Monday, May 26, 2008

Pemakluman

Tok Guru Nik Aziz Akan Berangkat Ke Makkah Jam 3:30 Pagi Ini

Labbikallah hummalabaik. Labbaikallah syariikalabaik. Innalhamda'... wanni'ma, lakhawamuluk, la syarikalak.

(HAMBA-Mu datang menyahut panggilanMu, ya Allah. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, Tuhan yang tidak ada sekutu bagi-Mu. Hamba-Mu datang menyahut panggilan-Mu, sesungguhnya segala pujian, nikmat dan pemerintahan adalah kepunyaan-Mu, tiada sekutu bagi-Mu.

Malam ini jam 8:00 malam Tok Guruku Nik Abdul Aziz Nik Mat bersama 21 orang jemaahanya akan berlepas dari lapangan terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu untuk ke Tanah Suci Makkah Mukaramah, Madinah Munawarah.
Beliau dijangka akan berlepas dari lapangan terbang KLIA Kuala Lumpur kira-kira jam 3:30 pagi nanti menerusi penerangan Kwait Airline.

Nik Aziz akan berada di Makkah selama 15 hari dan dijangka akan pulang ke tanah air pada 9 atau 10 Jun.

Selama beliau dan rombongan menunaikan umrah jawatan MB Kelantan dipangku oleh Timbalan Menteri Besar, Ahmad Yaacob.

Sementara itu isteri Ahmad Yaacob yang pada mulanya dijadual bersama rombongan Tok Guru terpasa membatalkan niat apabila Ahmad Yaacob kini dirawat di hospital kerana masalah jantung.

TMB itu dimasukkan kelmarin kerana serangan jantung. Keadaannya kini sudah beransur pulih setelah menjalani rawatan angioplasti. Beliau masih ditahan di hospital disebabkan paru-parunya bermasalah.

Kepada Tok Guru serta rombongan diucapkan selamat berangkat semoga diberikan kesihatan berlipat ganda dan kepada Ahmad Yaacob demikian juga adanya semoga dapat menjalankan tugas-tugas sebagai pemangku MB dengan sempurna dan mendapat dokongan dan sokongan seluruh anggota Majlis Mesyuarat Kerajaan (Exco). [wm.kl. 7:40 am 26/05/08].

3 comments:

Anonymous said...

MSO, salam. terkini tok guru dah keluar surat bahawa dato husam yang jadi Pemangku MB di atas keadaan kesihatan ahmad yaakub. jadi husam jugalah yang jadi MB.

Anonymous said...

Semoga Tok Guru diberi tenaga luarbiasa untuk menunaikan umrah kali ini...semoga mendapat umrah yg mabrur.

Unknown said...

Harapan semoga tokguru sentiasa berada dalam keadaan sihat wal afiat sepanjang menunaikan umrah. Moga Allah memberkati pengorbanannya. Amin.