Monday, February 9, 2009

Mengenang Sejarah

Sudah Ada MB Enggan Letak Jawatan Di Perak Sebelum Ini

DALAM mencari penyelesaian perang tempoyak di Perak hari ini bukan boleh dilakukan dengan cara menegakkan benang basah atau pun secara ‘keras kin’. Sebaik-baiknya ialah merujuk kepada perundangan, perlembagaan dan juga adat istiadat Melayu. Perisitwa atau kejadian lepas adalah paling afdal untuk dirujuk.

Semua pihak harus menyedari apa yang dilakukan Mohammad Nizar Jamaluddin dan Pakatan Rakyat mereka bukan tergilakan kepada jawatan MB yang dianggap sudah disamun secara penuh tektikal itu. Tetapi mereka hanya mahu menuntut keadilan. Itu saja.

Makanya penyeselaian secara berhemah dengan berpandukan kepada perlembagaan, kitab tatacara sesebuah negara. Jika perlembagaan sudah tidak dipakai, diletakkan di kaki dengan apa lagi hendak dijadikan panduan? Maka jadilah kita seperti haiwan; harimau, singa, ular tedong dan monyet. Mereka mana ada kitab tata cara hidup.

Mengenai pergolakan politik yang berlaku di Perak itu ada satu lagi versi atau cebisan sejarah lama boleh dijadikan panduan. Ianya dirasakan adil dan relevan kerana ia telah berlaku di negeri itu kira-kira 35 tahun lalu.

Kisah itu ialah mengenai apa yang menimpa ke atas bekas Menteri Besarnya, Tan Sri Mohamad Ghazali Jawi iaini bapak kepada Mohd Tajol Rosli pada tahun 1974. Apa yang berlaku ke atas Nizar hari ini senarionya sama walapun suasananya dan kondisinya berbeza.

Sultan Perak waktu itu, Sultan Idris Shah sudah tidak berkenan untuk melantik Ghazali Jawi untuk menjadi MB buat kali kedua (sambung selepas habis dua tahun). Bagaimana pun Ghazali tidak mahu melepaskan jawatan berkenaan dan kedegilan Ghazali itu menimbulkan masalah kepada Sultan Idris Shah.

Tindakan Ghazali itu menyebabkan Sultan tidak dapat berbuat apa-apa, kerana Perlembagaan Perak melarang baginda berbuat demikian. Apa yang menjadi alasan dan dipertikaikan Nizar kini itulah juga yang digunakan pakai oleh Ghazali untuk terus menjadi MB.

Pemuda Umno ketika itu memberi pandangan; “Sultan Perak mempunyai hak melantik dan berkenan seseorang memegang jawatan Menteri Besar, tetapi setelah dilantik dan diperkenankan, Sultan tidak ada hak mengikut Perlembagaan Negeri untuk memecat atau memerintahkan supaya meletakkan jawatan. Hak untuk memecat atau memerintahkan seseorang berhenti dari Menteri Besar, iala Presiden UMNO.”

Gara-gara keengganan Ghazali (foto) itu menyebabkan Sultan Idris murka dan bernazar baginda tidak akan mencukur janggut dan jambannya selagi Ghazali tidak berhenti menjadi MB.

Untuk beberapa ketika Sultan Idrsis tampil di khalayak dengan keadaan berjangut dan berjamban. Beliau benar-benar melaksanaan nazarnya, tidak mencukur janggut. Sehinggalah Ghazali Jawi berundur menjadi Menteri Besar baru baginda membersihkan mukanya.

Ghazali berhenti menjadi MB Perak bukan kerana kuasa sultan tetapi setelah beliau dinasihati oleh Presiden Umno ketika itu Hussein Onn menasihat agar Ghazali berbuat demikian. Atas nasihat Hussein Onn lah Ghazali membuat surat perletakan jawatan sebagai MB 1977.

