Friday, December 13, 2013

Tunggu penjelasan penemuan mayat di sekolah Maahad Tahfiz Kok Lanas

TERKINI                                                                                            

[kemaskini] Menurut Exco Pendidikan dan Penerangan Kelantan, Dr Mohd Fadzli Hassan mayat lelaki yang ditemui tergantung dalam tandas asrama Maahad Tahfiz Kok Lanas adalah pelajar tingkat 4 yang berasal dari Pas Mas Kelantan.

Mayat itu telah dibawa ke bilik mayat (forensik) Hospital Sultanah Zainak Kota Bharu untuk dibedah siasat.

Fadzil menjelaskan demikian menerusi facebook saya sebagai memberi reaksi berhubung perkara itu. Katanya pihaknya dan pegawai YIK dan keluarga pelajar berkenaan ikut sama semasa mayat itu dihantar ke hospital.

Fadzil juga menjelaskan pihaknya akan membuat kenyataan rasmi sebaik pihak polis selesai membuat siasatan berhubung kejadian itu. Orang ramai diharap bersabar menanti pengumuman rasmi dan dimohon tidak membuat andaian-andaian sendiri bagi menghormati penyiasatan dan keluarga mangsa.


Semalam telah ditemui mayat seorang lelaki yang tergantung di sebuah tandas di asrama Maahad Tahfiz Kok Lanas, Kota Bharu Kelantan. Kejadian itu sudah pun disiasat oleh polis. Sehingga kini belum ada kenyataan rasmi tentang penemuan mayat itu, apakah ia pelajar sekolah berkenaan atau pun individu luar?

Berita mengenai penemuan mayat di sekolah itu sudah tersebar luas di dalam Facebook sejak malam tadi. Walaupun ada malumat mengatakan mayat itu sudah dikenal identitinya tetapi ia tidak boleh dihebahkan selagi tidak ada kenyataan rasmi daripada pihak polis.

Kejadian itu bagaimana pun akan memberi kesan kepada sekolah berkenaan. Adalah diharap pihak pengelola sekolah (Yayasan Islam Kelantan) akan memberi jawaban tuntas mengenai kejadian itu agar tidak timbul sebarang keraguan mengenai kredibiliti dari aspek keselamatan yang ada di sekolah berkenaan.

Penjelasan ini seeloknya tidak ditangguh begitu lama kerana ia boleh memburukkan keadaan serta menyebabkan akan timbul pelbagai spekulasi. [wm.kl.7:31 am 13/12/13]

No comments: