Sunday, June 26, 2016

Perjuangan Ghazali diiktiraf anak beranak sendiri

KATA PETANG

Abdullah menyarung selempang kepada Ghazali dibantu Azram.
Penganugerahan gelaran Pejuang Umno yang diberikan kepada Timbalan Ketua Umno Bahagian Rantau Panjang Ghazali Ismail oleh Anak-Anak Rantau Panjang di Kuala Lumpur dalam satu majlis berbuka puasa malam Ahad lalu sesuatu yang kecil kalau dibandingkan dengan penglibatan penerimanya dalam perjuangan parti itu.

Cikgu Ghazali telah lebih 40 tahun terlibat dalam perjuangan bersama Umno yang bermula pada tahun 1976. Namun signifiken dan erti anugerah itu cukup besar baginya. Ini kerana belum pernah ada penganugerahan seumpamanya diberikan kepada mana-mana tokoh atau pejuang Umno bahagian Rantau Panjang dalam majlis seumpama itu.



Apa yang penting dalam beliau tidak mengharap, malahan diberi tahu pun anugerah itu akan diberikan untuk mengenangkan segala perjuangannya tiba-tiba ada entiti atau pihak yang prihatin. Ia sesuatu yang merujakan beliau.

Apa lagi Ghazali sendiri tidak menduga ia diberi penghormatan itu yang dianggap sesuatu yang sangat bermakna kepadanya. Setidak-tidaknya beliau diiktiraf sebagai pejuang Umno dalam kawasannya oleh kalangan anak beranaknya sendiri. Jadi tidak sesuatu yang dibuatnya kalau nadanya sebak ketika menyampaikan ucapan menerima penghargaan itu.

Apa yang dilakukan oleh urusetia Anak-Anak Rantau Panajang di Ibu Kota yang diketui Azram Ahmad itu satu contoh dan teladan terbaik, ia menggambarkan anak-anak muda atau generasi baharu mengenang pejuang terdahulu. Tanggungjawab dan kepedulian seperti itulah yang kita mahui dari generasi muda.

Disamping tahniah untuk Ghazali yang juga merupakan guru saya semasa di sekolah menengah dahulu, syabas juga kepada Azam dan Abdullah Yassim atas inisiatif berkenaan. Sudah kali ke empat anak-anak Rantau Panjang di KL mengadakan majlis berbuka dengan anak beranak.

Semoga apa yang dilakukan oleh Urusetia Anak-anak Rantau Panjang itu menjadi ikutan anak-anak muda lain dalam apa juga gerakan, pertubuhan ataupun badan politik. [d.kota 6:24 pm 28/06/16]



No comments: