Keputusan Yang Sangat Berat Bagi Murai
SELEPAS Asar tadi Murai menerima telefon dari seseorang yang agak lama juga tidak menghubungi Murai. Murai teruja dengan panggilan itu apa lagi topik yang dibicarakan agak spesifik. Pemanggil ini memang Murai hormati kerana keperibadian, wibawa serta ilmunya. Murai tidak tahu kenapa hatinya tergerak untuk menghubungi Murai.
"Terlebih dahulu ana minta maaf kalau apa yang ana nak katakan ini mungkin enta tidak boleh terima. Ana menghormati pandangan dan kebebasan enta untuk menulis dan mengkritik sesiapa pun...itu hak enta secara mutlak," begitulah dia memulakan bicaranya. Nadanya merendah dan sangat mengharap.
"Apa dia, mengenai apa?" tanya Murai suspen. "Mengenai Datuk Ibrahim Ali, yang enta panggilan Salentia tu..", jelasnya.
"Kenapa..?" aju Murai makin suspen.
"Begini... ana mengikuti apa yang enta tulis mengenai Datuk Ibrahim sejak akhir-akhir ini. Ana tidak ketinggalan walaupun satu posting mengenai beliau. Termasuk yang baru enta masukkan hari ini. Ana rasa tidak elok kalau enta sebagai penulis yang ada wibawa dan penghormatan, ada pengalaman dan ada peminat puluhan ribu sekiranya enta terus-terusan mengkritik belau... tidak elok sangat kerana ia menjejaskan keredibiliti enta sendiri.
"Lagipun enta tidak elok memanggil mahkluk Allah dengan nama haiwan, huduh sangat. Enta kena ingat Allah s.w.t. menjadikan sesuatu itu tidak sia-sia. Maaflah... kalau ianya menyinggungkan perasaan enta. Ana bukan membela Datuk Ibrahim tetapi sayang dan kagumi enta.
Ana tahu enta tidak boleh menerima apa yang Datuk Ibrahim perlakukan...mengkritik Pas dan mengkritik Pakatan Rakyat, tetapi enta kena hormat itu adala kebebasan bersuara yang dibenarkan," pemanggil itu berbicara panjang lebar. Dia seakan memaku kata-kata Murai untuk menjawab dengan berkatakan bukankah enta juga telah membayangkan Datuk Ibrahim akhirnya akan menyusahkan Pas dan kemungkinan menyertai Umno semula! Enta sudah meramalkan sejak awal-awal lagi.
Murai hanya mendengar sahaja.
"Ana kira apa yang enta tulis dan kritik dia selama ini sudah mencukupi. Cukuplah... atas nama diri ana, ana merayu kepada enta agar tidak meneruskan lagi. Ana percaya Datuk Ibrahim tidak ada apa-apa kesalahan peribadi dengan enta. Dan ana kira dia sangat menyanjungi atas usaha enta selama ini sehingga membawa kemenangan kepadanya. Bukankah mulanya enta gembira dengan kemenangannya di Pasir Mas?"
"Ana tahu enta antara orang yang bekerja keras untuk kemenangan dia di Parlimen Pasir Mas, dan begitu juga semasa pilihan raya kecil Permatang Pasir. Tiba-tiba enta menyerang dia tanpa ada belas kasihan kepadanya. Ana rasa sedih sungguh, pilu sungguh dalam bak ini!?"
"Sekiranya enta masih menghormati ana yang tidak mempunyai apa-apa ini, ana berharap enta hentikan menulis mengenai Datuk Ibrahim Ali. Tolong..lah.. ana buat ini pun tanpa suruhan sesiapa pun tetapi lahir dari nurani ana sendiri dan juga kebaikan enta juga. Ana rasa blog enta tetap akan mendapat sambutan kalaupun enta tidak menyentuh perihal peribadi Datuk Ibrahim."
Murai hanya mampu terdiam dan tidak dapat berkata apa-apa. Sememangnya pemanggil itu benar-benar ingin berbicara kepada Murai dan tidak mahu Murai membalas kecuali mendengarnya.
Murai memang sedar apa yang pemanggil itu katakan, semua betul dan benar belaka. Memang pun Salentia (maaf Ibrahim) tidak pun bersalah secara langsung dengan Murai. Apa yang Murai terkilan ia perbuatannya, itu saja.
Selepas meletakkan teleofn, bicara itu terus terngian-ngian di telinga Murai. Serba salah jadinya. Murai merasakan ia semacam racun dan Murai menjadi begitu lemah olehnya. Dan selepas solat Maghrib tadi Murai mengambil keputusan ini untuk akur kepada pandangan orang mulia yang Murai hormati dunia dan akhirat itu.
Dengan ini Murai hentikan kritikan ke atas Ibrahim Ali. Murai juga akan menarik balik psoting-posting terbaru mengenainya termasuk you-tube di sidebar blog tempat Murai berteduh ini.
Kepada pemanggil itu Murai ingin mengucapkan terimam kasih atas teguran dan pandangan yang berguna itu. Semoga Allah memberi kesejahteran dan selamat kepada kita semua dan tindakan Murai ini adalah cenderamata Murai untuknya selama hayatnya.
Murai: Akan terus berkicau tetapi tidak lagi berbicara fasal Ibrahim Ali.
20 comments:
Lepas satu panggilan telepon mike pun tekan brek? Mike takde pendirian tetap. Mike baru hilang seorang pelayar. Teman sanjung orang yang tegas. Sayonara.
amin.
syabas, tuan. kerana dikurniakan orang sebegitu sebagai sahabat.
sebenarnya tuanlah yang beruntung.
moga-moga Allah akan kurniakan saya dengan sahabat yang begini juga.
Assalamualaikum Tuan,
Pada saya untuk tuan berhenti terus dari mengkritik Datuk Ibrahim ,saya rasa kurang tepat tetapi elok tuan terus kritik kerja tak betuk beliau tetapi kritikan yang sepadan dengan perbuatannya juga.
Itu cuma pandangan saya yang baru,apa-apa pun saya menghurmati keputusan tuan dalam hal ini.
ASKUM,
siapa yang telefon murai tu? sampai murai akurdengan saranannya?
apa pun saya masih meminati murai walupun tiada lagi cerita silentia itu.
Adakah tuan turut terpalit dengan tahi si salientia itu, maka tuan tidak berani untuk teruskan apa yang tuan lakukan selama ini?
Adakah tuan turut "dibeli", maka tuan ambil keputusan 360 darjah ini dalam masa beberapa jam sahaja?
Saya pasti tuan berselindung di sebalik tajuk posting tuan hari ini!!!!!
Saya kecewa dengan tuan bukan kerana saya suka tuan memburukkan si salientia tetapi si salientia itu memang patut diberi pengajaran sewajarnya!!! Ada tuan baca tajuk berita dalam Berita Harian? Orang hipokrit dan suka melabelkan orang sebagai munafik patut diajar secukup-cukupnya!
Salam Ustaz, secara peribadi sy tak bersetuju ustz berhenti dr mengritik brahim tu. Tugas penulis spt ustaz ni ialah menyampaikan kisah2 benar yg tak ada dlm media utama negara ini.
Menyatakan yg haq itu di tuntut dan jika ustaz berhenti disini maka tiada siapa yg akan tahu perangai buruk brahim. Tentu pengundi pasir mas akan kata brahim dah berubah baik sedangkan ustaz menyimpan segala keburukan brahim dlm laci yg hanya ustaz sj tahu kuncinya disimpan dimana.
Saya tak setuju ngan cara ustaz. Berhenti disini, itu tanda ustaz menderhakai prinsip ustaz sebagai seorang pencerita.
saya baru berusia 36tahun.20 tahun saya tidak menyukai ibrahim ali.angkuh,bongkak dan tidak sedar diri.
tidak pernah terlintas dihati ini utk menerima perjuangan Ibrahim Ali yang lebih kepada kepentingan peribadi.Gah pada kata-kata. Taubat kafir yang diucap atas pentas PAS bagaikan mainan dan orang seperti ini hendak diangkat martabatnya menjadi pemimpin.