Cuplikan kisah ini saya petik daripada buku biografi Tan Sri Ishak Tadin yang ditulis oleh penulis veteran Perak yang juga merupakan kawan rapat kepada Sultan Idrsis Shah, sdr Mokhtar Petah dan disedut daRI blog beliau;

Cuplikan itu seperti mana berikut:

DEWAN SANATE

Setelah tamat perkhidamatan di MAsir, Haji Mohd. Ghazali Jawi telah pulang ke tanah air dan dilantik sebagai ahli Dewan Sanat - senator. Dia telah memegang jawatan Menteri Muda Pembangunan Luar Bandar dan Setiausaha Agung UMNO.

Pada pilihan raya 1964 beliau telah menang merebut kerusi Dewan Rakyat (Kuala Kangsar) dan dilantik memegan jawatan Menteri Tanah dan Galian. Kemudian dia memegang jawatan Menteri Pertanian dan Perikanan.

Sultan Idris Shah telah tidak berkenan melantih Haji Ghazali Jawi sebagasi Menteri Besar Perak kerana pada masa dia memengang jawan Menteri Besar pertama, pada tahun 1960 dia telah ditangkap oleh polis atas tuduhan melakukan rasuah.

ARAB BERSATU

Kes Haji Ghazali itu digantung dengan kehendak Perdana Menteri. Dia telah dihantar ke Republik Arab Bersatu. Pada masa itu Sultan Idris Shah masih Raja Di Hilir Perak.
UMNO Negeri Perak telah menjadi dua golongan. Satu golongan di sebelah bekas Menteri Besar, Haji Kamaruddin dan memihak kepada Sultan Perak. Manakala pihak yang lain memihak kepada Haji Ghazali Jawi dan menentang Sultan Perak.

Kalangan UMNO yang menyebelahi Haji Kamaruddin Haji Mat isa, di antaranya anggota-anggota Pemuda UMNO negeri, Abu Bakar Ashaari dan Abdullah Haji Mohamad.

MENJADI PERUNDING

Mereka disebelah Haji Ghazali Jawi terdiri dari ahli-ahi Dewan Negeri Perak, di antaranya, Hisan Ibrahim, Shafie Mat Saman, Masu’ud bin Untoi dan Ismail Abdul Rauf, Dato’ Abdul Malik Ahmad, Dato’ Seri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, Perdana Menteri, Tun Abdul Razak yang mahu krisis antara UMNO dengan Sultan Perak itu mencapai penyelesaian segera, Allahyarham telah menggunakan Ishak Tadin menjadi ‘perunding’ antara Saultan Idris dengan Haji Ghazali Jawi.

Ishak Tadin telah menggunakan kebijaksanaan dan diplomasinya memujuk Sultan Idris Shah. Pada satu malam beliau telah (berkata – MSO) kepada Baginda, bahawa Perdana Menteri, Tun Abdul Razak memohon Baginda melantik Haji Ghazali Jawi ke jawatan Menteri Besar dengan bersyarat, iaitu untuk selama dua tahun sahaja. Kemudian Baginda boleh melantik ahli Dewan Undangan Negeri yang lain sebagai Menteri Besar Perak.

MENGANGKAT SUMPAH
Sultan Idris yang yakin akan kejujuran Ishak Tadin sebagai pegawai tinggi kerajaan negeri, telah bersetuju dengan syarat itu dan baginda berkenan melantik Haji Ghazali Jawi untuk memegng jawatan Menteri Besar Perak.

Pada 4 September 1974, Haji Ghazali Jawi telah mengangkat sumpah memegang jawatan Menteri Besar, di hadapan Sultan Idris Shah, dalam Balai Rong, Istana Iskandariah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar.

Dua hari kemudian, Sultan Idris Shah telah memanggil saya mengadap Baginda, di Istana Tambon, Ipoh. Dalam pertemuan saya dengan Baginda itu, saya telah memaklumkan kepada Baginda, bahawa dalam Perlembagaan negeri Perak tidak termaktub yang Sultan boleh melantik seseorang menjadi Menteri Besar selama dua tahun.

