Saturday, November 23, 2013

Mohamad Sabu tewaskan Nik Amar

TERKINI MALAM                                                                                 

Mohamad Sabu telah diumumkan sebagai timbalan presiden Pas untuk periode 2013-2015 apabila berjaya menewaskan pencabarnya Mohd Amar Nik Abdullah dengan majoriti tipis 98 undi.

Mat Sabu mengutip 558 undi manakala Nik Amar 490.

Untuk pemenang tiga naib presiden tidak dapat diumumkan kerana berlaku pengiraan semula undi apabila empat calon dikatakan dibezakan dengan beberapa undi sahaja untuk menduduki kerusi berkenaan.

Manakala bagi jawatan AJK pula 18 orang yang dipilih ialah,Idris Ahmad, Ahmad Mazlan Aliman, Mohd Nizar Jamaluddin, Amiruddin Hamzah, Mohd Hatta Ramli, Nasrudin Hassan, Mujahid Yusuf Rawa, Nik Abdul Nik Abdul Aziz.

Dzulkifly Ahmad, Mohamed Hanifa Maidin, Kamarudin Jaffar, Khalid Samad, Nik Zawawi Salleh, Syed Azman, Ridhuan Mat Nor, Mahfodz Mohamad, Siti Mariah Mahmud dan Nuridah Salleh. [shah alam 7:20 am 23/11/13]

2 comments:

Unknown said...

tahniah diucapkan , semoga pahit getir , jerih pedih dalam perjuangan sebelum ini menjadi panduan . diharap golongan yang berminat dengan UG merujuk kepada pejuang terdahulu.

Unknown said...

Ini lah ytang pernah saya suarakan dulu , di mana ada husam pasti ada nik amar , seolah ada golongan yang tak senang dgn husam . Saya pun tak faham atas kredibiliti apakah nik amar berminat untuk timbalan presiden. Dalam konsep pengundian yang semacam meniru umno ini , Sudah pasti penyokong husam akan melobi untuk mat sabu .. Sebenarnya. Tiada beza antara pas dan umno .