Wednesday, November 13, 2013

Naib Presiden Pas: Semua calon ada peluang

RAMALAN PAGI                                                                                    

Dua minggu lepas pemerhati politik amnya dan ahli serta penyokong Pas khasnya tertanya-tanya siapa yang akan menerima pencalonan untuk merebut jawatan-jawatan tertentu didalam Pas. Minggu ini pertanyaan itu masih wujud, tetapi apa yang ingin diketahui, siapakah yang akan menang. Semua penama untuk merebut jawatan-jawatan tertentu telah maklumi.

(Dalam catatan ini saya akan beri pandangan terhadap jawatan naib presiden Pas saja).

Jawatan naib presiden Pas tidak kurang hebatnya kerana kedudukannya di layer ketiga dalam hirearki Pas. Selalunya mereka yang menduduki jawatan ini dia berpotensi untuk menjadi timbalan presiden seterusnya akan menjadi presiden di masa akan datang. Boleh dikatakan hampir kesemua mereka yang memegang jawatan timbalan presiden Pas dilatih dan diasuh dijawatan nombor tiga ini. Jawatan nombor tiga ini bolehlah dianggap sebagai 'pengkalan latihan' dan ujian keimanan dan keunggulan pra ke jawatan timbalan presiden.

Seperti mana yang telah diumumkan oleh pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pas, lima calon menyatakan kesediaan untuk merebut jawatan itu. Mereka ialah Sallahuddin Ayub, Husam Musa dan Mahfuz Omar yang merupakan penyandang. Semestinya mereka terus mempertahankan jawatan itu apabila mereka tidak mahu bergerak ke atas, atau pun menghadapi apa-apa halangan seperti bankrup, melanggar disiplin parti dan sebagainya.

Untuk rekod Husam dan Salahuddin juga dicalonkan untuk merebut jawatan timbalan presiden.

Dua lagi calon yang dikira pencabar, Tuan Ibrahim Tuan Man dan Abu Bakar Chik. Tuan Ibrahim pernah menduduki jawatan itu sebelum ini, tetapi terkeluar apabila beliau mencuba untuk merampas jawatan timbalan presiden pada tahun 2011, tanpa bertanding mengekalkan jawatan berkenaan. Kali ini beliau juga dicalon untuk merebut jawatan timbalan presiden tetapi terpaksa undur disebabkan hal-hal yang hanya beliau fahami.

Walaupun Tuan Ibrahim dalam kenyataan mengumumkan penarikan diri dari bertanding jawatan timbalan presiden beliau menyebut dia lebih mengutamakan parti, tetapi dalam sifir politik tidak mudah orang menerima penjelasan itu sebagai ikhlas melain ianya ada tektikal tertentu. Pemanggilan TMB Kelantan Nik Mohd Amar Nik Abdullah untuk merasmikan mesyuarat kawasan Kuala Krau di mana Tuan Ibrahim adalah Yang diPertuannya memberi suatu isyarat jelas.

Orang juga akan musykil kenapa beliau tidak maju untuk mencabar Mohamad Sabu sedang beliau menerima pencalonan terbanyak untuk jawatan itu. Selalunya alasan pencalonanlah yang akan digunakan seseorang untuk bertanding sesuatu jawatan. Mohd Amar Nik Abdullah (Nik Amar) yang sedia mencabar Mohamad Sabu katakan mendapat undi ketiga terbanyak selepas Husam. Ini memelikkan sedikit dan pastinya ada undang di sebalik batu.

Situasi inilah menyebabkan sifir politik yang digunakan Tuan Ibrahim itu mudah untuk tebak bahawa beliau berkompromi (sekongkol) atau ada 'main mata' dengan Nik Amar, memberi laluan kepada Nik Amar agar cabar Mohamad Sabu. Kedudukan Nik Amar sebagai timbalan menteri besar Kelantan dikira kelebihan atau modal untuk Nik Amar mencabar Mat Sabu. Boleh jadi Tuan Ibrahim berharap kawasan yang memberi pencalonan kepadanya sedia berganjak kepada Mohd Amar. Arahan-arahan secara senyap mungkin sedang berlaku?

Baiklah kembali tujuan catatan ini untuk menilai macam manakah nasib dan peluang ke lima-lima calon naib presiden itu.

