Thursday, February 12, 2009

Susupan Petang

Hujan Sudah Mulai Teduh!

PERANG politik tempoyak - rampasan kuasa oleh UBN ke atas Pakatan sudah mulai mereda walaupun ia tidak mudah untuk berakhir. Hari ini Menteri Besar Rakyat, Mohamad Nizar Jamaluddin sudah membuat pengakuan akan membubarkan pusat pentadbiran sementara kerajaan Pakatan di kediaman rasmi MB di Jalan Hilir Ipoh digunakan sejek 4 Februari lalu.

Nizar berjanji akan mengosongkan kediaman itu dalam masa 10 hari lagi. Setiausaha Kerajaan Negeri juga telah menghantarkan surat supaya beliau mengosongkan kediaman berkenaan.

Sepuluh hari adalah masa yang sesuai untuk Nizar berbuat demikian. Untuk kemas barang dan juga mencari rumah baru. Khabarnya rumah baru beliau masih belum siap dan selama ini - sebelum jadi MB Nizar duduk di rumah sewa. Ada yang bercanda kenapa beliau lewat meninggalkan kediaman itu kerana ketiadaan rumah.

Kepada Zambry Abdul Kadir tak payahlah tergesa-gesa untuk duduk rumah kediaman rasmi itu. Biarlah Nizar kosongkan dengan baik. Serentak itu juga Nizar menjelaskan dia akan kembalikan 11 buah Camry yang baru dibeli itu kepada kerajaan negeri untuk kegunaan Exco baru.

Esok Nizar akan mefailkan saman di mahkamah meminta pengesahan apakah perlantikan Zambry sebagai MB itu sah atau tidak. Saman itu akan dilakukan di Putrajaya, dan bukan di Ipoh. Alasan kenapa ia difail di Putrajaya ialah untuk tidak memalukan hakim-hakim mahkamah tinggi dalam membuat keputusannya kelak.

Memahami penjelasan itu Nizar seolah percaya kalau kes itu difailkan di Ipoh menyebabkan hakim merasa kekok untuk membuat keputusan yang benar. Apakah benar tanggapan begitu?

Sekiranya juga hakim malu-malu dan merasa berat untuk menyatakan kebenaran kepada siapa lagi yang boleh diharapkan kebenaran? Kepada siapa?

Semoga selepas Nizar memfailkan kes nanti selepas ini tidak ada apa-apa kenyataan dan tindak balas lagi terhadap kerajaan baru Perak dan juga sultan. Semua diminta bersabar menunggu keputusan mahkamah.

Biarlah seratus tahun Nizar dan penyokong Pakatan kena tunggu. Lambat atau cepat ia tetap memberi makna tersendiri berhubung kes itu. Kalaupun ia akan didengarkan selepas pilihan raya ke -13 nanti, pun tidak mengapa. Tunggulah.

Kalau itu berlaku rakyat semua sudah tahu akan apa yang berlaku. Dengan melewatkan mengdengar kes itu juga merupakan sebahagian keputusan yang boleh diterima oleh rakyat sebagai kemenangan di pihaknya. Begitu juga kalau mahkamah menolak saman itu ia telah memberi pengertian dan kemenangan tersendiri.

Selepas esok Pakatan Rakyat kena tumpukan kepada pilihan raya kecil di Bukit Gantang dan Bukit Selembau. Hadapilah kedua pilihan raya itu bersungguh hati dan lupakan soal kerajaan yang telah terlepas itu. Biarlah Zambry bersama Exco dan para penasihatnya menguruskan negeri Perak. Asal kapas menjadi benang... dari benang dibuat baju...

Bila ada sidang DUN nanti, Adun Pakatan boleh ramai-ramai menyerang kerajaan Perak baru itu dengan penuh profesional sebagai anggota DUN. Hadapilkah mereka dengan seberapa banyak fakta dan hujah-hujah yang menggambarkan Pakatan Rakyat sebagai pembangkang yang hebat dan bertanggungjawab.

Pilihan raya kecil Bukit Gantang dan Bukit Selembau adalah penting bagi Pakatan. Kemenangan apa lagi dengan majoriti besar menjelaskan kekuatan dan penerimaan Pakatan oleh rakyat.

Walaupun kemenangan itu tidak akan menggugah dan menyebabkan UBN membuat epoligtik atas kesalahannya tidak mengapa, kerana sejarah tetap akan mencatat apa-apa saja gerak geri dan denyut nadi politik.