PARTI POLITIK

“ Kalau Tuanku melantik seseorang ahli Dewan Negeri Perak menjdi Menteri Besar, maka jawatan itu kekal kepada orang itu sehingga pilihan raya umum akan datang, iaitu kira-kira empat atau lima tahun,” kata saya kepada Baginda.

Saya melihat wajah baginda membayangkan perasaan sesal baginda melantik Haji Ghazali Jawi sebagai Menteri Besar Perak.

Kemudian saya memohon Baginda bersabar kerana untuk mengelakkan dari berlaku krisis antara parti politik yang memerintah dengan Istana. Baginda telah setuju.

MENYIMPAN JANGGUT

Setelah cukup tempoh dua tahun Haji Ghazali Jawi memegang jawatan Menteri Besar, dia tidak mengundurkan diri dari kerusinya. Sultan Idris Shah telah menimbulkan perkara itu dalam beberapa dari titah Baginda kepada orang ramai.

Haji Ghazali Jawi dan beberapa orang anggota UMNO Perak telah menyanggah titah Sultan Idris Shah dengan berkata, “Tidak ada dalam perlembagaan Negeri Perak Sultan melantik seorang ahli Dewan Undangan Negeri sebagai Menteri Besar selama dua tahun.”

Semenjak itu krisis antara UMNO dengan Sultan Idris Shah berlarutan, sehingga tahun 1977. Sultan Idris telah mengadakan nazar di Pulau Pangkor, iaitu selagi Haji Ghazali Jawi tidak meletakkan jawatannya, Baginda akan terus menyimpan janggut, jambang dan misai dan tidak akan menanda-tangani sebarang surat Majlis Mesyurat Kerajaan (EXCO) Negeri Perak.
BURUK SANGKA

Selama kira-kira dua tahun Sultan Idris Shah tidak bekerjasama dengan Menteri Besar dan tidak memperkenankan sebarang keputusan mesyuarat Exco Negeri Perak. Banyak rancangan kerajaan, terutama berhubungan dengan kelulusan dan pembangunan tanah menjadi tergendala.

Haji Ghazali Jawi terpaksa meninggalkan jawatannya kerana diberhentikan oleh Presiden UMNO – BN dan Perdana Menteri, Tun Hussein Onn pada tahun 1977. Sultan Idris Shah kemudiannya telah melantik Datok Sri Haji Wan Mohamed bin Haji Wan Teh, ahli Dewan Negeri (berunding dengan pihak ibu pejabat polis, di Kuala Lumpur mengenai kes tersebut. Kes itu telah diganntung atau dimansuhkan. Akhirnya Haji Ghazali Jawi telah meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Perak. Beliau lantik sebagai duta Persekutuan Tanah Melayu ke Republik Arab Bersatu, Masir.

Kata Mokhtar mereka yang tidak mengetahui catatan sejarah atau melupakan sejarah Negeri Perak menuduh Ir. Nizar Jamaluddin menderhaka kepada Sultan. Tetapi mereka yang peka dengan sejarah amat berhati-hati menuduH demikian, kerana ada kilat dan silaunya, ‘kata dulang paku sepih’. [wm.kl 11:45 am 09/02/09]

12 comments:

Anonymous said...

Uncle MSO
Saya amat tertarik dengan rencana ini. Syukur alhamdulillah Uncle MSO sudi menyiarkan rencana yang telah menjadi sejarah ini. Saya teringat seorang kenalan saya pernah bercerita mengenai al-Quran dan kait rapat mengenai sejarah. Dalam al-Quran boleh dikatakan terbahagi kepada 3,
1) dalam al-quran ada unsur sejarah iaitu kisah2 nabi2 terdahulu sebelum nabi, ia bagaikan motivasi buat nabi agar bersabar dalam berdakwah.
2) ada juga peristiwa yang sedang berlansung (pada zaman nabi) di mana Allah turut menyertakan hukum2 untuk dijadikan panduan bagi kaum muslimin.
3) ada juga menceritakan kisah2 yang akan berlaku contohnya hari kiamat.

