Saturday, June 18, 2016

BN boleh senyum, Amanah berpuas hati Pas tersengeh..

ULAS PIRAKE (i)

Menerima keputusan dua Pirake, Sungai Besar dan Kuala Kangsar yang selesai lewat petang tadi, BN boleh tersenyum dengan kejayaan mempertahankan kedua-dua kerusi itu, namun tidak boleh berpuas hati. Kemenangan dengan majoriti besar (9,191) di Sungai Besar dan (6,969) Kuala Kangsar itu tidak mencerminkan hakikat kemenangan yang sebenar. Ini kerana sekiranya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru, pecah undi Pas dengan Amanah, BN boleh bergerudum.

Hakikat majoriti diraih oleh BN ialah, (2,289) di Sungai Besar dan (2,086) di Kuala Kangsar, jika ditolak gabungan undi yang diperolehi Pas dan Amanah.

Seperkara lagi perlu diingat selalunya dalam Pirake BN menguasai sepenuhnya kerana memiliki segala kemudahan termasuk jentera kerajaan. Jadi advantage ada kepadanya.

Sebaliknya Amanah, boleh berpuas hati dengan kejayaan meraih undi sebanyak (7,609) di Sungai Besar dan (4,883) di Kuala Kangsar. Sebagai penyertaan sulung dalam pilihan raya di Semenanjung, Amanah harus berbangga dengan pencapaian itu, tetapi tidak boleh bergembira. Dalam suasana ditekan, dihina kiri kanan oleh BN, media dan bekas rakannya Pas, namun Amanah berjaya juga meletakkan dirinya di persada politik tanah air. Dapat menyelamatkan wang deposit suatu tuah besar bagi Amanah.

Pencapaian Amanah itu mengenalkan (demostrasi) parti itu kepada rakyat negara ini. Dan hasrat Amanah pun saya kira bukan obses mengimpikan kemenangan, apabila ia turut ditentang sama oleh Pas, tetapi cukup sekadar untuk berada di atas abangnya dari segi urutan pencapaian undi. Di Sungai Besar Pas meraih 6,902 di Kuala Kangsar 5,684 melebihi daripada Amanah.

Manakala Pas pula bukan sahaja tidak boleh berpuas hati dengan kedua Pirake itu, tetapi untuk tersenyum sumbing pun tidak boleh. Yang mampu Pas lakukan hanya tersengeh sahaja. Dengan kedudukan ditempat ketiga dibawa parti compingan yang dihina dan ditekan demikian rupa, ia memberi pukulan kepada Pas dan parti itu patut menutup muka kerana malu. Usia Pas jauh lebih tua berbanding dengan Amanah yang baharu berumur belum sampai setahun.

Pencapaian Pas itu dilihat bahawa apa yang dibimbang sebelum ini menjadi kenyataan. Bahawa Pas tidak akan menguak jauh kalau ia mengambil sikap bersuku dan "berkera" sumbang dalam politik. Dalam realiti politik rencam seperti Malaysia, bersikap kera sumbang tidak banyak membawa kebaikan.

Keyakinan dan strategi Pas untuk bertanding secara bersendirian jelas membawa bencana memalukan kepada parti yang pernah menjadi harapan umum untuk menjadi alternatif kepada Umno itu. Lainlah kalau ada nawaitu kecil disebalik kalbu Pas penyertaan itu bagi membantu BN, yakini Umno yang kini sudah dipelukinya demi mempertahankan kerusi itu dari jatuh ke tangan pembangkang.

Apa yang berlaku di dua Pirake itu bakal menggambarkan pencapaian dan senario pada Piraum ke 14 nanti. Sekiranya momentum ini dikekalkan, khasnya bagi Amanah ia tidak syak lagi parti bongsu itu bakal menjadi parti kedua atau ketiga selepas DAP dan PKR. Mungkin juga Amanah akan menjadi pengganti kepada Pas tidak mustahil. Hal ini saya yakin kalau Amanah dapat bertahan untuk lima enam tahun, selepas Piraum ke-14 nanti, Amanah ada potensi menjadi parti diminati generasi baru.

Bagi Pas pula sekiranya ia tidak segera bangun dan bangkit mengambil iktibar dan melakukan semakan diri atas apa yang berlaku, parti itu akan menjadi semakin lemah dan mengecil. Tidak mustahil ia akan pupus dari peta siasah negara ini. Jikalau Pas terus mengambil pendekatan dan berpegang kepada doktirin politik hari ini, Pas sedang menuju ke tanah perkuburan.

