Sunday, February 22, 2009

Pergolakan Kecil

Kenapa Zulkefli Lepas Semua Jawatan Kerajaan?

MAKLUMAT dari Kota Bharu mengatakan Adun Pulau Chondong, Zulkefli Mamat (foto) telah melepas semua jawatan yang dipegangnya dalam kerajaan. Jawatan-jawatan itu ialah selaku Timbalan Pengerusi Kira-kira Awam (PAC), ahli jawatankuasa Perlancungan, Kebudayaan dan Perpaduan Masyarakat, ahli jawatankuasa Pertanian dan Indsutri Desa dan beberapa jawatan yang lain.

Katanya, Zulkefli telah melepaskan jawatan itu dua minggu lalu. Bagaimana pun Menteri Besar Nik Abdul Aziz Nik Mat dikatakan tidak menerima perletakan jawatan berkenaan.

Punca kenapa Zulkfeli dikatakan melepaskan semua jawatan itu ialah ekoran ura-ura beliau akan digugurkan sebagai Pengerusi Kompleks Perkayuan Kelantan (KPK) Sdn. Bhd.

KPK merupakan sebuah syarikat yang bergiat cergas mengeluarkan produk kayu yang berkualiti yang diperolehi dari hutan yang diurus secara terancang dan sistematik berdasarkan sistem "Pengurusan Hutan Berkekalan".

Selain itu KPK juga melaksanakan aktiviti pemeliharaan hutan untuk kepentingan dan faedah bagi generasi akan datang.

Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1970 dengan modal berbayar sebanyak RM20 juta. KPK juga menguruskan beberapa buah kilang papan dan yang terbesar terletak di Dabong.

Alasan untuk mengugurkan Zulkefli ialah dikatakan kerana tindakannya memindahkan pejabat KPK dari Kota Bharu ke Jelawang atas alasan untuk memudahkan urusan pentadbiran kilang papan yang terdapat di situ. Langkah proaktif beliau itu katanya kurang disenangi oleh pihak tertentu yang berminat untuk mengawal syarikat berkenaan yang merupakan slaah satu sumber kewangan negeri Kelantan.

Exco Penerangan, Pendidikan, Sains dan Teknologi Mohd Amar Nik Abdullah disebut-sebut akan diletakkan di tempat Zulkefli itu.

Perkembangan ini satu berita menarik dari Kota Bharu ia merupakan isu dalaman terbaru yang ada kaitan dengan perebutan kuasa dalam kerajaan Kelantan ketika ini. Isu ini masih lagi belum terdedah kepada umum dan usaha telah dilakukan pihak tertentu untuk memujuk Zulkfeli agar terus memegang jawatan berkenaan.

Siasatan terperinci sedang dijalankan dan ianya akan didedahkan dalam blog ini sebaik perkembangan selanjutnya diperoelehi. [wm.kl 10:00 pm 22/02/09]

8 comments:

Wan Naza said...

saya rasa mesti MSO nak cakap Husam lagi yang cuba control duit kerajaan, nak rampas kuasa ker...

Anonymous said...

eh eh...MSO tak kate ape pun...knp perlu melatah? kalu tak buat, tak perlu melatah...

SH said...

nik Amar dengan Zulkifli ada hubungan baik kerana mereka Biras. Tapi kalau Husam, I dont know!

Yang saya tahu, muka husam lebih banyak di papan iklan di Kelantan berbanding Tok Guru. Giler Kuasa? saya tak kata lagi...

Tapi tengok sikit lagi, saya nak kata jugak!

Rintihan Rakyat said...

Saya pernah berurusan dengan Husam musa. Saya tidak lupa jasanya membantu rakyat miskin.

Ada satu perangai Husam.. Bila dia tersepit, dia akan cari orang untuk membantu. Tapi bila dah dapat, dia akan diam.

Pernah dulu waktu beliau dipindah dari DUN Kijang ke Dun Salor. Dia minta tolong untuk cari-carikan kawan yang berada di salor supaya mengundi beliau. Tapi bila menang, SMS & Call kita pun tak dijawabnya... Mungkin ada peribahasa untuk peristiwa ini. tapi tak tergamak untuk saya tulis. (Ibarat melepas.........)tuan/puan sambung lah sendiri.

