Monday, December 16, 2013

Nurul Izzah prihatin nasib OKU

SELANG SENJA                                                                                    

Nurul Izzah turut main 'buta-buta' bersama OKU.
Semalam bertempat di 'negeri' orang buta di Brickfield telah berlangsung kempen OKU Bangkit 2014 bersama media massa dimana ahli parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar menjadi hostnya.

Saya bersama dua rakan Dr Wan Suhaimi Wan Daud dan Sobree Shafee cuba untuk menyempatkan diri sama ke acara berkenaan. Malang tidak sempat kerana terhalang oleh kesesakan jalan raya.http://www.youtube.com/watch?v=kVEZrXfS6-A
Saya baru mengetahui program itu 12 jam sebelum ianya berlangsung apabila dimaklumkan oleh sdr Mohammad Faizal Yusuf, pemain utama di sebalik kempen berkenaan. Pada tarikh itu, semalam 14 Disember saya sepatutnya ke acara lain tetapi ia dibatalkan secara tiba-tiba.

Melihat kepada gambar yang diposting dalam facebook Faizal majlis berkenaan meriah dan mendapat samutan luar biasa. Nurul Izzah dengan mengenakan topi yang sering dipakai anak raja England turun padang ikut sama berjalan bersama OKU sebagai OKU tanpa penglihatan.

Izzah tidak segan menutup matanya dan berjalan dengan rangsangan tongkat putih. Sebagai orang yang agak mesra dan dapat memahami dunia orang buta, saya terharu dengan kesudian Izzah turun untuk bermesra dan mengambil berat kepada nasib OKU di mana kepentingan ini jarang dipedulikan pemimpin politik lain. Keprihatinan seperti itulah yang ditunggu-tunggu rakyat.

Program itu sebagai kempen kesediaan mengenai nasib 4.4 juta orang OKU yang ada di negara ini. Angka itu bukan kecil dan sewajarnya ia mendapat keperihatinan dan layanan sebagai rakyat negara ini. Bagi saya sudah sampai masa OKU diberi keperihatian dan jaminan hidup selesa sesuai dengan keberadaan negara ini. Jangan perlu ada sempadanan perasaan di antara mereka dengan kita.

Masih kedapatan beberapa keperluan mereka tidak dipenuhi dengan sepatutnya. Masyarakat kita masih lagi memandang sebelah mata dengan nasib OKU dan lebih kejam lagi menganggap mereka adalah sebagai melukut dalam gantang di mana sumbangan mereka tidak dilihat sebagai mereka juga mempunyai kepakaran dan keistimewaan yang lebih baik dari orang biasa.

Kerana sikap kurang prihatinan itu menyebabkan sesetengah permohonan dan desakan OKU tidak diambil berat atau dipandang seadanya sahaja. Kemudahan-kemudahan asas ditempat awam untuk keperluan mereka masih lemah atau berkurangan.

Untuk mengentengahkan suara mereka agar didengari pihak atasan mungkin mana-mana parti politik dan kerajaan kerajaan boleh mencadangkan agar ada wakil OKU (khasnya buta) di parlimen atau Dewan Negera. Mereka boleh dilantik menjadi senator misalnya. Kerajaan BN pernah melantik Prof Dr Ismail Salleh seorang OKU yang pakar dalam dunia ekonomi dan pendidikan sebagai senator. Bagaimana pun kekosongan ditinggalkan Ismail apabila beliau meninggal masih tidak di isi.

Dalam posting ini saya sisipkan sama klik video kempen OKU Bangkit 2014 itu yang diambil dari facebook Faizal. Sama-sama kita memberi sokongan kepada kempen ini dengan klik LIKE sebagai penyertaan kita. Terima kasih. [wm.kl.3:43 pm 16/12/13]
Post a Comment