Ada dua tindakan boleh diambil segera oleh Pas untuk menyelamat dan memulihkan maruah parti itu yang tertimpa dari dua Pirake itu. Pertama, kembali bersatu semula dengan pembangkang, memperkasakan komponen pembangkang untuk menghadapi Piraum akan datang, dan kedua, parti itu harus segera berkolabrosi dengan Umno.

Abdul Hadi Awang dan Haron Din yang memiliki kuasa veto atau air ludah keramat kepada Pas, tidak perlu malu-malu untuk membuat keputusan bekerjasama dengan Umno. Umno sendiri memahami dan berasakan mereka juga perlu bergabung dengan Pas, dengan berpandukan kepada keputusan Pirake itu. Umno tidak akan mampu mempertahankan kedua-dua kerusi itu apa lagi mendapat majoriti besar sekiranya tidak berlaku pertandingan tiga penjuru.

Justru itu seperti mana saya cadangkan BN-Umno perlu menghadiahkan sesuatu kepada Pas, dan hadiah yang paling dinanti-nanti dan afdal ialah bersedia bergabung dengan Umno. BN-Umno kena berkorban untuk mengahwini Pas. Jika Umno tidak sedia berbuat begitu ia akan dianggap sebagai memperdayakan Pas, "main" tetapi tidak mahu bertanggungjawab.

Seandainya pemimpin Pas masih berdegil, terus berilusi tidak mustahil parti itu akan jadi seperti pokok kelapa kena panah petir. Batangnya akan kecut dan kering, daunnya akan renggas dan lunyai kemudian pelepahnya akan gugur satu persatu. Akhirnya pokok kelapa itu tinggal batang tercokeng, batang kering bersendirian. Apakah Pas mahu jadi seperti itu? Tunggul.

Tepuklah dada tanyalah hati, atau Pas akan terus beretorik dengan caranya, yang mahukan keredhaan Allah bukan kemenangan! Terpulang. [wm.kl.8:30 pm 18/06/16]
*PIRAKE = pilihan raya kecil.
PERAUM = pilihan raya umum.

24 comments:

abang gi said...

Mso cuba bagi peratusan undi melayu pangkah amanah.apa nak dibanggakan sgt dgn parti melayu tapi majoritinya org cina yg undi.gabungan 3 parti ph pun x mampu kalahkan pas mana mungkin nak tewaskan bn.kesian analisis mso.dangkal sgt walaupun berpengalaman.

Razali Bin Mohd Jamil said...

Keputusan ini memberi satu kesedaran, kalau mau sedar kepada semua parti2 pembangkang. Kalau masih mempertahankan ego masing2 , dap dengan cara dap, Pkr dengan cara Pkr. Pru14 semua bolih tersengih. Keputusan Ini Juga menunjukkan pas ada kekuatan sendiri kerana undi yang diterima tak jauh beza dengan jumlah undi Pakatan Harapan (gabungan 3 Parti)

mohd sayuti Omar said...

Jawab dan tanya pengomen bernama abang gi, dari celah mana saya mengatakan seperti apa yg sdr faham, mungkin sdr tak faham baca apa yg saya tulis. Atawa terlalu emosional dgn kekalahan parti dokongan sdr.

"Nukilan - Aku Prihatin" said...

Komen bernas dari MSO. Tq bro.

Musa Senawi said...

Tuan mso....sy jg x setuju dgn analisis tuan...undi amanah juga dtg dari dap dan pkr.... Pas boleh kata sendiri sbb ikatan tu mcm x ada je....

aba isme said...

tuan presideng ada kata...ingin membentuk blok ketiga (3)
partinya masuk prk bukan untuk menang...cukuplah dpt bertanding 3 penjuru
kih...kih....jual agama vs jual jubah.

Arouse Mah said...

Kedua dua kawasan adalah majortiti Melayu. Cina hanya sekitar 20 ke 25 peratus saja. so selebihnya adalah undi melayu yg Amanah dapat.

Berbanding dengan parti pas yg berusia lebih 60 tahun, dengan presiden yg memegang jawatan timbalan ulamak dunia. Penganalisis pilihanraya Dr Zuhdi yg yakin Pas menang. Tontowi yang mempunyai kuasa siku dan lutut. hanya mendapat undi yang sama dengan Amanah yang berusia 8 bulan??? what a shame

Kalau bertanding sekadar nak dapat keredhaan Allah sahaja..........lebih baik buka sekolah pondok banyak banyak, tak payah maki hamum.

Jmy Jmy said...

Sebenarnya ini lah strategi Umno. Mereka ini cerdik. Rasanya Pas dah dibeli.

Roomai Nor said...

