Perlukah Masjid Untuk Orang Cina di Malaysia?
KURANG pasti saya apakah keperluan maka masjid Cina – masjid untuk orang-orang Cina perlu dibina di negara ini. Persoalan ini bukan kerana kita memerlukan wang untuk membiayai pembiaannya, maka kita merasakan tidak perlu, tidak. Kita yakin orang Cina muslim boleh bersatu dan mencari dana untuk itu.
Orang Cina di negara ini yang menerima konsep pemerintah Islam seperti Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mengkagumi pemerintah Khalifah Umur Ibnu Aziz tentu boleh membantunya.
Bagi masyarakat Cina yang hidup berkoporatif tidak hairan dengan wang. Tenguk bagaimana mereka boleh membiayai sekolah-sekolah atau kolej Cina. Bagaimana mereka membantu komuniti kaum itu dalam dunia perniagaanya. Hubungan kecinaan (cauvinis) mereka sungguh tinggi.
Jadi apabila ada orang Melayu seperti memberi galakan agar orang Cina memiliki masjid sendiri saya tidak faham untuk apa sebenarnya? Alasan untuk menarik masyarakat Cina ke masjid rasanya tidak begitu relevan dan munasabah. Masjid adalah rumah ibadat yang begitu asing bagi Cina beragama Budha.
Seperkara lagi saya ingin bertanya apakah ada segelintir Cina mencadangkan agar mewujudkan masjid Melayu di Singapura, Korea atau pun di Bejing?
Kalau pun untuk dijadikan lambang dan tarikan bagi hubungan kaum, rasanya tidaklah perlu sampai membangunkan masjid untuk kaum Cina. Cukuplah pemisahan kaum yang berlaku di negara ini sekarang menerusi berbagai makenisme, budaya, adat, sosial dan sebagaianya.
Apakah kerana India ada masjid, Paskitan ada masjid, maka India dan Cina juga perlu ada masjid? Bukankah masjid itu adalah untuk orang muslim dan bukan untuk mana-mana kaum.
Jadi kalau Cina muslim mereka boleh menjadikan semua masjid di negara sebagai kepunyaan mereka. Masjid Putaraja , masjid Bukit Damansara dan sebagainya adalah kepunyaan mereka. Kalau hendak adakan kegiatan dan pengajian lakukan di situ.
Masjid yang kerajaan bina bukan untuk Melayu saja. Tetapi untuk kegunaan untuk semua bangsa. Kerajaan Malaysia ini pun adalah kerajaan semua kaum. Begitu juga dengan kerjaan Pakatan Rakyat adalah kerajaan semua kaum.
Bahkan orang Melayu sendiri pun tidak ada masjid di negara ini. Mana di Malaysia ini mana ada masjid Melayu. Masjid yang ada itu adalah masjid orang muslim. Jadi secara automatik ia juga adalah milik orang Cina, India, Serani, Pakistan, Bangladesh, Jepun dan sebagainya.
Mungkin alasan perlu kepada masjid Cina ialah untuk membangunkan rekabentuk Cina. Kalau itu ia bukan perkara asas dalam Islam, itu adalah seni bina sahaja. Bila becakap seni bina ini bermakna masyarakat Cina mahu mengembangkan kebudayan dan keseniaan mereka. Kesenian bukan yang wajib dalam konteks beragama. Malah kadang kala ia terbawa kepada kurafat kalau kesenian itu melambangkan lembaga-lembaga yang bersifat kesyirikan.
Lambang-lambang dan budaya Cina yang ada di negara ini sudah cukup. Tenguk rumah, bangunan, fesyen pakaian sebagainya sudah penuh dengan lambang atau imej-imej kebudayaan Cina. Apa lagi yang dikehendakinya.
Saya rasa tuntutan ini bukan begitu serius dari kaum Cina, tetapi ada segelintir Melayu yang pandai-pandai mengilhamkan ini untuk menunjukkan sikap liberal mereka dengan kaum itu sahaja. Jadi cadangan dan sokongan kepada perwujudan masjid itu oleh orang Melayu ia lebih bersifat politik bukan untuk pengembangan agama yang sebenarnya.
Demikian alasaan keperluan itu untuk membolehkan khutbah disampaikan dalam bahasa Cina sehingga perlu ada masjid Cina juga tidak begitu kukuh dan kuat. Masih banyak lagi kalau hendak menyebarkan dan memberi kefahaman mengenai Islam kepada orang Cina. Berbagai saluran dan kaedah lagi.
Dengan menyediakan bahasa Cina di masjid yang dikhaskan kepada kaum Cina, orang Melayu juga seperti tidak yakin dan percaya kepada kebolehan dan kemampuan bahasa mereka sendiri. Sebab itulah orang Melayu bila berjumpa dengan Cina mereka akan bercakap pelek Cina, pakai lu dan gua... manakala kalau berjumpa dengan India, bercakap pelek India, terponting panting ikut ketebalan lidah India. Begitulah naifnya bangsaku, Melayu yang mudah menerima apa juga yang disogokkan kepada mereka. [wm.kl 6:20 pm 29/05/08]
1 comment:
Tuan Haji,
saya kurang bersetuju dengan pendapat tuan. Dalam menilai masalah ini, kita perlu juga melihat dari kacamata orang Cina dan bangsa lain yang bukan Melayu.
Islam dilihat sinonim dengan Melayu oleh orang Cina. Mana taknya, perlembagaan negara mendifinisikan Melayu sebagai orang beragama Islam padahal Melayu tidak semestinya Islam dan Islam tak semestinya menjadi seperti Melayu.
Idea untuk membina masjid bercirikan senibina Cina adalah suatu yang bagus dan praktikal dalam membetulkan tanggapan orang Cina terhadap Islam yang bukan milik Melayu semata-mata tapi milik sesiapa sahaja yang beriman dengan Allah dan RasulNya, Nabi Muhammad SAW.
Post a Comment