Mahathir Keluar Umno
(kemaskini dari masa ke masa) LAPORAN terbaru dari Kedah diterima sekejap tadi Mahathir Mohamad telah mengistyhar keluar daripada Umno serta merta berkuat kuasa hari ini. Beliau membuat pengumuman itu daam sidang akhabr selepas menyampaikan ucapan dalam satu majlis di Alot Star pagi ini.
Beliau juga dikatakan membuat seruan agar ahli-ahli Umno mengambil tindakan sama.
Pengistyharan itu membuka ruang baru dalam politik negara ini. Adalah dipercaya kenapa bekas Presiden Umno itu berbuat demikian kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Abdullah Badawi yang dikritik teruk akhir-akhir ini.
Langkah Mahathir itu menjejaki langkah bekas-bekas Presiden Umno sebelum ini, Onn Jaafar, Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn yang mengambil tindakan meninggalkan parti Umno apabila parti berkenaan berhadapan dengan masalah. Tunku Abdul Rahman dan Hussein Onn tidak menyertai semula Umno apabila ianya dihidupkan semula selepas diharamkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.
Sudah pasti ekoran tindakan itu ia menjadi polemik dalam parti berkenaan. Mereka yang bersimpati dengan Mahathir dipercayai akan membuat tindakan sama. Apakah Mahathir sengaja mahu menguji penyokongnya tidak dapat dipastikan lagi.
Parlimen yang akan bersidang esok sudah tentu akan memberi fokus kepada tindakan mengejut Mahathir itu. Apa yang menjadi tanda tanya kini bagaimana keputusan dan juga sikap anaknya, Mukhriz yang dilihat hidup bernaungkan ayahnya selama ini? [wm.kl. 1:20 pm 19/05/08].
Sementara itu Ahli Parlimen, Bebas Ibrahim Ali mengulas mengenai tindakan Mahathir itu sebagai kemuncak kepada krisis dalam Umno yang berlaku ketika ini. Beliau membayangkan sekiranya perkara ini berterusa ia menandakan Umno akan berkubur.
"Saya merasakan Umno akan berkubur kalau krisis dalaman Umno ini berterusan!", ujar Ibrahim yang dihubungi sekejap tadi.
Menurutnya nasib dan masa depan Umno bergantung kepada kepimpinan Umno hari ini. [wm.kl 1:55 pm 19/05/08].
No comments:
Post a Comment