Saturday, May 31, 2008

Ulasan Peristiwa

Hidup Di Negara Ini Perlu Kurang Ajar

BUKAN senang hidup dalam sebuah negara demokrasi seperti Malaysia ini. Kalau tidak ada kerajinan, keberanian dan muka tebal mungkin apa yang diimpikan meskipun hak kita tidak akan tercapai dengan mudah.

Walaupun kita ada pemimpin yang dipilih untuk menjadi hamba rakyat membawa suara dan memperjuangkan kepentingan rakyat, namun tidak semua dapat memainkan peranan. Atau tidak semua suara mereka didengar oleh pihak atasan. Ianya bagaikan dilepas pada angin lalu saja.

Adakalanya pemimpin hanya mendengar saja tetapi tidak tahu dan berani untuk bertindak dan berusaha keras untuk kepentingan rakyat. Atau mereka merasakan masalah-masalah rakyat bukan tanggungjawab mereka lagi setelah mereka menang?

Apa yang berlaku kepada kira-kira 1,800 penduduk Bandar Mahkota Cheras dan taman-taman sekitarnya adalah bukti bagaimana hidup di negara ini bukan muda seperti disangkakan. Kemerdekaan, demokrasi, tidak bermakna rakyat boleh meriba tangan dan memperolehi hak mereka sepatutnya.

Rakyat masih diperlakukan sesuka hati untuk kesenangan pihak tertentu. Satu sudut rakyat negara ini macam kuli batak kepada pihak-pihak tertentu yang bersifat kapitalis.

Bayangkan bagaimana kalau penduduk Bandar Mahkota Cheras itu tidak bertindak melawan kapitilis yang membina lebuh raya yang telah menghalang laluan utama mereka. Pasti mereka akan terus terjerat dan terperangkap dalam tektik kapitalis itu dan terpaksa membayar tol yang bukan atas kehendak dan kewajaran bagi mereka.

Sudah lebih dua tahun mereka terseksa bila mana jalan laluan utama mereka untuk kelaur disekat dan mereka dilencungkan ke lebuh raya Cheras - Kajang. Gara-gara itu mereka kenapa membayar tol. Kerana merasakan apa yang dillakukan tidak adil dan membebankan mereka akhirnya mereka bertindak dengan memprotes sekatan berkenaan.

Mulanya protes itu dilakukan secara tertib dengan cara berunding dengan pihak-pihak tertentu. Tetapi ternyata gagal. Setelah gagal akhirnya mereka membuat tindakan fizikal dengan merobohkan sekatan (bongkah) batu.

Hasil perjuangan itu mereka kini bebas dan tidak kena membayar tol buta lagi.

Tetapi sebelum mereka bebas, apa sudah terjadi? Dalam satu perisitwa ketika merobohkan tambok simen beberapa hari lalu, beberapa penduduk telah cedera, sampai luka parah. Bermakna sebelum penduduk Taman Mahkota Cheras dan beberapa taman yang terlibat dengan perangkap itu bebas ianya memerlukan darah mereka sebagai korban.

Kita yakin kalau Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim tidak campur tangan dengan turun ke lokasi ia masih belum selesai. Selepas Khalid Ibrahim turun menemui penduduk itulah baru Menteri Kerja Raya, Ir Mohd Zain Mohamad turun dan mengarahkan sekatan itu dibuang. Apa yang dilakukan Ir Mohd Zain itu boleh diibaratkan sebagai membungkus ikan setelah dipancing oleh Khalid saja.

Mohd Zain hanya mengarahkan apa yang diputuskan oleh Kabinet. Yang jelasnya Kabinet membuat arahan itu apabila rakyat sudah berdarah dan sesudah Khalid Ibrahim sudah turun. Bayangkan bagaimana kalau darah tidak tumpas dan rakyat tidak parah? Mungkin sekatan itu masih wujud dan rakyat di situ masih terjerat tol itu buta itu.

Ini bermakna pembebasan yang dilakukan oleh kapitalis ke arah rakyat harus dilakukan dengan berani, memerlukan titisan darah dan sikap kurang ajar. Apakah kerajaan hari ini sudah tidak ada hati budi dan maruah lagi sehingga rakyat terpaksa menggunakan mekanisme sebegitu?

Hendaklah dalam menyelesaikan masalah berkaitan dengan rakyat kerajaan jangan sampai nanti darah rakyat tumpas dan menyiram bumi.

