Friday, November 8, 2013

Mungkin Mohamad Sabu menang tidak bertanding?

SUSUPAN PETANG                                                                          

Penolakan tawaran untuk bertanding merebut jawatan timbalan presiden Pas oleh Husam Musa kemungkinan menyebabkan penyandangnya Mohamad Sabu akan menang tidak bertanding.

Penolakan Husam itu atas alasan beliau mementingkan perpaduan parti dan jawatan itu merupakan pencalonan terbanyak untuknya berbanding timbalan presiden, menjadikan Mohd Amar serba salah.

Kedua-dua tokoh yang dicalonkan untuk merebut jawatan itu yang mendapat undi terbanyak telah menolak pencalonan masing-masing. Sebelum ini Tuan Ibrahim Tuan Man yang mendapat pencalonan melebihi 100 pencalonan menolak untuk mencabar Mohamad Sabu.
Petang ini Husam Musa pula yang mendapat pencalonan kedua terbanyak juga berbuat tindakan demikian. Pencalonan untuk Mohd Amar katanya lebih rendah dari Mohamad Sabu dan Husam.

Apakah formula yang digunakan oleh Umno di mana kedua-dua jawatan tertinggi parti presiden dan timbalan presiden akan tidak dipertandingkan dipakai Pas? Formula itu juga dilihat baik bagi Pas dalam usahakan memantapkan parti.

Dalam pada itu beberapa tokoh lagi yang dicalonkan untuk merebut jawatan naib presiden menolak pencalonan dan hanya bertanding Ahli Jawatankuasa Pas Pusat sahaja. Mereka Idris Ahmad, Mujahid Yusuf Rawa. Kedua mereka juga dicalonkan untuk merebut jawatan naib presiden.

Tokoh yang mengesahkan akan bertanding naib presiden selain Salahuddin Ayub, Husam Musa, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Mahfuz Omar (bagaimana pun belum umumkan) ialah Abu Bakar Chik. Abu Bakar Chik dan Tuan Ibrahim Tuan Man merupakan pencabar jawatan naib presiden.

Sekiranya Mohd Amar juga akan mengambil pendirian sama dengan rakan-rakan lain yang menarik diri atas 'maslahat' dan kepentingan parti adalah diramalkan beliau hanya akan bertanding jawatan Ahlijawatankuasa Pas Pusat. Sukar untuk Mohd Amar membuat keputusan kerana kalau beliau meneruskan untuk bertanding timbalan presiden beliau akan dilihat 'kebobo', atau tamak jawatan.

Orang akan mempersoalkan kenapa calon yang mendapat pencalonan lebih banyak dari beliau menarik tetapi tidak beliau.

Penarikan diri oleh Husam yang merupakan calon yang dilihat paling sesuai untuk merebut jawatan timbalan presiden itu secara tidak langsung ia memerangkap Mohd Amar Nik Abdullah dan juga Tuan Ibrahim Tuan Man yang sebelum ini dianggap cuba berkompromi dengan timbalan menteri besar Kelantan itu.

Mengenai langkah Husam itu menjelaskan beliau ikhlas untuk merapatkan barisan kepimpinan khasnya si Kelantan kerana beliau sedia melupaskan peluang untuk sama-sama merebut jawatan nombor dua itu. Tunggu ulasan selepas pengumuman dibuat oleh pengerusi jawatankuasa pemilihan. [wm.kl.6:12 pm 08/11/03]

2 comments:

Unknown said...

Assalamualaikum Sdr MSO. Saya ingin cadangkan YB Nik Amar juga menarik diri dari Calon Timbalan Presiden PAS. Dia Timbalan Menteri Besar Kelantan, tanggungjawabnya besar di Kelantan terutamanya memasti PAS tetap utuh menerajui Kelantan.Tadbir lah Kelantan dengan cara lebih elok dari Tn Guru. Pastikan kesemua rakyat Kelantan peroleh Kebajikan Yang di laungkan semasa PRU dulu.Rumah mampu milik perlu dilaksanakan diseluruh negeri Kelantan bukan hanya tertumpu di Kota Bharu saja. Air bersih dan kalu boleh internet percuma. Bagaimana ini mahu dilaksakan memerlu otak yang tenang untuk merancangnya. Usah lah sibukkan diri dengan urus tadbir PAS Pusat. Pembahagian kerja mematapkan parti lebih penting dari penonjolan diri.

Unknown said...

Hihi...nik amar..apa lah jasanya pada pas pusat.kalau dia x dilantik sebagai tmb orang x kenal pun beliau.pernah kah beliau turun demontrasi.pernahkah menghidu gas pemedih mata.beliau lebih kurang saja dgn nasarudn mat isa.hanya pandai bercakap dari jauh.saudara mat sabu semasa saya kecil lg dah dengar namanya.jasanya pada pas tidak terkira.keluar masuk jel sudah biasa.