-Rintihan Rakyat-

Anonymous said...

satu lagi komplot Haji Husam untuk menjatuhkan puak-puak yang boleh mencabar beliau..YB Zulkifli dilihat rapat dgn Nik Amar yang jadi pencabar Husam untuk jadi MB..Husam memang tak suka YB Zul sejak dari dulu lagi walaupun YB Zul terkenal sbg exco yang kerja kuat dan banyak program-program baru yang kreatif dan melawan arus pimpinan yang sukakan ikut arus...

Hero said...

saya tak tahu dengan jelas pasal isu ni.. tapi saya pernah menerima kedatangan YB Zul ke rumah bersama sepupu (YB di kelantan jugak). masa tu tahun 2001. diorang ada urusan di KL tapi curi2 masa dtg ziarah famili kami. masa tu saya baru 2 bulan kawin. YB Zul dan YB sorang lagi ni "tong-tong" kongsi duit beli hadiah. saya takkan lupa, insyaAllah. walaupun baru kenal masa tu tapi rasa macam mesra sangat. dapat berbual2 lama dengan beliau. beberapa tahun sebelum tu saya pernah terserempak dengan dia tapi tak bersembang. masa tu kenduri kawin adik saya di pengkalan chepa (adik kawin org situ). YB Zul datang dengan sepupu tadi. elok je duduk2 makan sama-sama dengan orang lain. tak perlu layan istimewa pun. makanlah macam org lain makan. tapi YB kat kelantan pada masa tu mmg ramai yg macam tu, mesra rakyat dan zuhud. sekarang, saya no komen. kesimpulannya, pada hemat saya, YB Zul ni memang baik orangnya. alim pun alim. sayanglah kalau orang macam ni dianiaya. tengoklah betapa "sayangnya" dia kepada dunia. mudah2 ajer dia resign. apa nak kisah? tapi rakyat kisah, YB. harap maklum (kalau baca ler..)

Anonymous said...

YB Zul yg saya kenal adalah seorg yg amat sederhana tetapi punya idea yg kritis. Apa yg saya dgr dari mulutnya, biasanya perkara baru dan fikirannya ttg sesuatu tidak sama dgn fikiran kebykan. Agaknya sebab latarbelakangnya serta akademik beliau.
Saya sudah tidak bersua dgn beliau lebih 10 tahun tetapi ada ikuti ceramah2 beliau.

sewaktu beliau baru bertanding dalam pilihanraya dan menang, terlintas juga dlm fikiran saya ini kemampuan beliau akan menjadi seorang MB pada masa depan.

Ustaz Nik Amar, bagi saya seorang yang dalam fikirannya. Lihat pada buah fikiran dan kilasan yang beliau lontarkan. Latarbelakang keagamaan dan pengajiannya adalah satu kelebihan beliau yang saya kira beliau manfaatkan dengan baik kepada rakyat.

Alangkah sayangnya jika mereka ditewaskan dengan tangan-tangan yang tidak bertanggungjawab. Bagaimanapun saya percaya terhadap Allah taala yang Maha 'Incharge' dalam serba-serbi akan mengatur semuanya dengan baik.

Anonymous said...

Ada lebih baiknya membuat teguran membina dan boleh menyelamatkan keadaan tidak baik (jika ada). kita kena ada adab ikhtilaf cara Islam bukan cara ikut nafsu atau berkepentingan.

Segala nawaitu dan amaln kita tersorok atau terang2 semua Allah tahu. Masih tak cukup tarbiyahkah kita dengan usrah, kuliah dan ceramah selama berada dalam jemaah Pas? mengapa mudah meninggalkan Bukit Uhud sdr2? Syaitan manusia ada di mana2, namun di mana letaknya hati ketika membaca Surah An-Nass atau mengamal/menghayati bacaan surah 3 Qul???
Kita jangan mudah tertipu oleh waswas dari diri sendiri, dari jin dan dari manusiaa.. mohon Allah Ta'ala menyelamat, melindungi, memberkati dan merahmati perjuangan jemaah kita.