Thursday, November 28, 2013

Perjuangan Nurul Izzah tangguh kenaikan cukai pintu berjaya

SUSUPAN PAGI                                                                                   

Nurul Izzah Anwar
Warga Kuala Lumpur yang terlibat dengan penotisan taksiran cukai pintu oleh DBKL boleh menarik nafas lega seketika apabila cadangan kenaikan taksiran sepatut bermula 1 Januari 2014 ditangguhkan.

Perkara ini diumumkan timbalan menteri Wilayah Persekutuan, Loga Bala Mohan di perlimen semalam semama menggulung perbahasan perbekalan untuk kementerian berkenaan.

Penangguhan yang dibuat itu menunjukkan kerajaan peka kepada sunggutan dan desakan rakyat berhubung perkara itu yang dirasakan membebankan. DBKL telah menghantarkan notis bertarikh 18 November lalu untuk mengenakan kasar cukai baru.

Kenaikan itu sehingga mencecah 300% hingga 500% menimbulkan kemarahan. Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar yang mula-mula membangkitkan perkara itu di parlimen. Beliau kemudian membentuk sebuah komiti bagi menguruskan desakan dan bantahan secara berkelompok agar kenaikan itu dinilai semula.

Apa yang diusahakan Nurul Izzah mendapat perhatian ahli parlimen Kuala Lumpur yang sependapat mengenai notis kenaikan itu sebagai tidak relevan dan tepat pada masanya. Semasa perbahasan perbekalan untuk kementerian Wilayah Persekutuan hampir  semua ahli parlimen Kuala Lumpur ikut menyuarakan hal yang sama.

Loga Bala Mohan semasa mengumumkan penangguhan itu menjelaskan ia dibuat agar membolehkan warga Kuala Lumpur terlibat membuat rayuan dan bantahan sehingga Januari hingga Mac tahun depan.

Tiada tarikh perlaksanaan ditetapkan. Sewajarnya diucapkan seklaung terima kasih dan syabas kepada Nurul Izzah dan juga ahli parlimen yang ikut sama menimbulkan hal itu. [wm.kl.9:54 am 28/11/13]

2 comments:

tikam batu said...

Harap Izzah juga berjuang supaya kenaikan gaji kawan-kawan di DUN Selangor ditangguhkan.

Berita Kenaikkan gaji diwaktu rakyat dihimpit kenaikkan harga barang sangatlah perit diterima.

Pemimpin ada kenaikan Gaji untuk menghadapi GST, rakyat kais pagi makan hati.

tikam batu said...

Harap Izzah juga berjuang supaya kenaikan gaji kawan-kawan di DUN Selangor ditangguhkan.

Berita Kenaikkan gaji diwaktu rakyat dihimpit kenaikkan harga barang sangatlah perit diterima.

Pemimpin ada kenaikan Gaji untuk menghadapi GST, rakyat kais pagi makan hati.