Komen saya, saya sememangnya terkesan dengan apa yang menimpa pakatan rakyat di Perak, khususnya YB DS Ir Nizar. Mendengar personaliti beliau selaku MB Perak sebenarnya meningkatkan semangat saya untuk menjadi insan yang hebat seperti beliau, bukan sahaja bijak tetapi berbudi bahasa dan sabar dalam pelbagai hal. Saya harap kes di Perak diselesaikan dengan segera dan kemenangan berada di pihak Pakatan Rakyat.

Saya turut tertanya-tanya, mengapa ya proses perlantikan MB Dr Zamry terlalu tergesa-gesa. Hairan bukan?
Ida

Anonymous said...

Penceramah pimpinan Pakatan Rakyat kena ambil cerita ini dan khabarkan kepada rakyat. Biar rakyat tahu akan sejarah MB UMNO yang tidak ikut titah sultan...

UMNO Juga derhaka kepada sultan...


-NH Shah Alam-

Anonymous said...

Tuan MSO

Sepatutnya rencana seperti ini diedarkan atau disalin semula dimana mana media atau blog untuk menerangkan bahawa telah ada peristiwa terdahulu yg melibatkan UMNO sendiri yg kalau dikatakan 'mohon sembah derhaka' kepada Sultan.

Namun seperti biasa sejarah seperti ini selalunya akan cuba untuk dilupakan supaya generasi baru tidak mengetahuinya.

Sejarah sebenarnya tidak pernah melupakan kita tetapi kita yg melupakan sejarah.

Malah banyak buku buku lama yg menceritakan atau mengisahkan hal tanahair yg saya sangat suka membaca.

Ada satu buku yg KDN haramkan katanya iaitu The Malayan Trilogy karangan Anthony Burgess tahun 1956 yg isi dalamnya sebijik menggambarkan Melayu, UMNO dan Sultan.

Setakat ini saya tak nampak mengapa buku ini diharamkan atau barangkali isinya terlalu pedih untuk ditelan pemerintah.

Raden

Anonymous said...

Sdr. MSO

Saya harap awak cetak dan terbitkan buku. Kerena Bangsawan dalam Politik Perak

ABD. HAMID SEMAN

Anonymous said...

rasenyer elok ler Sultan teman buat sesuatu yang di'perkenan' oleh rakyat jelata negeri baginda. Tu akan untungkan semua pihak.Kot baginda hanye 'perkenan' orang Melayu ramei sekeliling baginda pon hapah tak gune seposen jugak ... paseinyer 'mood' dan hati non-Malays nak kene jage jugak (sekarang deme mau ke PR tu gamaknyer DAP banyak menang kerusi Perak)dan membelakang Perlembagaan.

Anonymous said...

Maka kesimpulannya adalah apa ?. Bolehlah Ir Nizar mendurhaka ?.

Semata-mata kerana ada 'sunnah' yang pernah terukir dalam sejarah. Tidakkah selain dari 'sunnah yang tercela' itu ada sunnah yang hakiki. Dan sunnah yang hakiki tidak pernah mengizinkan durhaka walaupun Sang Raja membuat cela. Sang Raja bukan terpilih di peti undi.

Jika mahu terus durhaka, maka jika Sang Raja tak mahu melantik sesiapa sebagai Mamanda Menterinya atau sunnah Sang Raja yang lalu diulanginya, maka siapakah yang akan menderita ?.

Melayu sepatutnya bersandar kepada hikmah dalam adat dan Agamanya, seperti warisan sunnah para Ulama' terdahulu yang bijaksana, agar hormat orang lain tidak tercedera.

Anonymous said...

