Saturday, February 21, 2009

Ulasan Isu

Ahmad Said Tidak Berdiri Digaris Tengah?

HASRAT Abdullah Ahmad Badawi untuk meninggalkan satu legasi sebagai PM kepada negara mungkin tidak mencapai sasaran. Sebelum ini Abdullah beriya-iya mahu Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dibentangkan sebelum beliau berundur. Beliau mahu meninggalkan satu kenangan bermakna kepada negara.

Rakyat pun menaruh harapan tinggi atas hasrat murni Abdullah itu dan pembentangan SPRM di parlimen dialu-alukan. Harapan rakyat selepas ini SPRM benar-benar menjadi telus dan dapat membenteraskan gejala rasuah.

Tetapi dengan sikap berat sebelah dan amat tidak profesional Ketua Pesuruhjayanya, Ahmad Said Hamdan yang membuat ulasan berhubung kes membabitkan Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim semalam, segala harapan murni rakyat itu musnah sama sekali. Harapan rakyat hancur berkecai.

Kenyataan Ahmad semalam mencerminkan bahawa SPRM terang-terangan campur tangan untuk membantu pihak lain dan melayak pihak lain.

Semalam Ahmad memberi ulasan bahawa SPRM mempunyai bukti kukuh yang Khalid telah melakukan kesalahan dan perlu didakwa. Dari segi teknik katanya ia sudah jelas. Apakah maksud dan tujuan beliau membuat kenyataan berkenaan?

Apakah wajar sebagai sebuah suruhanjaya bebas beliau membuat kenyataan seperti itu. Apa yang dijelaskan oleh Ahmad Said semalam seolah-olah Kahlid terlah pun bersalah.

SPRM hanya membuat siasatan sahaja. Soal ianya ada bukti atau tidak itu bergantung atas pertimbangan peguam negara. Cara Ahmad Said mengulas isu Khalid semalam seolah-olah beliau cuba mempengaruhi pihak peguam negara supaya mendakwa Khalid. Dari persepsi umum kenyataan Ahmad Said itu telah menunjukkan Khalid telah pun bersalah.

Dengan tindakan tidak prtofesional dan berpihak itu ia tetap memberi impak. Kalaupun Khalid didapati benar menyalahgunakan kuasa berhubung dengan penggunaan kereta peribadi untuk urusan rasmi kerajaan dan pemberian lembu-lembu untuk dikorbankan itu ia akan dilihat sebagai satu hukuman yang dirancang lebih awal. Ini kerana belum apa-apa lagi SPRM sudah membuat kenyataan memberi gambaran yang Khalid bersalah. Cara itu juga sebagai prejudis.

Dalam pada itu Ahmad Said juga cuba hendak menunjukkan SPRM adil dalam mengambil tindakan. Beliau tidak boloeh berselindung dalam hal ini kerana semua orang tahu apa yang berlaku terhadap kes-kes yang melibatkan SPRM sebelum ini. Rasanya masih banyak kes yang lebih teruk dan kejam daripada didakwa ke atas Khalid itu masih belum diselesaikan ataupun dibuang begitu saja.

Apa atau bagaimanakah pandangan Ahmad Said terhadap kes ini. Kenapa beliau tidak mendesak dan meminta pihak pendakwa menyegerakan pendakwaan ke atas kes-kes ini?

Apakah Ahmad Said berani bersumpah "muhabalah" mengakui yang SPRM benar-benar telus, bebas dan tidak dipengaruhi oleh mana-mana individu berkuasa?

Pada saya lebih baik Ahamd Said lain kali diamkan saja dan tidak membuat ulasan-ulasan berhubung kes-kes yang ditangani oleh SPRM. Tugas SPRM hanya menangkap dan menyiasat dan membentangkan segala bukti di mahkamah, bukannya membuat ulasan yang memihak kepada mana-mana pihak. Beliau patut jaga dan pelihara integriti suruhanjaya berkenaan. Kalau SPRM juga hendak bertindak jadi pendakwa dan hakim ia adalah tidak professional lagi dan hilang ketelusannya.

Apapun rakyat jelata menanti apakah tindakan SPRM ke atas kes-kes yang lain yang melibatkan vvip yang berstatus berprofail tinggi yang pernah disebut bekas Menteri di-Jabatan Persana Menteri, Rais Yatim sebelum ini. Sudah dihumban ke luatkah fail-fail itu semua? Atau dibakar?

