Wednesday, May 28, 2008

Berita Panas

Kemasukan Ezam Dalam Umno Diumum Perdana Menteri

TEKA TEKI bilakah bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan, Mohd Ezam Muhammad Noor, 41 akan mengistyharkan secara rasmi kemasukannya semula dalam parti asalnya, Umno berakhir kira-kira dua jam setengah tadi apabila Presiden Umno, Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan perkara itu dibangunan Parlimen jam 4:10 minit petang tadi.

Pengumuman mengenai Ezam itu sekaligus mengesahkan ramalan saya sebelum ini yang mengatakan orang kanan Anwar Ibrahim itu akan menyertai Umno dan pengumumannya akan disampingi Perdana Menteri Abdullah Ahmad Badawi ataupun timbalannya Mohd Najib Razak.

Dengan disaksikan oleh beberapa pemimpin Umno dan di hadapan kira-kira 50 wartawan dan jurugambar Abdullah mengumumkan kemasukan Ezam dalam satu sidang akhbar khas yang ditunggu-tunggu sejak semalam.

Pada sidang akhabr itu juga Ezam telah menyerahkan borang permohonan menyertai Umno sebagai ahli seumur hidup.

Kehadiran Ezam ditunggu sejak jam 2:00 petang lagi oleh para wartawan dan juga menjadi perbualan hangat di Parlimen sejak semalam.

Ezam tiba di bangunan Parlimen dan terus ke tingkat dua di mana terletak pejabat Perdana Menteri tanpa melalui lobi Parlimen. Beliau diringi beberapa orang penyokong dan teman-teman rapatnya yang lebih awal menyertai Umno.

Sebelum memasuki ke bilik sidang akhbar Ezam terlebih dahulu memasuki bilik rehat Perdana Menteri untuk sessi bergambar. Sebaik Abdullah masuk Ezam dengan wajah berseri menyambut kedatangan Abdullah.
Antara mereka yang kelihatan ikut sama berdiri di belakang Ezam sewaktu Abdullah mengumumkan kemasukam Ezam ialah Hamdah Taha, Hanafiah Man, Abdul Ghani dan beberapa yang lain.

Abdullah ketika menjawab persoalan wartawan berhubung tindakan Ezam itu menjelaskan tidak ada apa-apa layanan istimewa untuk Ezam. Sambil mengucapkan selamat berjuang kepada Ezam, Abdullah memberi alasan ringkas berhubung kemasukan Ezam dengan dengan berkata; "sebab beliau yakin kepada Umno maka beliau bersama kita untuk sama-sama berjuang."

Menurut Abdullah tidak ada apa-apa tawaran jawatan politik kepada Ezam termasuk Senator dan sebagainya. Abdullah yang cuba menjawab persoalan sebenar di sebalik tindakan Ezam itu menyerahkan kepada Ezam untuk menjawabnya.

Bagaimana pun Ezam disepanjang sidang akhbar itu tidak memberi apa-apa komen melainkan tersenyum kerana beliau akan berbuat demikian dalam satu sidang akhbar khas esok.

Turut sama hadir pada sidang akhbar itu ialah Setiausaha Politik Perdana Menteri Md Alwi Che Amat dan Setiasauaha Politik Menteri Kewangan Rizal Marican Naina Marican. Ulasan mengenai kemasukan Ezam dalam Umno akan menyusul. [wm.kl 5:45 pm 28/05/08].

2 comments:

mat_terab said...

Akhirnya Ezam sah memasuki umno semula….begitu lah apa yang saya baca dalam
tajuk utama kebanyakan blog hari ini…berita ini begitu mengecewakan saya sebagai rakyat yang selama ini begitu mengagumi Ezam yang begitu komited dalam perjuangan beliau samada dalam PKR atau Gerak.
Seperti yang semua maklum Ezam lah salah seorang pemimpin yang mencetuskan gerakan Reformasi dalam negara ini bersama-sama dengan DS Anaur Ibrahim…itu semua tak dapat dipadamkan dalam minda saya dan rakyat Malaysia…
Tetapi apabila beliau masuk kembali Umno saya tertanya-tanya apa gerangan motif beliau berbuat demikian…apakah selama ini perjuangan yang dilaungkan oleh beliau adalah retorik semata-mata kita pun tidak tahu.
Kita tahu setelah Tun M berundur dari gelangang umno tampa berlengah Ezam terus masuk Umno. Apakah selama ini Ezam telah merancang untuk memesuki umno telah lama…? Namun hasrat itu terpaksa di lupakan dahulu kerana Tun M masih berada dalam umno kerana selama ini Ezam selalu menhentam Tun M macam-macam.
Kita begitu hampa kerana begitu mudah pemimpin macam Ezam ini sebelum ini Ruslan Kasim, Lokman dan ramai lagi yang begitu mudah menpermainkan perasaan rakyat.
Setelah rakyat benar-benar menaruh kepercayaan kepada mereka ini balasan mereka kepada kita.
Apakah mereka-mereka ini perjuangkan dengan memasuki semula kedalam umno..? menperjuangkan nasib melayu…setelah 50 tahun tred rekod umno melayu di takuk itu juga. Hendak menperjuangkan Rasuh…jangan haraplah kerana umno lah punca segala rasuah dan sukar hendak di hapuskan lagi kerana sudah menjadi darah daging mereka melainkan dengan menjatuh umno baru rasuah dapat dibendung.
Tapi yang nyata pemimpin macam ini hanya ingin perjuangkan poket mereka saja.
Kalau kita lihat pemimpin yang ulung seperti Ku Razali pun apabila masuk umno daripada semangat 46 tidak di hargai ini kan pulak Ezam.
Mungkin juga ezam ingat beliau adalah Superman dengan kemasukan beliau dapat menyelamatkan Umno yang hamper karam…kita pun tak tahu…
Kita harap pekara yang sama tidak akan jadi kepada Saudara Badrul Hisyam (cikgu Bard)
Mungkim beliau pun memasang angan-angan untuk masuk umno namum terpaksa di lupakan dahulu lantaran Khairy dan pak lah masih ada dalam umno mungkin apabila Pak Lah letak jawatan beliau akan masuk umno…tetapi kita harap tidak.
Jelaslah kepada kita tindakan Ezam ini umpama menjilat ludah sendiri….

sugiman said...

at last ...kau pergi jua ... Segagah gagah manusia bernama Ezam akhirnya tunduk melayu juga akhirnya.
Apakah ini yg dimaksudkan stamina politik?

Seperti seorang yg berjogging, apabila merasakan kepenatan yg tak terhingga maka ditumpanglah akan dia sesiapa yg ada kenderaan.

Selepas melolong lolong, melalak lalak, terpekik terpekau, membentak bentak, mengais gais akhirnya manusia bernama Ezam ini menjilat kembali segala muntah taik hijaunya!

Kesian, manusia ini yg yg sebelumnya merasakan dirinya begitu suci murni dengan memaki hamun semua pusat pelacuran akhirnya mengadaikan maruahnya sendiri dengan menjadi hamba dirumah pelacuran itu sendiri.

Kesian Ezam ... kemana agaknya dia selepas ini??