MAKLUMAT
Seorang penjengok blog Merah Tinta memaklumkan Ibrahim Ali dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah UITM yang baru dan perkara itu disifatkan sebagai sesuatu mengejutkan. Perkara ini disedari apabila ketika konvokesyen baru-baru ini di mana ada nama Ibrahim tercatat didalam buku cendera mata.
"Beberapa ibubapa yang hadir ke majlis konvokesyen terkejut melihat nama Ibrahim itu," jelasnya penjengok berkenaan.
Menurutnya ada juga ibu bapa kehairanan dan bertanya apakah tidak ada nama lain untuk dilantik menjadi ahli lembaga pengarah.
Penjengok itu bimbang dan ingin tahu apakah hal ini disedari oleh pihak kementerian atau pun tidak?
Dalam pemeriksaan sekejap tadi terhadap web UITM [http://www.uitm.edu.my/index.php/bm/kenali-uitm/canselor-procanselor-lembaga-pengarah-a-naib-canselor/lembaga-pengarah] memang nama Ibrahim Ali ada tercatat sebagai ahli lembaga pengarah di bahagian paling bawah.
Lain-lain ahli lembaga pengarah ialah, Dr Wan Mohd Zahid Mohd Noordin (Pengerusi), Ir Dr Sahol Abdul Hamid Abu Bakar, Maznah Abdul Jalil, Mohamad Omar Ali, Mohd Ali Mansor, Aishah Sheikh Ahmad, Dr Aminuddin Hassim, Dr Roziah Omar, Inchek Ibrahim Ali dan Zahrah Mokhtar selaku setiausaha.
Tidak lama dahulu IPTA berkenaan juga berhajat untuk menganugerahkan 'bintang' kepada ahli politik 'lompot-lompatan' itu tetapi ia ditarik balik apabila timbul kontroversi. Sahul Hamid terpaksa membuat pengumuman yang kononnya ia diperingkat cadangan.
Sebagai rekod minggu lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur telah menjatuhkan hukum penjara sehari dan denda RM20,000 ke atas Ibrahim kerana didapati menghina mahkamah berhubung ke saman Anwar Ibrahim ke atas Utusan Malaysia. Beliau kini dalam proses mengemukakan rayuan terhadap hukuman berkenaan. [wm.kl.3:26 pm 26/11/13]
3 comments:
Untuk makluman MSO, pelantikan beliau sebagai Lembaga Pengarah adalah bagi kuota alumni UiTM jika tidak silap. Ini kerana mengikut AUKU yang dipinda dan semua perlembagaan IPTA rasanya sama komposisi untuk LPU (Lembaga Pengarah Universiti) mesti ada seorang wakil di kalangan alumni. Harap maklum.
Tuan,
Walaupun lantikan Berahim Ali dibuat bagi mewakili Alumni, ia masih tidak sesuai. Kalau alasan kuota Alumni yang dibuat,persoalannya tidak ada orang lain yang l3bih hebat pencapaiannya dari Berahim. Kita akui Berahim ini h3bat dan pemegang rekod Guiness book of records Malaysia buat masa ini - sebagai orang yang paling banyak lompat parti politik setakat ini di Malaysia. Tetapi pencapaian itu bukan kejayaan yang unggul dalam ertikata yang positif.
Juga takkan ler UITM hanya m3ngeluarkan Berahim Ali sorang je s3takat ini s3hingga dah tak ada calon lain lagi maka k3na lantik juga "hok gong".

Post a Comment