Monday, December 2, 2013

Mustapa dilantik semula Setiausaha Agung Pas

STOP PRESS                                                                                        

[kemaskini] Mesyuarat penuh Jawatankuasa Kerja Pas Pusat malam ini telah melantik semula Mustapa Ali sebagai Setiausaha Agung manakala Mahfuz Omar dan Ahmad Yaakub masing-masing menjadi Ketua Penerangan dan Bendahari.

Dr Mohd Hatta Ramli kekal sebagai Pengarah Pilihan Raya Pas.

Mesyurat juga membuat lantikan Pesuruhjaya Negeri-Negeri; Selangor (Iskandar Samad), Wilayah Persekutuan (Muhammad Nor Mohamad), Perak (Razman Zakaria), Johor (Amninulhuda Hassan), Pahang (Tuan Ibrahim Tuan Man), Kelantan (Ahmad Yaakub), Terengganu (Saifu Bahri Mamat), Negeri Sembilan (Mohd Taufik Abdul Ghani), Melaka (Adly Zahri), Kedah (Mahfuz Omar), Perlis (Mohd Shukri Ramli), Sabah (Mohd Aminuddin Aling) dan Sarawak (Adam Ahid).

Pesruhjaya Pulau Pinang katanya ditangguhkan perlantikannya.

Mesyuarat semalam juga melantik tujuh orang AJK tambahan termasuk mereka yang tewas dalam pertandingan di muktamar lepas, mereka ialah; Mohd Amar Nik Abdullah, Abu Bakar Chik, Abang Ahmad Kerdee Abang Masagos, Mohamad Husin, Asmuni Awi, Zulkiflee Mohd Omar dan Dr Muhaimi Sulam.  [wm.kl.12:27 am 02/12/13]

1 comment:

Unknown said...

di harap mustafa ali tidak berminat dgn UG . kewibawaan beliau dicurigai sejak jatuhnya kerajaan pas terengganu dan peranan beliau yg dilihat sebagai menteri besar , bukannya abdul hadi awang. semacam sudah tak ada org lain yang layak untuk jawatan setiausaha. di sinilah pas menyamai perangai umno apabila org senior tak boleh ditukar.