Kenapa Ahmad Said tidak berminat mengulas kes-kes berkenaan dan lebih ghairah untuk menyiasat kes melibatkan pihak pembangkang atau kerajaan Pakatan saja? Kes melibatlkan dua bekas Exco Perak Jamaluddin dan Mohd Osman itu sedang dinanti-nantikan oleh seluruh dunia. Saya yakin malaikat juga sedang menunggu penuh minat terhadap perkembangan kes ini. Ahmad Said kena sedar yang membayar gajinya bukan UBN, tetapi perbendaharaan negara.

Sekali lagi kegagalan SPRM menangani kes ini yang juga telah disebutkan sebagai mempunyai bukti kukuh menyebabkan orang tidak akan mempercayai kepada SPRM lagi dan akan menganggapnya tidak lebih sebagai tugasan seseorang pengawas di sekolah rendah kebangsaan saja.

Kalau jaminan kebebasan tidak boleh dilakukan, dan Ahmad Said sebagai ketua suruhanjaya itu tidak berani berlaku adil, maka diharap tutup dan bubarkan saja SPRM kerana ia menghabiskan wang rakyat jelata saja. Tindakan yang tidak profesional dan berintegrtitinya pula menjadikan orang yang sihat menjadi sakit akal.

Rakyat sebagi pembayar cukai tidak mahu wang mereka diberikan kepada mereka yang akan mengisi perut anak beranak mereka dengan bangkai! [jln ipoh kl 1: 40 pm 22/02/09]

14 comments:

asalbayu said...

Tahniah atas ulasan yang diberikan.

Sdr MSO,

Barangkali Ahmad Said tidak faham dengan Pelan Integriti Nasional (PIN) yang telah dilancarkan oleh PM pada 23.4.2004 di Putrajaya itu.

Kalau dia tidak faham, eloklah ikuti kursus di Institut Integriti Malaysia (IIM).

Sebaliknya, jika dia faham tetapi sengaja engkar, jalan yang sebaik-baiknya ialah letak jawatan saja.

PM juga sewajarnya jadi pengamal integriti ke arah mencapai matlamat cemerlang, gemilang dan terbilang.

Sekiranya tidak dapat berbuat demikian, sia-sia sajalah PIN dan IIM diwujudkan!

jab sp said...

Tuan Haji MSO
Ada kawan kawan kata BPR dan SPRM adalah badan yang sama,cuma tukar nama saja.Tetapi kalau nak dibagi merit BPR lebih baik daripada SPRM.Walaupun ketua sama,tapi Ketua SPRM semacam nak buktikan pada UBN,akulah manusia yang bolih UBN harapkan bagi menghapuskan pengaruh PR.
Apa yang perlu pemimpin PR lakukan sebagai tindakan terakhir dan buat kali terakhir,mohon perkenan untuk berjumpa dengan Yang Dipertuan Agong bagi menyembah sembah derhaka bahawa sebahagian rakyat terlalu amat kecewa dengan Ketua dan Pengerusi semua Suruhanjaya yang ternyata hampir kesemuanya adalah terdiri daripada mereka mereka yang tidak punya sifat berkecuali.Jika ini juga gagal,hanya Jalanraya sahaja yang ada.

kontraktorwibawa.blogspot.com said...

Tuan,

Setiap kali berita kejutan politik diletuskan dek pemain-pemainnya, saya terbayangkan kecukupan barang keperluan dapur di rumah.

Saya teringatkan jiran yang entah makan entahkan tidak, terkenangkan masa depan anak-anak yang tak dapat lagi di rancang seperti sebelumnya.

Malah, setiap malam tidur saya tak lena kerana banyak penjenayah berkeliaran akibat pihak polis disibukkan dengan isu-isu sensasi demi memuaskan serakah pemain politik.

Tidak berapa lama lagi saya akan dihidangkan pula dengan hiruk pikuk tiga buah bukit di dalam tiga buah negeri. Maka makin bertambahlah kebimbangan saya.

Tiga bukit itu pasti menentukan suka atau muak nya rakyat dengan politik. Lihat saje peratusan keluar mengundi / undi rosak nanti.

Tiga bukit itu juga yang akan menentukan di mana pilihan sebenar rakyat terbanyak antara retorik Ketuanan Melayu atau retorik Ketuanan Rakyat.

Anonymous said...

Sungguh memalukan seorang bangsa ku yang tidak punyai harga diri.
Elok lah Ahmad Said letak jawatan dari terus melakukan penginayaan bangsa. Buat lah ibadat mohon keampunan sebelum terlambat. Sekira nya tidak sanggup berlaku adil maka lebih baik letak jawatan.
Letak Jawatan wahai Ahmad Said. LETAK JAWATAN!!!!!!!!

