Pakatan Perlukan Antibodi Dan Mental Yang Kuat
SERANGAN ke atas Pakatan Rakyat nampaknya makin menjadi-jadi kini. Kejayaan rampasan kuasa di Perak telah memberi keyakinan dan semangat kepada Umno - BN (UBN) untuk terus menggerakan perang saraf mereka ke atas para penyokong Pakatan Rakyat bagi menguasai Selangor dan Kedah pula.
Kemalangan dan takdir berlaku di Perak benar-benar merujakan Pakatan. Perubahan ini jelas di mana Pakatan kini sudah bersikap defensif berbanding UBN yang lebih opensif.
Perang saraf ini juga telah mendapat sokongan padu daripada media massa penjilat buntut UBN. Walaupun sudah ramai yang tidak membaca dan mempercahayai, tetapi kerana ia sering kali dimain dan diputarkan sedikit sebanyak ia terpengaruh juga.
Berita-berita sensasi bersifat palsu dan khabar angin pun diperbesar-besarkan menerusi berbagai-bagai saluran canggih waktu ini. Walaupun sekaligus berita itu seakan menjelaskan kedudukan sebenar namun dari sudut lain ia memberi kesan yang baik. Berita-berita yang dihidangkan boleh menganggui pemikiran. Bagi mereka yang tidak ada imuniti minda akan menjadi sasar selepas membaca atau mendengarnya.
Berita-berita khabar angin itu menyebabklan timbul rasa kurang selesa di kalangan orang ramai terutamanya penyokong Pakatan Rakyat. Mulanya ia hanya dianggap main-main tetapi apabila kerap didengari dan diperkatakan menyebabkan orang mula terfikir akan kebenarannya. Apa lagi kalau apa yang dilaporkan itu ada asasnya atau bukti yang dilihat sendiri oleh orang ramai.
Misalnya berita mengenai kehilangan beberapa orang wakil rakyat seperti mana yang dilaporkan. Mereka yang tidak pernah melihat penampilan wakil rakyat berkenaan, atas apa sebab sekali pun akan mula membuat pemeriksaan ke atas berita berkenaan. Bila mana mereka sendiri menemui sedikit saja bukti, walaupun secara kebetulan ia akan mula terasak dan bersarang dalam kepala.
Berita kehilangan Adun itu atau pun perbalahan sesama sendiri dari kalangan pemimpin Pakatan adalah berita cukup menghibur waktu ini. Ada kebijaksanan dalam mencipta isu ini. Berita yang dikreat itu diminta ulasan dan pandangan dari mereka berautoriti. Bila orang berkuasa atau pemimpin membuat ulasan ia akan dilihat sebagai rasmi samada kebenaran atau sebaliknya.
Apabila pemimpin berautoriti turut sama bercakap menyebabkan orang awam mula berfikir ia kemungkinan benar dan tidak. Apa lagi beberapa penafian sebelum ini teryata meleset ia menyebabkan minda umum akan hampir mempercayainya.
Perbalahan sesama pemimpin Pakatan juga tidak elok waktu ini. Perbalahan itu mudah dan cepat diterjemahkan oleh media massa pembunuh itu yang akan memberi gambaran masalah dalam Pakatan. Contohnya perselisihan faham antara Karpal Singh dengan Anwar Ibrahim berhubung isu di Perak itu. Kejadian itu memberi kesan yang kurang menyenangkan dan serentak itu menggambarkan kelonggaran Pakatan.
Pemimpin Pakatan Rakyat mesti melakukan sesuatu membendung berita khabar angin ini. Ia bukan saja boleh menganggu konsentrasi rakyat tetapi lama kelamaan ia boleh melemahkan pemikiran dan semangat orang ramai.
Ada baiknya kalau pihak berautoriti tidak memberi apa-apa komen mengenai sesuatu yang bersifat khabar angin. Cara paling baik untuk membendung ini Pakatan perlu menampil kekuatan dan persepakatan mereka. Misalnya kalau diadakan apa-apa majlis semuanya hendaklah hadir. Zahirkan kekuatan melalui perpaduan di semua peringkat.