Setuju dgn Pak Mso. Salah satu punca kejatuhan Pas kini disebabkan adanya ahli,penyokong & segelintir pemimpin yg emosional seperti abg gi. Cetek sunggoh ilmu politik abe gi. Melayu ka cina ka undi tetap dikira sbg undi. Tetapi persoalannya disini tgk lah kpd impak dan kesan keseluruhan disebalik pirake(pinjam ayat Pak Smo) kali ini. Pendek cerita BN menang bukan sbb BN kuat tetapi disebabkan kebodohan pembangkang. Dan sekiranya keadaan ini berterusan tanpa ada titik penyelesaian di kalangan parti pembangkang iaitu Pas masih bersendirian dan Pakatan (Pkr. DAP, AMANAH) masih berlawan sesama sendiri. Maka kesan besarnya nanti pada Pru akan dtg Pas bakal hilang Kelantan dan Selangor juga akan jatuh ke tangan BN. Kesimpulannya perlawanan 3 penjuru hanya menang sorak kampung tergadai. Hampeh..

Roomai Nor said...

Tuan Musa Senawi jgn lupa undi PAS juga datang dari DAP dan PKR . Oh lupa itu ketika PAS kalah tipis pada PRU 13 dan masih dalam Pakatan. Sekarang ni dah bercerai. Takpa undi dari penyokong dan ahli IKATAN kan ada! Hehe

Unknown said...

3 parti bersatu DAP, PKR dan PAN hanya sekadar menyamai undi PAS.Boleh dikatakan undi PAN adalah didominasi undi DAP. Sungguhpun begitu undi Cina telah terbahagi dua kepada BN berbanding PRU13 lalu. DAP juga menyedari trend kemerosotan ini. Analisa boleh dibuat berapa kerat sahaja Melayu yang undi PAN. Kalau tak buat lagi janganlah syok sendiri. PAN dan PKR hanyalah serpihan yang tiada grassroot. Entahkan kurang 10% u di Melayu. Merekalah pemecah undi.

Org PAN dan PKR memang tak reti. Orang PAS sekalipun kalah mereka mempunyai kepuasan. Mereka tidak menjemput org kafir dipentasnya yang menolak syariat Allah, yang berhujjah RUU bukan u dang2 tuhan dgn tujuan supaya umat Islam menolak RUU sdgkan kelulusannya akan memertabatkan mahkamah syariah. Orang PAN berdiri dgn kebangaan palsu, pilihanraya jalah, iman terhoyong hayang.

Unknown said...

MSO pondan... tidak berani menerima komen secara terbuka. Ini sama spt page Ustaz Ahmad Awang.

"Nukilan - Aku Prihatin" said...

Yg paling bodoh berpolitik adalah PAS yg diketuai okeh TGHH & konco2nya. Kejayaan terbesar UMNO adalah dapat memecahkan Pakatan Rakyat dengan 'menyokong & menyayangi PAS' dan menghasut PAS untuk membenci DAP. Arwah Ustaz Fadhil ada menasihati barisan kepimpinan PAS sebelum ini dgn mengatakan bila musuh mula berbuat baik dgn kita maka berhati-hati la mesti ada yg tidak kena. Nah ini lah hasilnya dari Sg Besar & Kuala Kangsar. Ego, riak, sombong, merasa diri hebat, merasa aku saja yg betul dan orang lain semua tak betul ... Eehhhmm bungkus! Kalau setakat nak masuk bertanding hanya nak dpt keredhaan Allah, baik bubarkan saja PAS tu atau join saja UMNO, habis cerita. Ini medan peperangan utk mengubah lanskap bangsa. Itu pun bodoh sangat nak fikir ke?

Mie said...

Ada betul analisa ini..
Jika dibuat kiraaan sbgi contoh di Sg Besar..
74% yg mengundi dan 30% jumlah pengundi cina.. AMANAH kira dpt 45% dari 30% undi Cina sahaja.. Jd dlm kiraan 4xxx dari jumlah 7xxx undi AMANAH. Jadi agak byk juga 2xxx undi Melayu diperolehi oleh AMANAH..

mohd sayuti Omar said...

Kepada yg kata Mso pondan, dia sendiri takut nak dedah indentiti. Saya selalu kurang layan hantu. Tapi saya siarkan juga komen rasis dan politik dangkalnya. Mana mana parti berpolitik dengan niat mengenepikan kaum lain tidak akan berjaya. Politik di Malaysia kena berpijak di bumi nyata. Kenapa Umno berjaya kerana parti itu berpijak lama di bumi nyata. Kalau Umno memperjuangkan Melayu sahaja, parti itu tak sempat jadi pemerintah lebih 60 tahun. Walahualam.

abu amal said...

