Friday, November 22, 2013

Proses pengundian di muktamar PAS disambung esok

MAKLUMAT KECIL                                                                          

Tokguru Mursyidul Am turut sama membuang undi.
Proses pengundian untuk memilih saf kepimpinan baru di dalam PAS yang sedang berlangsung di Shah Alam hari ini akan disambung esok. Pengudian untuk jawatan AJK tidak dapat diteruskan kerana berlaku kesilapan teknikal.

Terdapat kertas undi untuk jawatan AJK tidak dicatat nama beberapa calon. Hal ini disedari oleh perwakilan menyebabkan ia diadukan kepada pihak urusetia pemilihan.

Setelah kira-kira setengah jam berlangsung pengundian, pihak Jabatan Pilihan Raya (PAS) yang mengendalikan proses pemilihan itu mengumumkan penangguhan pengundian untuk jawatan AJK. Bagaimana pengundian untuk jawatan timbalan dan naib presiden diteruskan.

Pengarah muktamar kali ini ialah Takiyuddin Hassan.

Sehingga jam 5:30 tadi sudah hampir separuh perwakilan membuang undi masing-masing. Kesilapan teknikal ini menyebabkan pengumuman keputusan mungkin tertangguh.

Penangguhan ini juga menyebabkan mood perwakilan terjejas manakala ia boleh menimbulkan keadaan kurang menyenangkan. Sudah pasti masa yang terluang malam ini akan digunakan untuk terus berkempen. Hendaknya jangan ada yang mengambil kesempatan atas kesilapan ini untuk menimbulkan rasa tidak puas hati. [shah alam 6:15 pm 22/11/13]

1 comment:

Anonymous said...

This technical issues will be used by BN/UMNO the same way as how they use and spin the DAP CEC election. Let us be efficient and effective in our process in the near future. I did not see any technical glitches like this occur in UMNO election the other day. We should be more professional or else how could we would be manage to rule and govern Malaysia one day. That is the reason why ALLAH SWT did not grant us to rule and govern Malaysia as yet as what TG Haji Hadi said previously. Let us strive and avoid technical glitches to happen. Mark my words , this technical issue will be used by BN UMNO and their cybertroopers to tarnish our image. May Allah bless you. Support Abg Mat Sabu and Dato' Husam for the continuity of our strong relationship and linkages with Pakatan Rakyat.