Tuesday, November 26, 2013

Zahid dan Anwar sama-sama pembohong?

SULUH PAGI                                                                                      

Naib presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Anwar Ibrahim cuba mengalih tumpuan daripada membicarakan soal kemasukan 40,000 orang Bangladesh ke negara ini untuk memberi undi kepada UBN dalam pilihan raya dulu. Zahid menyifat Anwar berdolak dalih mengenai perkara itu kerana menyembunyikan pembohongannya tentang kemasukan Bangladesh itu.

Rasanya bukan saja saya yang menyampah dengan isu kemasukan 40,000 Bangladesh ini, tetapi mereka yang bijak dan sedar politik juga bosan. Budak kecil pun tahu sejauh manah logik dan bohongnya. Isu itu adalah psywar politik saja. Kita percaya Zahid dan Najib Razak yang kononnya sanggup ke Bangladesh untuk mencari bukti kemasukan itu juga tahu mengenai 40,000 Bangladesh ini.

Najib juga ikut sama mandi dalam lumpur dengan isu ini.


Sebagai orang Umno, mereka bertiga Najib Razak, Zahid Hamidi dan Anwar Ibrahim tahu isu 40,000 Bangladesh ini. Bahawa ianya isu rekaan semata-mata yang dibuat dengan penuh menyakinkan. Mereka yang sihat akal tidak memepercayai akan dakwaan itu, melainkan ia satu perang saraf bagi menganggu konsentrek UBN dan dalam masa sama membangkitkan kemarahan rakyat kepada UBN. Itu sahaja.

Jadi isu 40,000 Bangladesh ini tidak perlu dibangkitkan lagi sehingga menampak kebodohan politik orang Melayu. Kenapa suka sangat mendebat sesuatu perkara yang dangkal dan tidak ada kualiti?

Berbalik kepada Zahid tadi tidak payah beliau perpanjangkan isu ini kerana hendak membela dan membodek Najib. Cukuplah. Hidup dengan membodek boleh menyebabkan perut kita sengkak. Martabat Anwar tidak akan jatuh dengan isu itu. Sebelum menuduh Anwar terjempit atau terdesak sehinggakan mengubah tumpuan untuk melindungi pembohongan dari rakyat, Zahid perlu menilik dirinya sendiri. Apakah Zahid juga ikhlas dan jujur dalam politiknya? Apakah isu-isu yang beliau tabur itu semuanya mutlak dan Zahid sendiri seorang tulus dan jujur?

Sebelum ini semua orang dengar Zahid membuat berbagai janji. Salah satu ialah janji untuk mendakwa tokoh pembangkang yang dikatakan terlibat dengan serangan pengganas di Lahad Datu. Ke mana menghilangnya janji itu sampai kini orang yang dikatakan itu masih belum diheret ke mahkamah.

Tidakkah kenyataan (janji) Zahid itu merupakan psywar untuk mengelirukan rakyat agar menolak Pakatan Rakyat?

Kalau kita juga membaca kitab yang sama, janganlah bila rakan kita berhujah menggunakan kitab itu kita mengatakan dia salah pulak. Sebenarnya baik Zahid, Najib dan Anwar menggunakan kitab politik yang sama, cap Machiavellisme. Sama-sama belajar membuat spin, provokasi dan mengelirukan rakyat demi kuasa. Jika sama-sama memakan sireh dengan pinang pasti akan rasa pahit, kelat dan pedas yang sama.

Isu 40,000 Bangladesh ini cukuplah tidak payah disebut-sebut lagi. Makin disebut akan menampakkan makin bodoh politik bangsa yang mengaku menjadi raja di tanah air ini. Sekeji-keji Mahathir pun rasanya dia tidak perbesarkan isu 40,000 Bangladesh ini kena dia juga hafal kitab Machivelisme itu. [wm.kl.8:30 am 26/11/13]

3 comments:

Anonymous said...

Tuan,

Saya rasa psyche Anwar mengena. Saya ke Singapore. Berjumpa budak-budak Cina baru lepasan SPM, yang lari berkerja di sana; jual cell phone. Kami berbual-bual pasal politik dan the first word keluar adalah Najib menang kerana undi Bangladesh. Jadi bukan isu remeh temeh.

sazaleeahya said...

Klau saudara baca artikel tentang kemalangan bas di Genting Highland baru2 ni,mangsa2 kemalangan ny ada lh warga asing tetapi mereka ke Malaysia utk bertemu dn menziarahi sahabat2 dan saudara2 mereka yg telah menjadi warganegara Malaysia.Klau dlm kes yg melibat kn tidak sampai 50 org tu pun ada lebih dr 1/3 yg menjadi warga Malaysia.Tk kn kita nk heran ada 40000 rakyat asing menjadi pengundi.Itu cuma 0.14 peratus shj dr keseluruhan rakyat Malaysia.

Unknown said...

Apa yang diberitahu, ada kira-kira 40 ribu penghuni ragu/hantu dibawa ke semenanjung sebelu PRU13. Jumlah ini termasuk warga Bangladesh, selain warga temptan dan warga asing yang lain.

Tiada kenyataan yang mengatkan 40 ribu itu kesemuanya warga Bangladesh.