Pakatan mungkin gagal untuk berhadapan dengan hegomani UBN tetapi Pakatan menang dalam menawan hati rakyat seluruhnya. Horras! [wm.kl. 5:00 pm 12/02/09]

3 comments:

Unknown said...

Terasa amat kecewa sekali apabila para pemimpin PAS, DAP dan PKR gagal membayar kembali sokongan rakyat yang berjaya berpakat untuk memberi kuasa sehinggakan PR berjaya menguasai 5 buah negeri.

Tampak tanda penghargaan hanya setakat mengiktiraf sumbangan mereka dengan menamakan kerajaan Pakatan Rakyat. Malangnya dalam mengiktiraf rakyat mampu berpakat, kita gagal memanjangkan semangat ini ke peringkat pemimpin samada di bidang siasah mahu pun dalam melaksanakan tanggung jawab sebagai pemerintah.

Entah bila agaknya boleh dicapai kata sepakat agar dapat Pakatan Rakyat dibentuk dengan rasmi. Yakinlah kerana tiadanya kesepakatan ini menyebabkan semua permasalahan yang timbul hari ini. Di Perak baik pun Selangor jelas ketiga-tiga parti mempunyai agenda tersendiri dan lebih selesa menjalankan program pemerintahan masing-masing berasingan.

Kita perlu akui bahawa runtuhnya kerajaan PR di Perak akibat tiada kesepakatan di kalangan pemimpin DAP, PAS dan PKR dalam mentadbir negeri. Masing-masing dengan agenda sendiri. Kalau nampak kesepakatan itu hanya illusi untuk memberi gambaran bahawa kerajaan yang dibentuk kukuh sungguh pun DAP dari awal menentang perlantikan MB PAS. Hari ini bila kuasa yang ada hilang baru timbul kesepakatan di kalangan mereka.

Umum mengetahui DAP Perak giat menjalankan usaha untuk merampas kerusi MB daripada PAS dalam PRU13 nanti. Tetapi di Selangor perkara sebaliknya pula berlaku di mana PAS dengan agenda tersendiri memasang niat yang sama terhadap PKR.

Di tempat khusus di mana ADUNnya Melayu PKR, PAS berusaha memastikan sokongan Melayu tidak kepada PKR tetapi parti mereka. Pemimpin setempat PAS yang mana ada di kalangan mereka merupakan pegawai masjid dengan terang berusaha menghalang penubuhan cawangan PKR sungguh pun ADUN dan Ahli Parlimen dari parti PKR.

Berlaku pula dalam pemilihan pegawai masjid yang baru para penyokong pakatan sepakat menyokong pencalonan Ketua Cawangan PAS sebagai pengerusi masjid tetapi pula ada tempat di mana pemimpin Bahagian PKR tidak mendapat sokongan sehinggakan keluar kenyataan kalau dah tak ada orang biarlah orang UMNO terus memimpin.

Ini semua gara-gara masing-masing merasakan merekalah yang layak untuk meneraju kepimpinan negeri. DAP mahukan kerusi MB PAS di Perak. PAS pula mahukan kerusi MB PKR di Selangor.

Malang sungguh rakyat yang teguh berpakat bila mana pemimpin pula tidak. Apakah mampu kita memberikan mereka sebuah “Pakatan Pemimpin” setelah kita diberikan pakatan mereka.

Anak Dagang@Selangor

Anonymous said...

Nik aka Anak Dagang@Selangor,

knapa x dedahkan je nama kwsn mane kt sgor y Pas nk rmpas MB dr PKR tuh.

knp buat cerita mcm gosip artis..

bgtau lah direct, bia y berkenaan kene bejuta das tmbakan dr smua pnyokong PR..

bgtau jelah kt sini. kwsn mana, masjid mana, cawangan mana..

bia saudara MSO akan ulas n kaji dgn profesional..

boleh x bgtau?? jangan lah jadi mcm wartawan hiburan y penuh dgn gosip murahan....

Unknown said...

DukePezal,

Oleh kerana ulasan tersebut merujuk kepada para pemimpin dan bukan rakyat jelata lebih baik tidak dimaklumkan secara terperinci kawasan mana, masjid mana dan juga cawangan mana. Tidak mahu nanti berlaku tembak menembak di peringkat akar umbi menyebabkan retak pula pakatan rakyat. Apa yang kita tuntut sekarang agar para pemimpin mencontohi rakyat dengan menzahirkan pakatan yang sebenarnya di kalangan mereka. Kalau ini terjadi barulah kita boleh selesa dengan KERAJAAN PAKATAN RAKYAT. Bukan sahaja di kalangan rakyat tetapi kerajaan juga teguh berpakat.