Suasana sekarang adalah suasan darurat. Apa-apapun boleh terjadi. Oleh kerana itu setiap wakil rakyat Pakatan Rakyat baik Adun atau parlimen perlu berhati-hati. Kalau perlu mereka juga hendaklah kurangkan sikit sikap keterbukaan mereka bercampur gaul dengan pemimpin UBN.
Selain itu penjelasan kepada penyokong juga perlu diberi dari masa ke semasa. Provokasi daripada pihak Pakatan hendaklah dihentikan. Apa-apa strategi tidak elok lagi untuk didedahkan kepada media massa. Apa yang jelaslah psywar BN lebih berkesan daripada psywar Pakatan Rakyat.
Mungkin satu himpunan besar-besar penyokong Pakatan Rakyat melibatkan tiga buah parti itu perlu diadakan dalam masa terdekat bagi menunjukkan kesepaduan dan kekuatannya. Tindakan bersendirian dan terpisah kalangan tiga buah parti itu rasanya tidak memberikan keselamatan kepada Pakatan sebalik akan merosakkan Pakatan.
Mungkin juga satu konvenyen memantapan kepimpinan di kalangan semua Adun-Adun dan ahli Parlimen Pakatan Rakyat boleh diadakan. Panggilan secara berperingkat mengikut negeri rasanya tidak berapa berkesan lagi kerana ia boleh ditafsirkan sebagai berblok-blok. Dalam konvensyen itu nanti bolehlah para wakil rakyat itu saling ingat mengingati dan saling menanamkan rasa kecintaan dan mabahah yang tinggi sesama mereka dalam mempertahankan maruah Pakatan rakyat demi menggapai kemenangan di masa mendatang.
Ahli-ahli Pakatan perlu disuntik dengan semangat dan antibodi yang kuat. Jiwa dan mentanl mereka perlu diperkuatkan. Sebagai Pakatan baru kekuatan dalaman kalangan ahli dan pemimpinnya ternyata masih belum wujud. Seandaiannya perkara ini diabaikan tidak mustahil kalau Pakatan akan meninggal sebelum ajalnya. [wm.kl. 11:00 am 12/02/09]
4 comments:
Pandangan yang dikemukakan oleh mso adalah pandangan yang kritis dan praktikal. Kerajaan Pas Kelantan telah membuktikan bahawa ia patut dilaksanakan untuk menunjukkan sokongan kepada pimpinan kerajaan PR. Kerajaan Kelantan pernah menghimpunkan penyokong parti sehingga memenuhi Stadium Sultan Muhammad IV suatu ketika dahulu.Aktiviti yang diadakan boleh dibincangkan bersama.
betul betul betul
media arus UBN skarang semakin melampau.. berpura jujur tapi penuh fitnah. saya minta pihak2 terbabit patut membuat saman fitnah pada tv dan akhbar.
Pada dasarnya PR sememangnya tidak sampai setahun jagung. Byk perkara perlu dimantapkan lagi. Spt sebuah perkahwinan yang baru didirikan, banyak onar durinya. BN telah menafaatkan kerapuhan ini sepenuhnya.
Tambahan Perak agak unik dari jumlah kerusi dan komposisi EXCO nya. Diharap PR di negeri lain dapat bertahan dan bersabar sesama sendiri utk mengukuhkan lagi kedudukan.
Ainur68.
Bertindak balas ketika kita tidak bersedia sepenuhnya akan menatijahkan kekalahan dan kerugian yang besar, biarlah Pakatan bertahan sambil memantapkan saf kepimpinan dan tarbiah/penerangan kepada ahlinya. Akan tiba masanya UBN akan lemah dan lumpuh dengan masalah dalamannya. Masa itulah Pakatan perlu bertindak dengan matang, berhemah menguasai suasana.
Post a Comment