Belum diacu dgn parang tajam tuan sudah tunduk pada seseorang sedangkan sejuta org sedia bersama tuan dalam senjata pena tuan.
apa makna perjuangan ?????
salam...
pada saya.. kalau kita kene bagi Ibrahim Ali kebebasan dia mengkritik, kenapa kita x boleh bagi enta kebebasan mengkritik? apa yg perlu diperbaiki adalah method kritikan itu...kritik dengan lebih berhikmah.. kalau xde org nak kritik dia xtau yg die tu salah!!
siapa yang telefon murai tu? sampai murai akurdengan saranannya?
siapa lagi kalau bukan.......... yang semua orang hormati.
askum
sya kagum dgn sikap Pak MSO.. Hormat pada kepada Pak Alim.. Sepatutnya Pak MSO kritik pada tempat yang sepatutnya dikritik. Saya harap Pak MSO jangan tak sentuh langsung tentang raja katak itu. Jangan jadikan raja katak itu maksum..
Apapun saya menghormati keputusan Pak MSO dan Pak alim..
Raja katak pun ada baiknya tetapi banyak buruknya..
cukuplah raja katak..
Ridhwan
mahasiswamenggugat.blogspot
Salam Bro MSO...
Bro MSO adalah seorang penulis. Menulis, mengulas dan mendedahkan apa jua masalah yang timbul samada ianya dari UBN atau PR adalah profesion yang Bro MSO ceburi.
Mengenai Brahim Ali memang agak rasa sedikit kecewa bila posting mengenainya ditarik balik. Hanya itu sahaja cara untuk kita menyedarkan beliau dari terus hanyut.
Apa pun saya menghormati keputusan yang Bro MSO buat..
Teruskan dengan tulisan tuan...
-NH Shah Alam-
Tuan..
Rasanya pagi ini Ibrahim Tobat Kapir tu akan tersenyum lebar bila baca artikel terakhir tuan yang enggan menulis lagi tentang kebobrokkannya.
Percayalah...dia akan jaja sana sini akan kejayaannya menutup mulut tuan MSO.
salam semua,
orang lain yang kena kritik orang yang lain pula terasa. itulah sikap orang yang tidak dapat menerima pandangan orang lain. imam empat mazhab pun boleh menerima pandangan orang lain. berhujah bukan mengikut perasaan semata tetapi mesti ada ilmiahnya. penulisan yang benar adalah satu perjuangan. tuan murai tak perlu putus asa.
TUAN
1. Harap sesangat tuan meneruskan perbicaraan tuan tentang si Brahim ni seperti biasa kerana tuan rapat dengan beliau dan mengetahui dari A sampai Z.
2. Cuma yang paling penting adalah membezakan KRITIKAN dengan PENGHINAAN, persoalan PRIBADI dan PERJUANGAN.
3. Jika perjuangan si Brahim ini tuan rasakan tidak betul, kritik, kritik terus, tolong jangan berhenti.
Apabila bercakap pasal Ibrahim Ali, saya teringat tahun 1977. Tahun itu merupakan tahun akir di Maktab, dan merupakan tahun peperiksaan MCE (Malaysian Certificate of Examination).
Sepanjang di Maktap ada juga di antara kami yang panjat pagar Maktab untuk pegi dengar Kuliah Suboh Nik Aziz sekali sekala.
1977, kalu tak salah ingatan saya, juga adalah tahun Ibrahim Ali keluar dari tahanan ISA Kemunting. Dia juga lah kuat berkempen untuk Anwar Berahim, masa itu Presiden ABIM, untuk di bebaskan dari tahanan ISA.
Kami dapat pujuk pengetua Maktab untuk pinjam bas supaya dapat pegi dengar ceramah Ibrahim Ali di Kota Bharu. Beliau ada juga menulis sebuah buku hijau nipis dimana memberikan hujah supaya Anwar Berahim dibebaskan.
Sekarang masing2 berada di persimpangan yang berlainan. Demi Masa....
MRSM Kalae Chepo 66/73
Salam,
pemanggil hanya suruh tarik balik perkataan salentia jah...
hok buruk tetap kena tulis, hok baik pon kena tulis...
tu adat dunia siber...
dedah lagi mso..ambo nak tahu lagi pasal brehim nie..kalu buleh dedah barua brehim (ahli pas) tak payah sebut nama royat ore kawasan mana hok baham pitih brehim dulu, lobi nak jadi calon...
pasal calon nie ramai tak puas hati,tapi kami redha dgn keputusan TGNA dan pas negeri...
bilo timbul kes gini , dedah belako ...sapo yg ada agenda pribadi tak buleh duduk dalam jemaah.
sekian
Saudara MSO... saya tidak tahu la siapa yg telefon saudara. Tetapi pada pandangan saya teruskan mengkritik Ibrahim Ali bukan atas atas hal peribadi tapi sifat nya sebagai ahli politik. Saya juga harap jangan ditarik semua artikel berkenaan sang katak tersebut.
Anta benar dan tidak salah pun kerana mengkritik sang katak kerana anta kan seorang wartawan politik. Sesiapa pun boleh anta kritik syaratnya hujjah itu ada sandarannya.
Bahkan Tok Guru pun anta pernah kritik..apakah Tok Guru pun ada masalah peribadi dengan anta?
Jadi saya harap teruskan mengkritik Sang Katak kerana pada saya dia memang tidak ada maruah dari segi politik. Tengok sahaja bahasa2 yang digunakan di Parlimen ke atas "barisan sahabat".
Maaf cakap, Sang Katak pada saya bukan hebat dalam politik tetapi Gedebe. Tak ada pun saya nampak kebaikan yang dibawa untuk rakyat atau Islam. Kerja dia menyindir Anwar... Kerja dia memuji BN.... Kerja dia cari pasal dengan rakan2 dalam Pakatan. Langsung tak dikenang jasa PAS yang memungkinkan dia berada di Parlimen dengan izin Allah. Malah dia nampaknya lebih cintakan kawan2 dari UMNO dan lupa apa yang UMNO telah buat kepadanya. Saya tak heran bangsa macam ni. Sedangkan dialah orang yang pernah mengatakan untuk KENCING kubur MAHATHIR, tetapi hari ni saya fikir tidak ada seorang manusia pun yang paling memuja Mahathir kalau bukan Sang Katak ini.
Jadi Saudara MSO... jangan rasa bersalah mengkritik orang yang tidak ada maruah ini... maaf cakap, tengok muka pun dah tahu dalam hatinya.
Tuan lebih maklum daripada kami yang membaca. Tuanpun tidak rugi. Kami pun tidak rugi. Yang rugi, pemimpin seperti Ibrahim Ali.
Salam saudara MSO... sape telefon saudara? Tapi bila saudara katakan orang yang saudara hormati kerana keperibadian, wibawa serta ilmunya entah kenapa saya terlintas TGNA.. Mungkin saya silap..Saya setuju dengan sahabat saudara yang telefon itu.. sama2 la kita bermuhasabah diri masing2.. Mungkin sahabat saudara itu tidak mahu saudara mengeruhkan situasi yang semakin keruh. Mungkin juga masih ada ruang untuk menjernihkan situasi yang keruh ini dengan menulis secara positif dan tidak merugikan parti.
Sdr T, enta jangan berhenti menulis menilai perkara yg benar dan mehukan kebenaran...kan itu etika mu'min dan wartawan...
Cuma buang gelaran '........' tu.
Lagipun org alim tu sebut hal gelaran saja..enta cuma tasybih...oklah taksah guna lagi...tapi teruskan tulisan 'tinta merah' spt biasa.. tak kira siapa..
ana ikram dn tabi pada sahabat entan dan enta..wassalam.tretions
Post a Comment