PENDAPAT
JAWABAN dan penjelasan Anwar Ibrahim terhadap pertanyaan (pancingan) majalah Magazine dalam temuramahnya dengan perdana menteri itu terhadap Pas, jika diarifi itulah sikap dan keperibadian perdana menteri itu.Beliau seorang politis yang tidak suka bergaduh dan mahu meneruskan perbalahan selama-lamanya dengan yang menyeruinya. Anwar seorang berjiwa mencari damai tidak suka bergaduh jauh sekali berdendam.
Dalam interview itu Anwar ditanya apakah sikapnya dengan pihak pembangkang khasnya Pas yang dipimpin Abdul Hadi Awang yang juga merupakan sahabat lamanya. Beliau menjelaskan dirinya terbuka dengan Pas, malahan sebaik mengangkat sumpah memegang jawatan perdana menteri, beliau telah mengundang Pas untuk bersama kerajaan Perpaudan.