Anonymous said...

salam tuan,

rasanya tak payah nak ulas tuan. SPRM dah jadi macam dulu BPR (Badan Pendengar Rasuah) dengar sahaja tapi tak ambil tindakan. wallahualam...

tok pengulu

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Saya cadangkan Pengerusi SPRM ini disiasat oleh SPRM kerana salah guna kuasa dan tidak amanah.

mat_terab said...

Bukan apa sebelum Ahamd Said Ni pencen awai-awai lagi dah bodek nak dapatkan kerusi ketua bahagian UMNO ka atau kerusi wakil Rakyat......
Nanti pencen tak la susah sangat nak dapat projek......harapkan duit pencen berapa sangat tak cukup makan.....

Anonymous said...

Tuan,

Pernah dengar cerita pilot Malaysia Airlines ditahan di Australia kerana membawa masuk bahan lucah?

AHMAD SHAUQI BIN AHMAD SAID (no. kakitangan: 1086993)

Mungkin Tuan boleh dapatkan maklumat siapa budak ini dan apakah hubungan beliau dengan Ahmad Said BPR ni. Kemudian, mungkin Tuan juga boleh tolong dapatkan maklumat mengapa dia tidak dikenakan sebarang tindakan disiplin.

Anonymous said...

Pada saya Ahmad Said adalah seorang melayu sejati kerana tahu mengenang budi dan jasa pada kerajaan Pak Lah. Manakan tidak cuba kita lihat semula anak siapa yang ditangkap di Australia kerana gambar prono budak kecil? Jawapannya tanya Ahmad Said? Tanya Ahmad Said siapa yang cover up?
Pendek kata dia cover aku aku cover dia, inilah dasar pemimpin yang diamalkan di bumi Malaysia ini.

affandi said...

salam tuan...
kadang2 tengok keadaan malaysia dah mcm crita hindustan dan tamil terutamanya crita era 90an bnyk berlaku salahguna kuasa dan rasuah...emmm apa nak dikata jika sang penguasa ingin kekalkan kuasa mcm2 diguna pakai(nasib baik bomba blum lg)
Semoga Allah swt sentiasa merahmati bumi bertuah nie dijauhkn bala bencana dan petaka..amin.

Anonymous said...

Kalau betul Ahmad Said terlibat dalam penyalahgunaan kuasa mempengaruhi majikan anaknya, Sykt Penerbangan Malaysia (MAS) untuk tidak mengambil tindakan tatatertib ke atas anaknya atas kesalahan jenayah yang dilakukan di Australia, maka siapakah akan mendakwa Ahmad Said atas kesalahan ini.

Takkan SPRM kerana imej SPRM sudah teruk dilacurkan oleh kerajaan BN. Polis?? takut hasil siasatannya ibarat menyapu sampah ke bawah karpet sepertimana yang berlaku kepada KP BPR sebelum ini.

SPRM/BPR ni hanya gah bila dapat membongkar kes2 kecil setaraf ikan bilis dan cekap bertindak apabila menyiasat aduan rasuah/ salahguna kuasa ahli politik PR.

Dulu Ahmad Said ni le yang bersuara mahu menyiasat takut2 berlaku unsur paksan, tawaran rasuah apabila Datuk Nasaruddin Hashim (ADUN BN-Bota) menyeberangi PKR. Alih2 bila 4 ADUN PR Perak(termasuk Datuk Nasaruddin tadi) menyeberang ke BN sehingga tumbangnya kerajaan PR Perak, senyap sunyi je Ahmad Said. Macam menghalalkan perkara ini walau pun ada pihak sudah membuat dakwaan bahawa bakal PM terlibat dalam merasuah 4 ADUN ini.

Hero said...

Ahmad Said nak tunggu apa lagi, letak jawatan tu dan masuk bertanding ajer laa.. dah alang2.. duduk dalam SPRM pun orang dah tak percaya dah.. sisa2 kredibiliti yg ada hari tu (kalau ada), dah pun musnah lenyap dek kenyataan bodoh sendiri.. padan muka.. kalau orang tanya "kenapa awak tak percaya dengan SPRM?".. jawablah, "Ahmad Said punya pasal la ni!"

Anonymous said...

kalau dah pakai cermin mata senget, maka apa yg dipandang menjadi senget.
kita selalu heran dengan peranan BPR/SPRM mudah benar menerkam dan membuat konklusi salah pada isu2 yg melibatkan parti pembangkang, sedang isu rasah n salahguna kuasa umno @ bn..lambat disiasat dan dibawa ke mahkamah...
sebelum membaca bicara bloggers terhadap di blog2 pun kami dari desa dah tahu persepsi demikian oleh Tok Mat Said... kami dah pun kata ...TokMat Said @ BPR sering juling dan bias...
apa nak jadi negaraku...