Nak dengar ulasan Pak Osman Abu Bakar(Presiden BBPM),Rezal Merican(Presiden GPMS), wakil2 PEKIDA, PPIM, Mahaguru Omar Din, Rafidah Aziz, Budak2 UMNO, Datuk Helmi, Hishamuddin Hussin tang isu penderhakaan MB TS Ghazali Jawi.

Terimakasih saudara kerana artikel ini. Moga ianya mencelikkan budak2 UMNO akan sejarah penderhakaan terhadap Raja2 Melayu. Rupa2nya UMNOlah pelopor dan sang juara penderhakaan kepada institusi Raja2 Melayu.

Apa versi jawapan Pak Osman bila penderhakaan ini dilakukan oleh MB UMNO. Dah tentu beliau sihat bugar masa itu dan ingat akan peristiwa ini. Jawab Pak Osman dan NGO2 pro-UMNO!!

Unknown said...

salam.
satu rencana yang bagus.berinformasi.terima kasih kerana sudi dimuatkann didalam blog ini.

namun saya ada pandangan tersendiri tentang Nizar.saya percaya dia seorang yang bijak.bukan calang-calang orang boleh dipilih untuk menjadi MB tetapi hakikatnya Nizar menjadi MB kerana perlembagaan.jikalau tidak dah lama dari kalangan DAP yang menjadi MB Perak.PAS cuma menang beberapa kerusi sahaja berbanding DAP di Perak.agak "awkward" apabila MB Perak dari kalangan PAS tapi kerusi banyak diperolehi dari DAP.namun kalau dipecahkan semua parti politik,UMNO sebenarnya yang paling banyak menang majoriti.

lagi satu,Nizar pernah berkata yang dia akan terima segala apa keputusan Sultan dan terlalu optimistik yang Sultan akan perkenankan permintaannya untuk membubarkan dewan DUN jesteru dilaksanakan pilihanraya.namun lain pulak jadinya.

ya,Sultan tiada kuasa memberhentikan MB tetapi "sendiri mahu ingatlah" :).

Anonymous said...

Apa pun harus diingat. Dahulu kita dimomokkan kalau derhaka sultan akan tulah dan sebagainya. Itu sebenarnya mitos semata mata. Hingga mengadap sultan sampai menyembah. Itu adat sahaja.

Apa yg kita pegang adalah Islam yg mengatasi semua ini.

Raja pun manusia macam kita. Ada buat salah dan lebih berat tanggungjawab kerana akan ditanya dari mana datangnya harta mereka dan dibelanjakan kemana dan apa tugas dia dimukabbumi.

Kat akhirat nanti tak kira siapa sama sahaja hanya takwa membezakannya.

Berhentilah dari khayalan mitos itu.

Raden

Anonymous said...

Tuan MSO dan pembaca sekalian,

Pada saya YB DS Ir Nizar seorang yg sangat sabar dan penuh hikmah. Jika diperhatikan, apa yg beliau inginkan hanyalah keadilan. Justeru beliau memutuskan untuk menyerahkan kuasa memilih kpd rakyat Perak; pembubaran DUN. W/pun macam-macam yg berlaku terhadap beliau, yg sy kagum sekalipun beliau tidak melenting menunjukkan ego dan mementingkan diri sendiri lagaknya seperti org gila kuasa (macam UMNO la..muka tak malu..dah org tak nak tu, dah2 laa..). Tindakan YB DS Ir Nizar penuh berhikmah. Apa yg difikirkan ialah untuk kepentingan rakyat semata-mata. Jika tidak, masakan boleh duduk semeja berunding dengan MB UMNO baru yg perasan tu. Apapun pd sy, kuasa MB masih milik YB DS Ir Nizar berdasarkan perlembagaan.

Aii pemimpin2 UMNO ni cakap saja berdegar2, takkan tu pn tak tahu..merendahkan level sendiri je. Hidung tak mancung, pipi tersorong-sorong!


-Nuril-

Anonymous said...

