TAHNIAH dan syabas diucapkan kepada Mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin di atas sikap tanggungjawab dan ketegasannya berhubung dengan gejala negatif dan maksiat yang sedang melingkungi kehidupan umat ketika ini.
Tindakan Jabatan Mufti Perlis melarang penampilan seorang penyanyi bernama Faizal Tahir dalam konsert Jom Heboh yang kini berlangsung di negeri Perlis dialu-alukan dan satu langkah yang tepat dan wajar dipuji. Dipercayai larangan ke atas penyanyi itu ekoran sikap penyanyi itu melampau dan tidak mencerminkan sebagai orang mukmim sejati ketika membuat persembahan.
Seperti mana kata Mohd Asri beliau bukan anti manusia bernama penyanyi itu ataupun anti muzik, tetapi yang beliau mahukan konsert itu hendaklah berdisiplin dan bermatlamat baik. Memang tidak ada gunanya konsert seperti Jom Heboh itu kalau ianya berlandaskan kepada nafsu dan hiburan jahiliah seratus peratus tanpa membangun diri manusia.
Pandangan dan pendirian tegas dan jelas Mohd Asri bukan saja dalam hal konsert, tetapi projek Islam Hadhari juga banyak sudut yang dalam pengamatannya tidak dimenepati kehendak Islam dan ia perlu direformkan. Menurutnya Islam Hadhari satu slogan politik yang sedap didengari tetapi kosong dan tidak membawa apa-apa erti kepada pembangunan Islam. Justeru katanya ia perlu dirombok sebelum keadaan parah.
Kalaulah projek Islam Hadhari bikinan Perdana Menteri sendiri yang dianggapnya (ada kalanya) membazir dan tidak memberi manfaat kepada pembangunan kerohanian dan jasmani umat itu ditegur apa lagi dengan konsert Jom Hebuh yang jelas sifat-sfat kesyaitannya di dalam konsert berkenaan. Paling wajar beliau bercakap mengenainya!
Sudah banyak laporan negatif dilaporkan berhubung konsert tajaan TV3 itu. Suatu ketika dulu pernah dilaporkan berlambak kondom terpakai ditemui di tapak majlis itu kalau tidak silap berlangsung di Ipoh Perak. Apakah erti dan makna semua itu?
Lantaran itu satu kajian menyeluruh berhubung konsert itu dari segi negatif dan positif perlu dijalankan. Para sarjana dan ilmuan Islam patut sepakat untuk membuat kajian mengenainya kemudian persembahkan kepada pihak TV3. Jangan hanya menerima pandangan dan sogokan kebendaan pihak TV3 sahaja yang merasakan ia baik kerana memberi keuntungan kepada stesen tv berkenaan.
Berbalik kepada tindakan Mohd Asri itu, nampaknya beliau memainkan peranan yang sewajarnya selaku Mufti. Apa yang dilakukan itu membuat teguran tidak kira ke atas siapa itulah yang dikehendaki dan dinanti-natikan selama ini. Mohd Asri tidak memilih bulu dan inilah Mufti yang patut dicontohi.
Sekiranya seluruh 14 Mufti di negara ini mencontohi dan bersikap berani, tegas dan berkhidmat kerana Allah seperti Mohd Asri, saya yakin beberapa masalah akan dapat diatasi. Malangnya sesetengah Mufti seolah terasing daripada masyarakat dan berbicara hanya dalam majlis-jamlis agama dan istana sahaja.
Jarang mereka tururn - lontar pendapat dalam khalayak dan menyentuh mengenai isu-isu yang selama ini asing oleh mereka. Seolah-olah Mufti tidak mempunyai ilmu dan wibawa untuk becakap. Setenganya pula tidak ubah seperti opoturnis politik yang bersikap menjadi tikus jatuh ke genak - beras. Mufti yang tidak mengambil hirau hal-hal sosial samalah dengan pegawai kerajaan lain yang makan gaji buta.
Sekali lagi syabas dan tahniah kepada Mohd Asri. Atas keberanian, ketegasan dan obses Tuan untuk menegakkan kebenaran dan mencegah kemunkaran dipohon mendapat keredhaan Allah s.w.t. [wm.kl 2:00 03/05/08].
1 comment:
Salam.
Tahniah kepada Mufti Perlis Dr.MAZA dalam perkara ini. Samada kerajaan Perlis nak ikut tak ikut itu cerita lain. Itulah konsep dakwah.
Berkenaan konsert maksiat SH di Ipoh, Perak yang dikatakan telah menemui beberapa kondom terpakai, itulah lambang negara atau setidak-tidaknya bangsa Melayu Perak pada 10-20 tahun akan datang. Bayangkan 1 kondom terpakai yang dijumpai menyamai 10 kes yang tidak memakai kondom. Sungguh lucah bunyinya, tapi itulah bangsa....Melayu tanpa Islam, tiada bermakna dan celaka.
Post a Comment