Monday, February 23, 2009

Susupan Petang

Alwi Harus Mengawal Mulut

BERNAMA dari Kota Bharu melaporkan, Ketua Penerangan Umno Kelantan, Alwi Che Amat mengatakan Umno Kelantan sedia menerima semula ahli Parlimen bebas Pasir Mas (Salentia) sekiranya dia ingin kembali ke pangkuan parti itu. Saya merasa lega kalau ini menjadi kenyataan kerana selepas ini Salentia akan ada kandang dan tidak akan merayau dan bertempik melolong di serata tempat lagi.

Persoalannya apakah semudah itu bagi Umno hendak menerima Salentia? Apakah Umno tidak jijik untuk menerimanya? Jika dilihat kepada amalan politik Umno tidak mustahil ia boleh menerima semula Salentia.

Di sini saya ingin menyinggung sedikit mengenai kapasiti Alwi untuk memberi jaminan itu. Bagi saya cara Alwi bercakap itu melampaui batas dari bidang kuasa yang beliau miliki.

Mengikut perlembagaan Umno mana-mana ahli partinya yang bertanding melawan calon BN ia secara automatik akan dipecat. Salentia tiga kali bertanding menentang calon BN, sekali dalam pilihan raya umum 2004, sekali dalam pilihan raya kecil Pengkalan Pasir dan terakhir dalam pilihan raya umum 2008. Dalam pilihan raya lalu Salentia pakai tikit Pas lagi.

Mungkin kerana Salentia seorang hero dan pahlawan Melayu Umno boleh memaafi dan menerimanya. Elok bagi Umno mengambil semula Salentia walaupun terpaksa melanggar peraturan dan perlembagaan parti. Bukankah politik Umno itu sendiri rubbish.

Bagaimana pun saya tidak fikir kalau Umno jadi semudah itu. Kenyataan Alwi itu adalah pandangan peribainya. Bukan ini saja Alwi bercakap mengatasi kuasa orang lain, sebelum ini juga beliau pernah mengkritik Naib Presidenya, Muhyiddin Yassin.

Pada saya, lebih baik Alwi menyelesaikan masalah Umno bahagian Ketereh dulu daripada cuba menyelesaikan masalah Salentia. Umno Ketereh masih belum selesai hingga hari ini. Misalnya kedudukan Sabre Shafei (foto) masih lagi terkontang kanting. Tidak sepatutnya Sabre dibiarkan kerana suatu hari nanti dia juga akan menjadi hantu raya. Masalah dihadapi Sabre dan kedudukannya dalam Umno Ketereh perlu diberi perhatian oleh Alwi.

Dalam pemilihan lalu Sabre tidak boleh bertanding sebagai Naib Ketua disebabkan hal-hal kurang cakap dan strategi yang dikatakan diatur oleh pihak tertentu. Hak ahli Umno Ketereh ditolak awal-awal sebelum tiba ke bilik perwakilan dan ini diaanggap tidak adil oleh Sabre menyebabkan Sabre ada menyimpan dendam tersendiri.

Alwi tidak boleh menggunakan kedudukannya sebagai Setiausa Politik Perdana Menteri untuk bertindak dan bercakap mengikut sedap mulut sahaja. Saya bimbang kalau beliau tidak menjaga mulutnya, kesan buruk akan menimpa dirinya satu hari nanti. Reputasi politiknya juga akan terjejas.

Alwi kena ingat di Ketereh selepas Annuar Musa, beliaulah pemimpin paling tinggi. Seharusnya dengan kedudukan itu beliau lebih berdiplomasi, jaga mulut dan bercakap tidak mengatasi pemimpin di atas dan lebih profesional. Disebabkan kedudukan Annuar semakin menurun seharusnya diguna sebaik mungkin Alwi untuk menunjukkan kemampuannya sebagai pemimpin masa depan.
Pandangan Alwi ke atas Salentia itu satu pandangan songsang dengan perlembagaan Umno. Jangan hanya kerana ingin mencipta rekod beliau sanggup dilihat sebagai tidak memahami hakikat perlembagaan.
Mungkin orang Ketereh bersetuju dengan cadangan itu tetapi bagaimana dengan Umno Pasir Mas? Sepatutnya sebelum mengulas mengenai kedudukan Salentia, Alwi kena pulangkan dulu masalah itu kepada Umno Pasir Mas. Cara Alwi bercakap itu telah merampas kuasa Umno Pasir Mas dan tentunya menyinggung ketua Umno Pasir Mas, Hanafi Mamat. [wm.kl 7:30 pm 23/02/09]

5 comments:

jab sp said...

Tuan Haji MSO,
Buat masa sekarang Ibrahim hanya akan jadi subang tembaga.Tak ada nilai satu sen bagi UBN.
Dalam bodoh sombong Ibrahim ini,dia pun ada perkiraan juga(mungkin).Harga tapak dia mungkin akan meningkat bila sampai masa dan ketika.Ini Tuan Haji tentu lebih paham,apa yang dimaksudkan masa dan ketika.

Anonymous said...

Assalamu 'alaikum,

THMSO,

Pada hemat saya, nampaknya IA ni dah agak berjaya menarik perhatian dan meletakkan posisi utk dirinya yg agak khusus dlm medan tempur politik kepartian negara.

Komen sdr jabsp tentang 'masa dan ketika'ada benarnya. Bila tiba masanya kita tengok, IA ni "jatuh ke mana jatuh, jatuh di persimpangan pat cabangan tiga!"

wassalam

Anonymous said...

Assalamulaikum...

tuan saya ingin betulkan sedikit kenyatan alwi kerana pada ketika kenyataan saya berada di situ untuk sama-sama melaporkan, alwi berkata, ia terletak kepada mt untuk menerima ibrahim atau tidak, beliau dan umno kelantan tidak mempunyai kuasa membuat keputusan tersebut.

bagaimanapun secara peribadi alwi melihat ibrahim lebih berperanan sebagai ahli parlimen bebas. kenyataan alwi semalam sebenarnya lebih berdiplomasi tetapi telah 'dispin' bernama.

dan selepas didesak oleh wartawan, alwi berkata, umno menerima sesiapa saja untuk menyertainya termasuk ibrahim tetapi mereka perlu memohon terlebih dahulu.

ini pendapat saya, bukan menyebelahi mana-mana pihak tetapi ini hakikat yang berlaku pada sidang akhbar tersebut.

Ab Razak Hj Ahmad said...

Nak join BN or UMNO tak susah. Orang yang ada court kes (rasuah termasuk rasuah seks - dah ngaku dah seks mcm sedekah) boleh diterima oleh BN regardless parti bebas or not.... inikan pula orang 'juruh' mcm Ibrahim Ali.

Baguslah IA.... Masuklah parti mana sekali pun and next PRU bertanding;lah atas tiket apa pun asal bukan tiket PAS. Baru orang tahu anda mempunyai 'kote'..
Ada berani ke...??

Anonymous said...

berjasa sudah, umno sudah, 46 sudah, umno baru sudah, pas (simbul bulan) PRU12 sudah....bebas sudah. mu nak gapa breheng. orang dah kenal asal usul mu...

ular oh ular mengapa kamu nak makan katak. sebab apa aku nak makan katak..memang ia makanan aku!

siapa 'ular' sebenarnya dalam hikayat ni?