Tuan MSO,
Saya lebih suka melihat dari sudut peranan Dr Mahathir yang telah menyusup di kalangan pembangkang. Beliau berjaya menyatu ahli dan penyokong umno dengan cara mengecam Najib. Tindakan beliau telah mengelirukan pembangkang yang pro dan kontra beliau. Saya rasa ini kejayaan strategi Dr. Mahathir...

mohd sayuti Omar said...

Abu amal, awal lagi saya sudah ulas deklarasi rakyat tak akan jatuhkan najib, dan penampilan dr m di dua pirake itu tak berbekas.

Shah Shamsul said...

Pas dok perasan undi yg diperolehinya masa Pru dulu atas faktor pas semata-mata bukan atas faktor gabungan parti dalam pakatan rakyat. Kesian..

addin said...

Salam. Saya melihat komen tuan MSO secara positif. Semua parti pembangkang perlu bermuhasabah diri tentang kekuatan dan kelemahan masing-masing. Kepada Pas,undi yang diperoleh menggambarkan parti itu masih mendapat sokongan sebahagian besar undi Melayu, manakala PAN pula mendapat undi sebahagian besar daripada orang Cina. BN pula mendapat undi daripada Melayu dan Cina. Dapatan daripada PRK ini menunjukkan bahawa PH agak terjejas dengan ketiadaan PAS dan PAS tidak mampu mencapai kmenangan jika bersendirian. Sebelum hari pengundian, ada yang menjangkakan PAN akan memberikan tentangan yang sengit kepada BN dan kalau pun BN menang,kemenangannya adalah tipis. Andaian ini didasarkan kepada beberapa faktor utama iaitu kesepaduan parti-parti dalam PH yang membantu PAN, terutamanya DAP. Dalam konteks Sungai Besar, kelebihan ada pada PAN kerana Selangor di bawah pentadbiran PH. Sepatutnya pengaruh kerajaan Selangor sedikit sebanyak terkesan kepada PAN. Namun, keputusan sebaliknya. Hal ini menggambarkan bahawa pengaruh PKR dan DAP tidak mampu menarik undi Melayu dan sebahagian besar undi Cina seperti dalam PRU yang lalu. Keadaan ini membahayakan kerajaan PH Selangor dalam PRU akan datang jika situasi seperti hari ini berterusan. Dan, PAS juga tidak akan mendapat apa-apa laba daripada situasi ini. Oleh, saya amat bersetuju dengan cadangan MSO sama ada PAS berkolaborasi semula dengan blok pembangkang atau teruskan berkolaborasi dengan UMNO/BN secara lebih jelas. Dalam keadaan ini Pas punyai kuasa tawar-menawar. Jka Pas bersama pembangkang, BN akan tergugat. Dan, jika bersama UNNO/BN, pembangkan akan tergugat.

eethegunners said...

Selepas kejutan teruk masa GE2008, umno perlu kan sesuatu bg terus bernyawa & yg paling afdal dgn memecahbelahkan PR...& yg plg mudah dgn menyelinap dlm PAS...langkah awal tidak berjaya kerana tentangan kuat dari TGNA....tp skrg semudah ABC..

Adnan Ripin said...

Salam MSO... saya pembaca tetap blog MSO sejak zaman reformasi hingga kini... Syabas, Saudara mampu memberikan analisis yang baik dalam isu-isu politik semasa yang diperkatakan.

Cuma sejak PRU13, komen saudara agak tempang dan tak balance.. (pandangan saya), mentelah sejak pemergian TGNA. Dari pengamatan saya ada sesuatu yang terbuku dalam hati saudara jika disentuhkan dengan parti PAS. Perkataan PAS amat memberi kesan mendalam kepada saudara. Yang pastinya saudara seolah tidak memberi peluang dan kredit kepada PAS.

Pandangan saya, seharusnya sebagai penganalisa politik yang berpengalaman, saudara mampu memberikan komen yang menyeluruh yang membuka minda pembaca untuk meleraikan isu. Semua orang bermasalah, tetapi masalah pada PAS akan menjadi bahan momokan, dan akan diwarwarkan seolah semua masalah yang timbul datang dari PAS tidak dari puak PAN, DAP, PKR. Tapi saya bersangka baik, mungkin tindakan saudara untuk menyedarkan PAS.

Emas Intan said...

Setuju dengan tuan.

alea syazwani said...

Ni mabuk ke apa...dalam negara di mana undian menentukan kemenangan, setiap undi adalah berharga untuk menentukan kemenangan...party amanah ditubuhkan memang untuk bersama pakatan harapan..bukan jadi kera sumbang....

Mohd Mazani said...

Dun manong 90% pengundi melayu..kenapa undi pas ke.3 dibelakang amanah..perbedaan undi amanah dan bn dlm ratus shj