NASIB baikk juga saya tidak tahu dan diberi tahu mengenai majlis “Suntikan Semangat Satria’ bersama Dr Mahathir Mohamad yang diadakan hari ini. Kalau tahu atau diberitahu hendak tak hendak terpaksa juga pergi, kena kandar kamera dan buat catatan dalam blog. Kalau bukan atas keinginan sendiri pun mungkin kerana demi menghormati mereka yang menjemput kena pergi juga.
Orang yang selalu menjadi tetuang - tukang memberi tahu apa-apa program Mahathir juga kali ini tidak mengkhabarkan majlis itu kepada saya. Mungkin dia sudah sedar yang saya ini agak liat sikit untuk hadir pada majlis-majlis syarahan emosi dan bersifat dendam Mahathir.
Jadi untuk tidak membuang air liurnya maka tetuang Mahathir itu tidak memberi tahu saya kali ini. Baguslah.
Saya baru tahu majlis itu apabila berjumpa dengan Yahya Ismail petang tadi. Yahya bertanya saya mengenai majlis berkenaan. Saya agak tercengang kerana tidak tahu apa benda mengenainya. Saya mencebik mulut memberi isyarat tidak tahu menahu dan tidak juga ingin tahu mengenai Mahathir. Buang masa fikir soal Mahathir!
“Kenapa Pak Ya tidak pergi?” Tanya saya kepada beliau.
“Daq... saya tak nak habiskan masa dengar benda yang tidak berfaedah. Mahathir pun nampak dah macam kehabisan gas, dah..” kata Yahya. Jadi kami tidak membincang panjang hal Mahathir petang tadi. Perjumpaan tadi banyak berkisar kepada kasih Tengku Razaleigh Hamzah yang hendak lawan Abdullah Ahmad Badawi yang masih dalam dilema samada cukup atau tidak pencalonan.
Yahya juga akhir-akhir ini semacam mengelakkan diri saja daripada Ku Li. Tidak galak seperti dulu. Dulu kalau cakap fasal Ku Li bukan main lagi sampai berbueh mulut!
“Dah cukup... tak nak buang masa lagi. Lebih baik saya tolong anak saya buat kebun lagi baik. Politik ni... biarlah dia orang buat!” luah Yahya mempamerkan wajah kecewa. Saya cuba mencungkil apa yang membuat hati kawan ini rawan, namun tidak mahu dia dedahkan. Dari wajahnya berat benar beban yang dipikulnya itu.
Khabarnya Yahya juga telah minta Dharmala NS membuang namanya dalam blog Prima - sebuah pertubuhan yang tidak berdaftar yang memperjuangkan menentang perhambaan minda! Dia tidak mahu terbabit lagi dengan apa-apa akses untuk menyokong mana-mana orang politik ataupun puak.
Dan Dharmala NS lewat tengah hari tadi memberi tahu bahawa blog Prima telah ditutup!
Apabila balik dari berjumpa Yahya, teringin juga nak tahu majlis Mahathir itu. Saya layar beberapa blog namun tidak ada yang melapor. Selepas buka satu protal berita baru dapat sedikit berita mengenai perjumpaan itu. Tidak ada apa yang baru atau mengejutkan dalam berita berkenaan, hanya Mahthir menyatakan dia tidak mahu letak jawatan sebagai Pengerusi Petronas.
Selain itu Mahathir juga dilaporkan sebagai mengulas mengenai Ezam Mohd Nor. Katanya Ezam macam katak; dulu lompat ke dalam Keadilan hari ini lompat ke dalam Umno. Ewah... kalau Ezam macam katak dia pula macam apa? Mahathir memanglah nyanyuk kerana sudah lupa sejarah mengenai Ezam. Ezam bukan keluar dari Umno (lompat) Keadilan tetapi dipecat olehnya sendiri (Mahathir).
Bagaimana pun maklumat lanjut mengenai majlis yang dinamakan “Suntikan Semangat Satria” itu baru saya dapat apabila melayar blog kawan baik, Haji Soberi Shafii “Apa Yang Kudengar dan Apa Yang Kulihat”. Mujur juga buka blog Soberi dapatlah tahu serba sedikit mengenai apa yang berlaku dalam majlis Mahathir tadi.
Menurut Soberi dia merasakan tolol dan tertipu kerana menghadiri majlis berkenaan. Kerana gahnya tidak sama dengan apa yang dilaungkan menerusi sms. Menurutnya tidak ada yang baru. Cerita kononnya Mahathir akan buat kejutan katanya sebagai auta saja.
Terima kasih kawan kerana pergi ke majlis Mahathir dan catat dalam blog setidak-tidaknya tahu juga saya perkembangannya. Apa yang saya merasakan paling berharga ialah apabila Soberi sudah menyedari bahawa cerita-cerita mengenai Mahathir yang diuar-uarkan oleh para pendondangnya selama kini adalah membuang masa dan auta semata-mata.
Sebenarnya sudah tidak ada apa-apa lagi kehebatan dan keistimewaan pada Mahathir yang boleh dkutip dan dikuyah untuk membangunkan nusa dan bangsa. Cerita-cerita yang keluar dari mulutnya tak ubah seperti cerita Pak Pandir atau Kura-Kura berlumba lari dengan Arnab saja.
Hari-hari beliau tidak ada kerja lain melainkan menghentam dan mengkritik Abdullah saja. Kepadanya seluruh diri Abdullah huduk dan buruk. Sesiapa pun, bukan Soberi saja dapat menilai apa dah jadi dengan Mahathir kini. Maka menghadiri majlis beliau dan mendengar beliau berceloteh tidak memberi apa-apa manfaat melainkan kehadiran itu sebagai menghiburkan beliau yang sunyi dan sepi setelah tidak lagi menjadi Perdana Menteri.
Nasib baiklah juga bekas Ketua Pemuda Umno Bahagian Kok Lanas, Kelantan yang ditakuti Annuar Musa ini akhirnya mulai sedar juga bahawa kehebatan Mahathir dan diuar-uarkan itu hanya sandiwara semata-mata. [wm.kl 9:45 pm 31/05/08]
1 comment:
Tak semena-mena, sekarang pembangkang tidak ada selera lagi untuk mengkritik Perdana Menteri.
Difahamkan pembangkang amat berpuashati dengan kekuatan PM dan barisan kabinetnya. Kerajaan sekarang sangat kuat dalam menguruskan halatuju negara ini.
Tetapi rakyat berfikiran sebaliknya. Rakyat adalah mereka yang merasa rentak kehidupan di negara ini.
Rakyat tidak terjerat seperti setengah pemimpin baik BN baik pembangkang, sehinggakan ada yang tergamak kata bahawa "ada yang kena ikat teloq, simpul mati"
Rakyat jarang-jarang berlakun.
Post a Comment