Sebagai kerajaan yang peka dan prihatin kepada rakyat sepatutnya kerajaan berada di belah rakyat dan bukan para kapitalis yang menjadi lintah darat kepada rakyat marhaen. [wm. kl 3:00 pm 02/06/08].

3 comments:

lan said...

saya sokong, bila rakyat betul2 terseksa baru nampaknya kerajaAn nak buka mata!

Anonymous said...

Masalah sekarang ni Grant Saga tu sapa punya? Anak pak lah ke? Dahlah kata mahkamah bagi injunksi kat diorang. Pastu buat pula atas tanah yang milik pemaju lain. Penduduk dah siap-siap tanda area yg jadi jalan utk kerajaan negeri dgn cat merah. Tapi tanda ini telah kena sapu oleh sapa pun tak tau. Pemaju sudahpun saman Grand Saga kerana tiada sebarang pampasan oleh pihak mereka atas tanah tersebut. Orang Bandar Mahkota Cheras memang berani. Kalau perkara seperti ini masih terus berlarutan di tempat2 lain, org kawasan lain pun akan bangkit sama.Perdana menteri masih diam seribu bahasa.

painah said...

Tahniah aku pada keberanian penduduk Bandar Mahkota Cheras dan aku setuju sangat dengan apa yg ustaz tulis.

Di Malaysia ni segelintir mentaliti wakil rakyat yg dipilih oleh rakyat amak menjelekkan. Bila berkempen langit dan bumi dijanjikan tapi bila dah menang jengok rakyat pun tak de masa.

Kalau ustaz melawat Selangor terutama kawasan Sepang sebelum pilihan raya yg lalu, tentu sesiapa pun akan nampak papan2 tanda besar yg dipacak di persimpangan jalan. Di papan tanda tu adalah muka wakil rakyat kawasan tu dan mbnya si Khir Toyo. Di bawah wajah mereka pula adalah nombor telefon bimbit mereka. Tetapi tanya lah rakyat Selangor berapa ramai yg dapat bercakap secara terus dengan wakil rakyat mereka apatah lagi ngan mb. Sms tak berbalas, telefon tak pernah dijawab.

Bila nak jumpa mengalahkan nak jumpa Bill Gates. Kalau ada peluang pun hanya setiausaha je yg melayan kita. Ayat lazim yg diorang akan kata 'kita akan ambil perhatian'. Selepas setahun satu hapa pun tak berlaku. Pada saper lagi org kampung nak mnta tolong kalau bukan dengan wakil rakyat. Nak harap penghulu ... pejabatnya 10 km dari kg, kalau pergi pun memanjang tak ada kat pejabat. Ketua kampung pulak sibuk ngan projek sendiri.

Tetapi sekarang berbeza. Kalau sebelum ni cukup susah sekarang ni (aku rasa) amat mudah untuk bercakap dengan mereka ni.

Tentunya kalau sekarang ni mereka tu dijemput untuk merasmikan tandas lama yg dicat baru kat umah aku tu pun mereka akan datang. Istilah sibuk dan tak ada masa pastinya tak akan terkeluar dari mulut mereka.

Ada pula bekas mb yg sekarang ni ada blog sendiri. Kerjanya meracau tentang rakyat, pengundi, Islam, kemiskinan dan ntahapapantah lagi. Sebelum ni itu semua tak difikirkan. Pandangan dan kepentingan rakyat tak ada dalam kamus dia. Bila pemberita tanya kenapa harga air naik ...'sebab lama tak naik' jawapan bodoh yg tak ada nilai pada rakyat.

Aku menyokong sangat tindakan penduduk Bandar Mahkota, kalau tak dilakukan seperti ini tiada siapa pun nak buka mata. Ada wakil rakyat lebih kepada nak jaga perut sendiri dan mengampu tuan parti. Pak menteri pulak hanya pandai bercakap depan pemberita, dlm parlimen, cari kepentingan.

Jangan jadi hipokrit tanap world.
Soal terpilih dalam pilihanraya akan datang akan dinilai oleh pengundi dan kalu dah rezeki, Allah tak akan mungkir janji.

Ini semua harus dijadikan pengajaran dan panduan. Rakyat negara ni tidak akan menjadi kurang ajar tanpa sebab yg konkrit.

Kepada wakil rakyat dan menteri yg diamanahkan janga tutup mata pada isu utama iaitu menjaga pengundi/rakyat. Rakyat Malaysia bukan bodoh seperti zaman dulu yg boleh digula gulakan.