Memanipulasikan Kebodohan Rakyat dan Kisah Di Perak

Ketika menyaksikan majlis angkat sumpah Menteri Besar Perak yang ‘baru’ terfikir di kepala betapa mudahnya rakyat diperbodohkan. Diperbodohkan,didungu dan ditutup dengan ilmu-ilmu tatasusila politik dalam kontek kita mengagungkan kita adalah bangsa yang penuh beradab.Masyarakat kita sejak dulu lagi tidak didedahkan dengan sistem perundangan dan hak-hak tertentu sehinggakan jika kita hendak mempelajari jurusan undang-undang betapa mahal kos yang perlu dibayar.

Mungkin kita tergolong dalam masyarakat yang buta perundangan.Dan kita harus akui perundangan membentuk tatasusila sesuatu masyarakat.Seperti agama yang mewajibkan peraturan supaya mendidik dan mencegah dari kita terkeluar dari tatasusila.Mengimbas situasi di Perak,ke mana hilangnya tatasusila tersebut?

Untuk mengambil alih sesuatu tampuk pemerintahan, usul undi tidak percaya hendaklah dulu dipersetujui sebelum diusulkan kepada Sultan untuk menukar atau membubarkan kerajaan yang sedia ada.Seharusnya,Ketua Pembangkang (BN) hendaklah mengeluarkan kepada Menteri Besar dan Speaker Dewan untuk mengadakan sidang tergempar bagi tujuan ketidak kepercayaan kepimpinan.Jika majoriti ahli dewan bersetuju atas usul tersebut maka wajib diusulkan kepada Sultan sebagai payung negeri agar satu bentuk kerajaan baru dibentuk seperti makna sistem Raja Berpelembagaan.

Perkara ini tidak berlaku di negeri Perak. Hanya rakyat ditunjukkan di media arus perdana barisan Adun berpaling berada di belakang TPM dan mengatakan mereka meletakkan keyakinan kepada BN.Adakah kita dapat mendengar penerangan dari mereka?Kenapa kerana mereka berada di belakang kepimpinan BN sudah cukup mengatakan mereka menyelebahi dan majoriti sudah cukup sedangkan sesuatu sistem kerajaan hendaklah dimulakan dan ditamat dalam dewan (Dewan Mesyuarat Negeri @ Parlimen @ House) yang mulia.

Semuanya kerana perancangan yang licik dan keji yang tamakkan kuasa dan mengheret emosi rakyat untuk menyokong mereka.Mereka tahu akan perundangan kerana mereka orang terpilih dan terpelajar tetapi mereka mengambil kesempatan atas kebodohan dan kurang ambil tahu rakyat mereka.Mereka tahu jika dibawa usul undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, mereka pasti menang jika diambil kira barisan exco berpaling tersenyum di belakang mereka ketika TPM memberikan pengumuman.Tetapi mereka mahu lebih dari itu.Mereka orang bijak,mengambil kira emosi masyarakat PR yang pastinya marah dan kesempatan itu juga keberanian mereka untuk mengheret institusi raja yang pastinya akan memenangkan mereka lebih dari yang mereka mahu.Akhirnya PR dibelasah teruk kerana sang penguasa yang menguasai keseluruhan pancaindera di negara ini.Seperti perlawanan bolasepak,jika menang dengan hanya satu gol tidak memadai jika keseluruhan sistem perlawanan,pengadilan dan penonton telah dikuasai.

Sama-samalah kita fikirkan dan keluarkan dari kebodohan yang telah didoktrin.Kepada Adun dan MP PR juga buat anda jangan terlalu emosi sehinggakan mengadaikan maruah dan harapan pengundi anda. Tidak terfikirkah anda harga yang perlu dibayar oleh penyokong anda di bulan Mac dulu untuk mencuci kenderaan mereka akibat kesan menampal poster anda.

Meor Mohd Jamil Bin Zaiyan said...

Tulisan yg sgt baik admin