Dimulai dengan Tuan Ibrahim. Tindakan diambil Tuan Ibrahim itu, memberi laluan kepada Nik Amar sedikit sebanyak boleh menjejaskan peluangnya untuk memenangi kerusi naib presiden. Atau setidak-tidaknya tindakan tektikal itu boleh menjejaskan untuk beliau mendapat undi terbanyak. Kandati pemerhati merasakan dia calon popular berdasarkan batang tubuhnya sebagai 'ustaz', tetapi dalam politik itu bukan menjadi ukuran mutlak. Masih ada ciri-ciri lain yang dijadikan faktor melayakan seseorang menjadi pemimpin.

Kawasan-kawasan yang menaruh harapan besar kepadanya untuk mencabar Mohamad Sabu di kerusi timbalan presiden sedikit sebanyak tentu kecewa dengan tindakan Tuan Ibrahim itu. Lagi pun bukan semua kawasan yang mencalonkannya untuk kerusi timbalan presiden sedia memberi undi kepada penggantinya, Nik Amar. Tuan Ibrahim adalah berbeza dengan Nik Amar walaupun mungkin kopiah mereka sama berwarna putih.

Bagi perwakilan yang mementingkan integriti (ketulusan, kejujuran dan keikhlasan) tidak mudah untuk memilih Tuan Ibrahim. Mereka yang tidak suka kepada gerakan secara berkelompok di dalam parti atau membentuk kepuakan akan menghantar signal jelas kepada Tuan Ibrahim. Bahawa cara beliau memberi laluan kepada Nik AMar kemudian bertanding kerusi naib presiden dianggap satu tindakan tidak ikhlas dan bersifat al alab. Tuan Ibrahim akan nampak ikhlas kalau beliau menolak juga pencalonan untuk kerusi naib presiden itu.

Kenyataan beliau yang dilihat bernada ikhlas jujur itu tidak akan berwajah demikian kerana ianya dibuat dalam gelanggang politik yang selalu menjadi kotor dan jahat. Bertolak dari itu Tuan Ibrahim tidak boleh 'bergedik kaki' berangan-angan beliau akan mendapat undi terbanyak dalam pertandingan itu kelak. Walaupun dia mungkin berjaya menerobosi layer ketiga itu tetapi undi diperolehinya tidak seperti dijangkakan.

Bagaimana pula dengan Abu Bakar Chik? Walaupun tidak dinyatakan secara fizikal kemunculan Abu Bakar Chik (seorang calon yang dianggap sudah tidak relevan lagi sebenarnya) membawa agenda berangkaian dengan Tuan Ibrahim. Abu Bakar dalam penjelasannya kenapa beliau bertanding kerana ingin memantapkan lagi Pas dengan asas dan dasar perjuangan asalnya. Kenyataan itu menjelaskan Abu Bakar melihat Pas sekarang ini sudah longgar dan mahu dikejapkan. Jelas sekali Abu Bakar kurang setuju dengan perwatakan dan pembawaan Pas dewasa ini.

Apabila beliau berdiri di dalam naungan orang bergelar ustaz, jelas kehadiran Abu Bakar untuk menjadi benteng kepada keaslian Pas. Selain daripada tujuan itu, umum tidak nampak apakah matlamat bekas Ketua Pemuda Pas ini untuk come back berada di barisan depan Pas. Mungkin baginya kondisi Pas sekarang ini sudah terlalu teruk sangat mengikut arus kontamporari. Ada kemungkinan juga kehadiran Abu Bakar bagi menguat sokongan kepada Dewan Ulamak yang mahu melakukan kajian dari meneruskan kerjasama (tahalul syiasi) dengan DAP dan PKR menerusi Pakatan Rakyat.

Sejauh mana peluang Abu Bakar ini ia terletak kepada sejauh mana keyakinan perwakilan dengan cadangan untuk mengkaji balik tahalul syiasi itu. Kalau perwakilan merasakan tahalul syiasi itu tidak perlu diteruskan, ia memberi peluang untuk Abu Bakar masuk ke dalam layer ketiga Pas sebagai salah seorang naib presiden kerana tugasnya nanti memperbetulkan semula landasan Pas. Sebaliknya kalau cadangan itu ditafsirkan sebagai tindakan surut ke belakang dan ianya menjadi modal untuk entiti tertentu menjadi juara Islam didalam Pas, sukar untuk Abu Bakar mencuri salah satu kerusi naib presiden.

