Tuesday, November 19, 2013

Tahniah Pas Kelantan kerana tubuh jawatan kuasa khas Hudud

SUSUPAN TENGAH MALAM                                                               

Tanggal 1 November lepas saya mencadangkan kepada kerajaan Kelantan agar menubuh sebuah jawatankuasa khas teknikal pelaksanaan hukum hudud bagi mencari makenisme untuk proses perlaksanaan hukum hudud.

Ahmad Yaakub perlu memohon kepada Najib.
Menerusi jawatankuasa itu ia boleh mencari pendekatan dan penyelesaian terhadap teknikal yang boleh membantu perlaksanan Jenayah Syariah II (hukum hudud) yang dilulus DUN Kelantan sejak tahun 1993. Baca di sini http://msomelayu.blogspot.com/2013/11/hudud-perlu-tubuh-jawatankuasa-teknikal.html

Tampaknya cadangan saya itu selari dengan kehendak Pas Kelantan. Hari ini Pas Kelantan mengumumkan penubuhan jawatan kuasa khas bagi melincinkan pelaksanaan undang-undang hudud di negeri tersebut yang berkuat kuasa hari ini.
Jawatankuasa itu digerakan oleh Lajnah Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia (LUHAM) Pas Kelantan, di mana jawatankuasa itu dipimpin sendiri oleh Menteri Besar Ahmad Yaacob.

Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi LUHAM Hisham Fauzi yang juga merupakan ahli jawatankuasa khas berkenaan.

Tahniah kepada PAS Kelantan yang peka mengenai hal ini. Cuma sedikit dipersoalkan kenapa jawatankuasa itu tidak ditubuh di peringkat negeri? Mungkin kalau ia ditubuh diperingkat negeri jawatankuasa berkenaan lebih rasmi, skopnya lebih luas dan efektif. Peruntukan RM1 juta boleh diguna pakai jawatankuasa berkenaan.

Bagaimana pun sebagai permulaan ia sesuatu yang baik dan menjelaskan keperihatinan dan kesungguhan Pas Kelantan untuk melaksanakan hukum berkenaan. Tahniah.

Dalam pada itu, sehubungan isu hudud sehari dua ini diperkatakan oleh pelbagai pihak termasuk juga wakil rakyat Umno Annuar Musa dan Tengku Razaleigh Hamzah serta Ketua Hakim Mahkamah Syariah Kelantan Daud Muhammad yang memberi jaminan pihaknya bersedia melaksanakan hukum berkenaan, adalah elok kalau Ahmad Yaakub menulis surat kepada perdana menteri Mohd Najib Razak memohon pengecuali untuk Kelantan melaksanakan yang kesekian lama tertangguh itu.

Dalam surat itu juga Ahmad boleh meminta batuan kerajaan Persekutuan menyediakan apa-apa prasarana ke arah perlaksanaannya.

Rasanya dengan menulis surat begitu ia lebih baik daripada kenyataan Ahmad sebelum ini yang menegaskan perlaksanaan hukum hudud tergantung kepada kerajaan pusat. Penjelasan itu kurang menyakinkan dan ia tidak menggambarkan gentlemen kerajaan Pas Kelantan dalam hal ini dan ia boleh dianggap sebagai helah kerajaan Pas Kelantan saja.

Kalau Ahmad membuat permohonan itu atas semangat faderalisme pasti Najib Razak akan menjawab secara hitam putih. Sekiranya isu balasan surat Najib sama dengan isi surat Dr Mahathir Mohamad kepada bekas MB Nik Abdul Aziz Nik Mat dulu yang memberi amaran agar tidak melaksanakan hukum hudud, surat Najib itu boleh dijadikan bukti kepada rakyat mengenai masalah sebenar hukum hudud.

Kerajaan boleh terus menggunakan surat penolakan oleh Najib itu sebagai 'lesen' untuk Pas tidak melaksanakan undang-undang berkenaan.

Tidak salah kalau Ahmad menulis surat sedemikian kepada Najib ataupun jawatankuasa khas yang baru ditubuh itu boleh merangka ke arah itu. [wm.kl.12:11 am 19/11/13]

No comments: