Wednesday, February 25, 2009

Laporan Lewat

SPRM Dihadiahkan Lembu

HARI ini satu lagi sejarah negara ini dicatat apabila seekor lembu jantan ikut sama dibawa ke pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Shah Alam, Selangor semasa 20 laporan semula rasuah membabitkan bekas Menteri Besar Selangor, Mohammad Khir Toyo dibuat.

Khir dikatakan melakukan pelbagai jenis rasuah dalam tempoh beliau menjadi MB dari tahun 2000 hingga 2008. Laporan itu pernah dibuat sejak bertahun lalu tetapi tidak disiasat!

Kehadiran lembu berkenan sebagai simbolik protes Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang tidak berpuas hati dengan tindak tanduk SPRM yang berat sebelah dan tidak profesional dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka.

Sikap SPRM itu dirujuk kepada telatah ketuanya, Ahmad Said Hamdan yang membuat kenyataan terbuka mengenai Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim yang disiasat SPRM. Kenyataan Ahmad Said itu seolah-olah mahu mencemarkan imej Khalid.

Ahmad Said dalam kenyataan di Pulau Pinang minggu lalu mendedah yang pihaknya ada bukti kukuh untuk mendakwa Khalid Ibrahim. Beliau sepatutnya tidak membuat kenyataan itu kerana soal butiran siasatan adalah rahsia.

Kenyataan Ahmad Said itu dikira melampau dan tidak adil kerana siasatan ke atas Khalid masih belum selesai.

Sempena laporan itu juga satu himpunan yang dinamakan "Semangat 46 Lembu" diadakan di perkarangan pejabat SPRM di Wisma Masalam.

Tidak dapat disahkan apakah lembu berkenaan yang dihadiahkan kepada SPRM itu diterima oleh wakil SPRM atau pun wakil Ahmad Said.

Laporan yang dibuat oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar itu disertai kira-kira 100 penyokong dan dikawal rapi oleh pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam pada itu Shamsul Iskandar diminta hadir ke pejabat SPRM Rabu depan berhubung laporan semula 20 rasuah ke atas Khir Toyo itu. [wm.kl 10:45 pm 25/02/09]

3 comments:

dzimba said...

Akum Bro MSO

saya pening dah tengok politik kat malaysia kita ni. Apakah suasana begini yang dimanakan demokrasi dan apakah suasana begini yang akan menjaminkan kita hidup bahagia didunia dan akhirat. apakah suasana ini yang akan menjadi negara kita cemerlang, gemilang dan terbilang. Apakah suasana begitu akan boleh kita wariskan untuk kebanggaan anak cucu kita.
Saya yakin sebagai orang melayu dan islam khususnya banyak lagi hal hal yang lebih penting untuk kita perjuangkan bukan hanya soal remeh temeh politik semata mata.

Cuba saudara bayangkan betapa lemahnya kita terutama orang islam sekarang ini dalam soal menentang yahudi(satu contoh saja). Kalau dulu kita boleh boikot barang dan kesannya amat kuat, Tapi sekarang barang yahudi sudah ada hubungkait dgn orang islam, bermakna kalau boikot pun yang sakit pun kita juga. Dan waktu yang sama TV utama di Malaysia masih mengiklankan makanan dan barang2 yahudi, kenapa semua ini terjadi adalah soal ekonomi (tajaan ada wang), Jadi apa saja yang dilakukan adalah bercorak luaran sahaja. Akhirnya masyatakat melayu dan islam khususnya berada dalam keadaan keimanan yang paling bawah yaitu tegur sahaja dalam hati.

Tapi waktu yang sama orang islam seluruh dunia masih sibuk soal berebut kuasa dan politik sebab itu la kita makin lemah dan lemah.

banyak yang anta ingin nyatakan tapi lebih elok lah kalau boleh bersembang sambil minum kopi dan menghisap sebatang rokok.

insyallah jumpa lagi

wassalam
ambo

Anonymous said...

Salam MSO,

bingong dan malu...pada dunia luar dengan stuasi politik kini yang mana undang-undang hanya untuk rakyat dan pemimpin umno/BN bebas melakukan apa saja seolah-olah kebal dari segi undang-undang...

Shamsul
umur 37 dari johor.

Anonymous said...

salam bro,

adakah lembu tahu dan faham tentang kekalutan yang berlaku? isu lembu2 korban yg digegerkan akhirnya akan membongkar kisah manusia2 bersifat hewan. ts khalid tidak menjangka hadiah lembu korban itu akan menjela panjang... akan mengorbankan manusia2 pulak!
kerana lembu emas di zaman nabi Allah musa a.s, bani israel jadi syirik besar. hingga kini masih adalagi agama yg menyembah dan amat menghormati hewan lembu...di US ada cowboy...satu2 hewan terpilih disebut dalam kitab suci al-Quran ialah Al-Baqarah, lembu betina...dalam peribahasa melayu 'lembu punya susu, sapi punya nama'.. di kalangan org2 cina ada 'tahun lembu'...
..di kalangan org2 melayu tahun 2009..kisah lembu diheret dan dihadiahkan kepada SPRM.. simboliknya siapa lembu dan siapa yang menyucuk hidungnya?