Kerajinan Abu Bakar Chik dalam menggerak aktiviti parti menerusi lujnah yang dipegangnya tidak begitu menjadi aset yang memberi sumbangan undi kepadanya. Kerana kalaupun Abu Bakar tidak berada di layer ketiga itu beliau tetap mampu dan terus menggerakkan kegiatannya kerana beliau seorang yang merasa rihat dengan bekerja (jihad) untuk parti. Pas tidak akan merasai kehilangan Abu Bakar kalau pun dia tidak dipilih menjadi naib presiden sebab dia adalah jenis Ibnu Batutah.

Dari situasi dan perkembangan di sekitar kedua-dua calon naib presiden itu (pencabar), ia menjelaskan ketiga-tiga naib presiden yang ada sekarang ini lebih baik dan selesa untuk mengekalkan jawatan.

Tetapi itu kalau dilihat dari perspektif demikian, (logik dan relevensi) tetapi pemilihan nanti tetap juga menggunakan pakai petunjuk dan nilai-nilai lain yang diambil kira. Sallahuddin Ayub sering dianggap sebagai calon yang 'manis' untuk menang. Tetapi dalam keadaan hari ini mungkin rasa manis itu berkurangan kerana kempen mengurangkan gula oleh kerajaan sedikit sebanyak terbawa di dalam Pas. Perubahan karektor atau pun perhitungan politik yang dialami Salahuddin boleh merubah penerima umum ke atasnya sebelum ini.

Karektor yang jelas ada kepada Salahuddin ialah seorang yang sedarhana didalam Pas tidak pernah menimbulkan apa-apa kontroversi. Semua orang dilihat sayang dan suka dengan penampilannya. Tetapi karektor baru yang terlihat kepada Sallahuddin beliau sebagai seorang play safe. Beliau mengambil sikap begitu kerana mungkin begitu bimbang dengan kedudukannya. Maka sikap dan karektor demikian terpaksa diamalkan. Ini boleh diperhatkan kepada telahnya yang serba salah sama ada hendak memakai songkok atau pun kopiah.

Sikap itu menyebabkan beliau akan dituduh sebagai oportunis. Sebenarnya dalam konteks ini beliau bersikap begitu bukan itu maksudnya sebenar. Beliau memperaga sikap demikian demi kebaikan parti dan merapatkan setiap individu dalam parti. Melalui sikapanya dia tidak mahu membentuk dirinya berpihak kepada mana-mana pihak kecuali dengan melakukan sikap terbuka dan berbaik sangka.

Itu sahaja. Tetapi kerana politik itu sendiri di samping brutal ia ada seni dan budayanya tersendiri, maka hal-hal yang seni yang cuba diselindungkan akhirnya ternampak juga oleh orang. Salahuddin bukan orang bertitle ustaz, tetapi pemikiran dan akhlaknya terserlah ke arah itu. Dalam masa sama dia timbul dengan wajah asalnya sebagai seorang intelektual politik.

Agak membimbangkan juga sikap intelektual politik ini sehingga beliau dianggap oportunis sedikit sebanyak memberi masalah kepadanya menyebabkan beliau akan kehilangan suku undi yang pernah diperolehi dalam muktamar dua tahun lepas, sebanyak 753 undi.

Mahfuz Omar adalah naib presiden yang hendak dinyahkan oleh golongan tertentu di dalam Pas. Kempen-kempen lisan telah kedengaran Mahfuz perlu disingkirkan. Perkara yang selalu diungkit mengenai Mahfuz ialah mengenai latar belakang pendidikannya. Mahfuz bukan seorang ustaz melainkan dia seorang ahli politik tulen yang bangun dari bawah. Sejarah politik beliau hampir sama dengan jalan dan liku-liku politik ditempohi Mohamad Sabu.

