SEKALI lagi Parlimen menjadi seperti pasar ikan pagi ini. Kelam kabut dan keriuhan itu meletus semasa Ahli Parlimen Rambau, Khairy Jamaluddin berucap membahas usul terima kasih atas titiah ucapan Yang di-Pertua Agong.
Sikap Khairy yang ego, sambong dan tidak memberi peluang kepada ahli Parlimen untuk mencelah menyebabkan ahli Parlimen pembangkang naik angin sehingga ada yang menjerit-jerit sambil mencemuh menantu Perdana Menteri itu.
Tuduhan dan sindiran Khairy, ke atas pembangkang dengan membuat perumpaan yang dianggap cemar, menjadikan ahli Parlimen pembangkang berang dan seorang demi seorang bangun untuk mendapat penjelasan, tetapi tidak diberikan laluan oleh Khairy atas alasan beliau ketidakcukupan masa.
Suatu masa Khairy semasa mengulas berhubung kenaikan harga minyak petrol turut menyentuh batang tubuh Penasihat PKR Awnar Ibrahim dengan menempelakan bekas TPM itu sebagai lidah bercabang. Katanya selama enam tahun Anwar menjadi Menteri Kewangan tetapi tidak pernah berfiki runtuk menurunkan harga minyak petrol.
Tuduhan ini menyebabkan ahli pembangkang khasnya dari PKR makin bertambah panas hati dan sengkak dengan Khairy. Beberapa orang ahli Parlimen PKR bangun serentak untuk minta penjelasan tetapi tidak dibenarkan Khairy.
Khairy seolah sengaja mahu menimbulkan kemarahan pembangkang dengan memperli dan memperlecehkan kewibawaan dan projek dilaksanakan oleh Kerajaan PKR. Beliau turut membuat akronim PKR sebagai Projek Khinzir Raksa, menyebabkan beberapa orang ahli Parlimen PKR bangun membantah dan menyuruh beliau menarik balik perkataan itu.
Ahli Parlimen Bandar Baru Kulim, Zulkefli Nordin bangun meminta Khairy menarik balik kata-kata itu namun tidak diendahkan oleh Khairy. Kegilaan Khairy ini menyebabkan keadaan menjadi riuh randah dan membingkitkan telinga sehingga ahli Parlimen Pokok Sena, Mahfuz Omar bangun membuat akronim balas dengan mengatakan PBN, Projek Babi Negara.Kenapa menyebabkan ahli Parlimen menjadi bengang dengan Khairy ialah beliau langsung tidak memberi peluang ahli Parlimen lain mencelah untuk mendapat penjelasan seperti kebiasaan dalam perbahasan dan ini dianggap sebagai tidak adil. Dengan menggunakan peraturan Dewan 37(3) beliau bertindak sebagai diktator dan tidak mengendahkan permintaan ahli Parlimen lain.
Ahli Parlimen pembangkang juga kehabisan ikhitar untuk meminta Khairy memberi penjelasan atau menarik balik kata-kata yang dianggap cemar dengan menggunakan beberapa peraturan Dewan tetapi tidak berjaya. Peraturan yang digunakan ialah termasuk, Perkara 31(B), 36(4) 36(10) dan 36 (12).
Apa yang dapat disimpulkan daripada sikap dan fiil Khairy bersama berucap tadi menjelaskan betapa beliau seorang yang angkuh, sombong dan tidak mempunyai toleransi terhadap sesama ahli MP seperti mana diamalkan. Sikap itu juga menggambarkan ahli Parlimen Rembau itu tidak gentlemen.
Memerhati kepada gelagat Khairy semasa bercuap tadi dapat dirasakan sekiranya beliau menjadi Perdana Menteri suatu hari nanti beliau akan memerintah dan mentadbir secara diktator di mana hanya beliau sahaja yang benar dan orang lain perlu mengikutinya. Sesiapa yang menegurnya akan dibunuh! [wm.kl 1:15 pm 12/05/08]
2 comments:
saya amat bimbang jika budak mentah ni yang menjadi PM satu masa nabti.tetapi naluri saya kuat mengatakan bahawa hayat politik beliau tidak ke mana.
manusia seperti khairy ni lebih layak bercucuk tanam daripada menjadi wakil rakyat.
misalnya beliau menjdai pemimpin utama negara sudah tentu rekod kezaliman mahathir akn dipecahkan.tidak keterlaluan rekod keganasan Hitler turut dipecahkan.
oleh itu,sama-samalah kita berjuang untuk kesejahteraan negara.biar bijak dalam memilih pemimpin.salam perjuangan.
http:egimbb.blogspot.com
assalammualaikum...saya bersetuju dengan pendapat anda...bila UMNO yang diketuai oleh khairy, maka Malaysia akan jadi lebih terancam..
Post a Comment