutnya membuat arahan dan penekanan khusus kepada Pas negeri berkenaan. Menyediakan formula khas atau membuka landasan agar ia dibincang di dalam muktamar untuk Pas kembali merampas Kedah, Perak dan Terengganu. Dalam pada itu satu beliau juga seharus membuat teguran rengan kepada Pas Kelantan yang dilihat semacam tidak sefahaman di antara segelintir golongan tertentu sebaik selepas pilihan raya lalu.

Keseluruhan perjalanan pembukaan muktamar ini kurang lengkap dan kurang bersemangat.Takbir Allahuakbar dilaungkan setelah disuruh bukan berlaku secara spontan. Misalnya Setiausaha Agung, Mustapa Ali tidak memberi laporan terperinci seperti biasa mengenai kehadiran, jumlah perwakilan dan dif-dif jemputan dari dalam dan luar negara. Begitu juga mengenai kemajuan dicapai parti misalnya mengenai jumlah keahlian atau apa-apa pencapaian parti.

Kelesuan ini seolah-olah memberi gambaran yang Mustapa Ali tidak lagi akan dilantik untuk menjadi Setiausaha Agung selepas ini.

Beberapa kecacatan teknikal yang tidak sepatutnya berlaku juga kelihatan pada sessi pembukaan ini. Taaaruf terperinci mengenai perjalanan detik-detik pembukaan itu tidak diberikan kepada Pengerusi Tetap sehinggakan ada pegawai terpaksa membisik ke telinganya, memberi arahan atau peringatan-peringatan ringkas kerana berlaku sedikit kekeliruan dengan pengacara muktamar.

Pertaburan yang jelas ialah mengumumkan kehadiran para tetamu yang dibuat tidak lengkap kemudian terpaksa diperbetulkan. Kecacatan teknikal seperti ini walaupun tidak sampai mencacatakan peraturan penting muktamar tetapi ia menunjukkan Pas masih belum profesional dalam acara-acara besar dan grad begitu.

Muktamar ditangguhkan sebaik beberapa acara selingan selesai dan ia akan disambung pada jam 3:00 petang ini dengan proses pemilihan kepimpinan 2013 -2015. Keputusan dijangka akan diumumkan pagi besok. [wm.kl.12:39 t/hari 22/11/13]

Post a Comment