MAKIN dekat perhimpunan agung Umno, Mohamad Khir Toyo nampaknya makin resah dan terjempit. Semuanya berlaku seperti dirancang, tetapi yang nyatanya ia kerana kurang waspada Khir Toyo sendiri. Kerana terlampau syok sendiri kok, maka strategi memakan diri.
Sepatutnya Khir Toyo dalam keadaan sekarang ini menjaga diri dan apa-apa mengenai keperluannya untuk bertanding merebut jawatan ketua pemuda Umno bukannya ikut-ikut sama tumpang semangkok untuk membawa Menteri Besar Selangor, Khalid Ibrahim ke mahkamah. Khir sepatutnya mengawal diripada diattack oleh mana-mana pihak. Kesan serangan itu nanti menyebabkan ia menjadi modal pula kepada Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir untuk memburuk dan damege Khir.
Soal lembu dan kerena Lexus persendirian itu, biarlah diserahkan kepada Gerak dan orang-orang yang berpenasaran di belakangnya. Tetapi nampaknya Khir telah tersilap langkah hari ini apabila dia ikut sama medesak dan meminta Khalid 'dipenjara' ia dikira memberi mata kepadanya, sebalik sudah jadi terbalik.
Tertakdirlah SPRM mendakwa Khalid dan Khalid dipenjara apakah yang Khir dapat manfaat dari itu? Pewakilan pemuda Umno tidak melihat ianya kejayaan peribadi Khir. Isu Khalid tidak ada kena mengenai penjawatan ketua pemuda. Itu adalah tanggungjawab awam. Lagipun amat buruklah kalau kita berhajat untuk berniaga mayat! Tidak gentleman.
Sebab itu kita jangan sangka dan mudah terperasaan diri kita saja yang cerdik, tetapi dia orang lain juga cerdik sama, bahkan mungkin lebih cerdik dan pintar dari apa yang kita fikirkan. Banyak permainan dalam hidup ini, apa lagi dalam game bernama politik. Jangan fikir selapis dan secara harfiah. Kena menyelami setiap apa yang berlaku dan dilakukan. Ianya ada rahsia tentu! Politik itu sendiri mempunyai makna berlapis-lapis dan kitab rujukan juga banyak.
Khir goyang kaki bila mana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuat ledakan dengan memberi tahu dunia pihaknya ada bukti kukuh yang Khalid akan didakwa di mahkamah. Seronok betul Khir dengan kenyataan Ahmad Said Hamdan itu. Walaupun kenyataan itu Khir sendiri tahu ianya condong ke satu pihak tetapi kerana ia menguntungkan perniagaan Khir maka kenyataan itu disokong.
Khir lupa kepada diri sendiri. Dia sepatutnya tidak perlu menjadi jaguh cuba membenteras rasuah tetapi perlu ingat kepada penyakit rasuah yang menimpa dirinya. Laporan-laporan rasuah yang dibuat ke atas dirinya sepatutnya menyedarkan dia dan dia perlu mendiamkan diri dari bercakap soal rasuah. Bercakap rasuah umpama Khir mengusik harimau yang sedang tidur.
Kalau kita tidak benar-benar bersih jangan sesekali cuba hendak menjual sabun kepada orang lain. Kena sabun dan makan sabun untuk diri sendiri dulu sampai najis kita juga bersinar dan bersih baru boleh ciuba-cuba menjual sabun.
Segalanya kini sudah terjawab dan ia sedikit sebanyak menganggui Khir Toyo. Khalid Ibrahim sudah mula bertindak membela dirinya dengan melepaskan peluru liar termasuk kepada Khir Toyo sendiri. Khalid tidak ada pilihan lain melainkan kena menutup mulut yang mengangga ke arahnya.
Pendedahan berhubung pembayaran jualan bangunan di Makkah bernilai RM17 juta oleh seorang individu yang dibuat tanpa resit atas nama Khir Toyo dilihat sebagai getah cair panas untuk menutup mulut dan mata Khir.
Memahami pendedahan isu pembelian hartanah di Makkah oleh Perbadanan Permodalan Negeri Selangor (PBNS) semacam mahu mengenakan Khir saja.
Senerio yang didedahkan tetah berlaku pembayaran tanpa resit hasil penjualan 12 unit hartanah di Makkah. Apa yang peliknya resolusi yang dikeluarkan oleh Pengarah PNSB pada 14 September 2007 meluluskan pembelian lima unit hartanah dengan harga RM8,352,427.6 sedangkan menurut rekod PNSB menujukkan berjumlah RM25,603.5454 telah dibayar kepada individu di Arab Saudi pada 17 September hingga 19 September 2007.
Apakah erti pendedahan ini semua kalau bukan untuk tidak menyakitkan Khir Toyo yang sedang berhadapan dengan dua perebut lain Khairy Jamaluddin dan Mukhriz Mahathir. Sebelum membuat pendedahan itu Khalid telah mengarahkan dua eksekutif PBSN bercuti sebulan untuk menyenangkan penyiasatan. Siapa yang Khalid hendak buru dan siasat?
Dengan ada pendedahan oleh Khalid kini dan juga cadangan pihak tertentu nak buat laporan semua mengenai dakwaan rasuah ke atas Khior ia memberi peluang kepada SPRM untuk berlaku adil. Kalau SPRM telus, tangkas menyiasat, hendak hendak mendakwa Khalid, maka hendaknya juga PSRM tangkas dan rajin untuk melakukan hal yang sama ke atas Khir.
Kalau SPRM hanya ghairah nak siasat dan dakwa Khalid saja maka jelas SPRM sudah tidak adil dan benarlah maka jadilah SPRM seperti 46 ekor lembu yang disiat itu. Jangan pula hendaknya selepas ini SPRM dikenali sebagai suruhanjaya lembu kerbau.
Kes Khir ini perlu disegerakan memandangkan beliau akan tading ketua pemuda Umno Mac depan. Jika lewat ia boleh menganggu dan mengelirukan perwakilan Umno terhadap Khir. Silap-silap hari bulan perwakilan akan beranggapan bakal ketua pemuda Umno tidak bersih dan kaki rasuah. [wm.kl 6:00 pm 25/02/09]
1 comment:
tiada apa ucapan yang layak diberi kepada khir toyo atas keceluparannya mahu menggocah ts khalid selain 'alang2 menyeluk pekasam biar lengan berbau busuk', khir bukan silap, dia sengaja demi capai pepulariti dan melaksana dendam kesumat. dia mantan MB selangor yg telah bahagia dgn jawatan itu. terbalik 'kot' dia kini menjadi ketua pembangkang di DUN yang dulunya dia menjadi bos.dia mahu sangat ts khalid tergugat dengan asakannya... dia mahu asakannya itu membuah hasil baik buat modal ke pertandingan KP UMNO Mac nanti. besar maknanya. khir memang bijak. namun dia bodoh dengan menilaikan dirinya saja yg bijak, orang lain tidak.
akibatnya nanti...khir akan terjerat, yang dikejar tak dpat yg dikendung akan mengheret dirinya ke kandang OKT di mahkamah. barangkali akan ada gocahan terbaru khir terhadap ts khalid untuk menepis dan memalu badan khalid sebelum khir meneruskan perlawanan di gelanggang merebut KP UMNO.. 'game' semakin sedap utk ditonton. bravo khir! mantan MB vs MB.. dr gigi vs tokoh koperat...isu hartanah di mekah vs isu lembu korban...
siapa pulak akan terkorban? siapa pula akan KO?
Post a Comment