Kalau sungguh MSO nak buat ulasan akademik sudah pasti beliau juga mempunyai maklumat serta perangkaan yang mencukupi mengenai isu ini. Malahan para pemimpin PKR, PAS dan DAP juga dalam kedudukan yang sama. Kalau ikhlas hendak berpakat apa lagi ditunggu. Jalinkan segera pertalian rasmi. Jangan pula dilengahkan hal ini kerana masing-masing tidak mahu agenda mereka terbatas.

Antara fakta yang perlu diambil kira :

1.PKR diberikan kerusi MB dalam kerajaan Pakatan Rakyat Selangor kerana miliki bilangan kerusi terbanyak – 14 daripada 36. Selebihnya DAP mempunyai 13, PAS lapan dan PRM satu.

2.PAS bertanding 20 kerusi dan kalah 12 kesemuanya kepada UMNO.

3.PKR hanya bertanding di dalam 19 kerusi tidak termasuk di satu kawasan PRM yang bertanding atas tiket PKR.

4.PKR mempunyai 9 kerusi Melayu (satu lebih daripada PAS) dan empat calon Melayunya tewas kepada UMNO.

5.Di dalam beberapa kawasan yang dimenangi calon Melayu PKR dalam PRU12 tidak wujud langsung cawangan PKR.

6.Oleh kerana jawatan MB perlu Melayu maka hanya PKR dan PAS sahaja yang berkemungkinan mendudukinya.

7.PAS boleh meneraju kerajaan Selangor sekiranya memilik kerusi yang lebih daripada PKR.

8.PAS boleh mengembangkan pengaruhnya dengan menguasai lebih banyak kerusi Melayu.

9.PAS perlukan strategi untuk menembusi kawasan UMNO.

10.Kerajaan Selangor hari ini mengistiharkan Masjid sebagai agen perubahan masyarakat (sudah semestinya).

Kalau sungguh hendak dibuat tidak susah untuk kenal pasti lokasi tertentu. Hanya ada empat sahaja di Selangor di mana ADUN Melayu PKR di bawah ahli parlimen PKR. Semuanya ada 23 buah masjid tidak termasuk yang di bawah pentadbiran JAIS.

Apa pun tak perlulah kita ke situ kerana ini bukan soal akar umbi. Apa yang berlaku di peringkat itu ekoran percaturan politik atasan. Yang dinyatakan pun hanya sebahagian kecil daripada lain-lain isu berbangkit kesan agenda berasingan PKR, PAS dan DAP.

Walau pun tidak dinyatakan dengan jelas tetapi ada kemungkinan strategi yang di pasang ialah untuk meningkatkan pengaruh PAS di kalangan Melayu Selangor sementara mengekangkan PKR. Antaranya PAS menjajakan bekas Ketua Bahagian UMNO yang melompat masuk ke partinya dengan ungkapan PKR bukan parti Melayu. Bukankah ini semua berlaku di dalam kawasan ADUN Melayu PKR.

Sungguh pun dikatakan tindakan PAS menerima masuk bekas pemimpin ini untuk melawan UMNO di peringkat nasional namun sehingga kini ia lebih mengguntungkan PAS ke atas PKR di Selangor terutama sekali di kawasan-kawasan Melayu yang terpaksa mereka lepaskan kepada parti tersebut.

Tak perlulah juga senaraikan satu per satu perihal DAP dengan tindakkan sendiri mereka dan begitu juga dengan PAS tanpa mengambil kira kepimpinan MB PKR yang ada. Amat malang kerana MB yang ada hari ini antara tokoh terbaik yang tidak mendapat kerjasama dalam ertikata yang sebenar untuk mentadbir negeri.

Yang penting ulasan ini untuk mengingatkan pemimpin bahaya percaturan politik yang dimainkan. Agak menyedihkan mereka ini bukan lagi “baru setahun jagung” di dalam politik. Apa yang berlaku di Perak harus diambil iktibar.

Rakyat telah sepakat memberikan mereka kuasa. Jangan pecah amanah kerana tiada pakatan di kalangan pemimpin. Jangan pula hanya menyalahkan orang lain sekiranya kerajaan ini tumbang kerana perebutan kuasa sesama kita.

Anak Dagang@Selangor

p/s maaf kerana sengaja tidak menyentuh gelagat beberapa orang exco kerana takut nanti kerana tidak boleh dinyatakan secara terperinci dicop sebagai wartawan hiburan filem hong kong pula.