Beliau terpaksa dinyahkan kerana ingin diganti dengan muka baru. Dalam agenda ini Tuan Ibrahim dikira dapat menyingkir Mahfuz secara tektikal dengan mendapat undi terbanyak dan secara automatik dikira naib presiden lepas mendapat undi sedikit akan terkeluar. Mahfuz menang dua tahun lepas dengan jumlah undi terkecil sebanyak 616 berbanding Salahuddin 753 dan Husam Musa 660.

Cuma berbanding dengan Sallahuddin, kelebihan ada kepada Mahfuz sedikit apabila beliau kini masih menjadi ahli Parlimen Pokok Sena di samping menjadi Pesuruhjaya Pas Kedah. Dua kedudukan itu boleh membantu Mahfuz. Manakala Salahuddin tidak lagi menjadi wakil rakyat apabila kalah dalam pilihan raya lalu di Johor.

Dengan kelebihan Mahfuz Omar itu disamping dikenang sebagai seorang yang rajin dan bersungguh dalam kerja-kerjanya beliau tidak boleh diketepikan begitu sahaja. Dari segi kejayaan dan komitmen kepada parti jika dibanding dengan Tuan Ibrahim, kedudukan Mahfuz jauh lebih kukuh. Mahfuz telah menunjukkan hasilnya. Dan kejayaan Pas mempertahankan kerusi Dun Sungai Limau dalam pilihan raya kecil 4 November lalu sedikit sebanyak memberi markah untuk Mahfuz. Kemenangan itu menyebabkan perwakilan akan teringat kejayaan manis itu dan secara langsung akan terkenang kepada Mahfuz.

Selain Tuan Ibrahim yan dikira menjadi calon popular naib presiden, Husam Musa juga dilihat demikian. Husam juga mengambil keputusan untuk tidak merebut jawatan timbalan presiden sama seperti Tuan Ibrahim. Alasan Husam lebih kurang juga dengan Tuan Ibrahim. Cuma keputusan Husam itu sedikit dilihat ikhlas kerana beliau tidak menunjukkan sikap kompromi secara tektikal dengan sesiapa. Beliau membuat keputusan kerana lebih melihat keperluan Pas di Kelantan.

Apabila Husam mengambil keputusan begitu, tidak bertempur sesama sendiri, beliau dilihat akan mendapat sokongan dan simpati untuk kerusi naib presiden. Dengan membelakangkan karektor atau sifat-sifat kurang mesra alamnya, dan dengan melihat bentuk dan corak pemikiran politik jauh ke depan menyebabkan beliau dilihat perlu berada di kerusi berkenaan sebagai arkitek Pas.

Atas pandangan demikian Husam juga dilihat calon yang akan menang besar nanti. Namun seperti juga kedudukan Tuan Ibrahim, kerana politik itu bersifat anjal dan penuh possibility ramalan itu boleh berubah dan apa-apa saja boleh berlaku. Cuma untuk mengatakan Husam akan terkeluar dari layer ketiga nanti sesuatu yang mustahil. Sekiranya Husam terpelanting kerana arus perubahan atau nekad untuk mengembalikan Pas kepada zaman silam, keruginnya bukan saja kepada Husam tetapi kepada Pas keseluruhannya. Rasanya mereka yang rasional tidak menafikan kejayaan Pas hari ini adalah kombinasi pemikiran baru dan lama sehingga Pas berjaya merasai membentuk kerajaan di Kedah, Perak, Terengganu dan Selangor?

Menyimpul kedudukan kelima-lima calon naib presiden itu tidak ada siapa yang boleh merasa selesa dan pemerhati juga tidak dapat membuat predection tepat kerana kalau Pas diibrat sebatangi sungai, ada dua arus di sungai Pas. Arus atas dan arus bawah. Yang sukar untuk djangka ialah arus bahawa yang kelihatan pergerakannya songsang (kontas) dengan aliran arus atas. Manakala kedua arus inilah yang membentuk arus perdana bakal menjadi penentu kepada nasib mereka.

Kedudukan hari ini kelima-lima mereka berpeluang untuk memenang. [wm.kl.12:05 pm 13/11/13]

1 comment:

muhid@penabara said...

Insyaallah...Presiden: TG Hadi, Timbalan: Hj Mat Sabu, Naib : Mahfuz, Hussam dan Salahuddin. Tuan Ibrahim dan Nik Amar kena banyak bersabar.